Mini Cerpen : Bibah Debab 11 (edited version)

Assalamualaikum w.b.t

Selamat bersahur dan berpuasa



"Tak habis-habis lagi nak buat scene kat sini?" Teguran daripada Azam mengejutkan mereka bertiga.

Adam jungkit kening sambil matanya menjuling ke arah Bibah. Azam pura-pura serius dan Adlina masih lagi menempel bersama-sama mereka. Bibah pula buat-buat diri halimunan, tidak peduli tiga orang manusia yang mengelilingi kubikelnya. Hendak menjeling Azam pun dia menyampah, tangannya ligat menyumbat segala barang-barang peribadi yang berada di atas mejanya ke dalam kotak kertas double AA.

"Bibah kau kemas barang ni kenapa?" Soal Adlina dengan lembutnya, masih lagi ingin menyibuk walaupun soalannya tadi tidak terjawab.

Segan pula mahu mengulang apa yang disoal tadi, bila encik Azam ada sekali. Aura Encik Adam ni memang telah memanah sekeping hatinya yang kehausan cinta. Takkanlah dia ingin melepaskan peluang mengenali siapakah Encik Adam ini yang sebenarnya. Hatinya berdetak cemburu apabila encik Adam yang entah siapa dan dari mana muncul secara tiba-tiba mengambil berat tentang Bibah Debab ni. Hebat kau Bibah, Encik Adam ni boleh menyendeng dekat kau.

Bibah buat-buat tak dengar. Rasanya dia tidak perlu menjawab soalan ambil berat daripada Adlina itu. Tahu sangat dengan perangai Adlina dan kawan-kawannya, tidak pernah baik. Jikalau baik pun ada makna dan dia yang terkena akhirnya. Bibah juga tahu, Adlina menyibuk di sini kerana adanya Adam, jika tak suara sindir-sindiranlah yang diterimanya.

"Kamu ni tak ada kerjanya Adlina? Menyibuk kat sini buat apa? Laporan cuti pekerja yang saya suruh sediakan mana?" Tegur Cik Maz yang baru tiba di situ. Sempat dia mendengar soalan yang ditanyakan oleh Adlina tadi. Apabila melihat Bibah buat tak tahu je dengan muka merah padam tu, Cik Maz tahu dia kena masuk campur dan menjauhkan mereka yang tiada kaitan dari sisi Bibah.

Sherry dan Mona yang turut sama mendengar teguran Cik Maz berpura-pura sibuk. Manakala Adlina terkulat-kulat di situ.



"Sikit lagi nak siap Cik Maz. Besok saya bagi." Adlina memberikan alasan.

"Sejak dari kelmarin lagi saya dengar sikit lagi nak siap tapi tak siap-siap juga. Pekerja syarikat ni bukannya sampai beribu orang sehingga mengambil masa berbulan-bulan hendak disiapkan. Saya nak laporan tu ada atas meja saya sebelum balik hari ini, FAHAM," arah Cik Maz tegas.

"Ba.. Baik Cik Maz" Jawab Adlina tergagap-gagap dan terkulat-kulat.

"Kenapa tercegat di sini lagi?" Lagi nyaring suara Cik Maz memberikan arahan. Semua yang berada di situ terdiam, namun tangan Bibah masih lagi ligat mengemaskan barangannya. Adlina tergesa-gesa pergi dari situ.

"Kamu Azam, nak jadi pak guard kat sini? Tak ada kerja ke?" Tegur Cik Maz dan menjegilkan matanya seolah-olah memberikan arahan supaya pergi dari situ. Azam sengih-sengih. Cik Su ni kalau keluar aura naga dia, kecut perut.

"Jangan nak cari pasal lagi Azam, pergi buat kerja kau. Kau yang pecat dia dan kau jugak nak jadi penyibuk kat sini. Biar Adam je tukang sibuk dan tukang pujuk si Bibah ni," arahan tersirat dari jegilan mata Cik Maz.

"Eh... Lupa plak saya, ada discussion dengan Encik Khalid jap lagi," Azam menepuk dahi seraya berlalu dari situ.

"Encik Adam? Awak nak tercegat kat sini sampai bila? Awak tahu tak ini pejabat bukan rumah yang boleh main-main cinta?"

"Erk.. baik Cik Sue eh bukan Cik Maz. Saya nak jemput tuan puteri saya ni balik," jawab Adam. tersasul pulak panggilan Cik Sue.

"Bibah cepat sikit kemaskan barang-barang tu," arah Cik Maz sebelum berlalu pergi. Tak perlu menunggu lama di situ kerana dia tahu apa yang sedang berlaku.

Tiga pasangan telinga lintah masih lagi dapat menangkap arahan itu saling jeling menjeling. Perasaan ingin tahu semakin kuat bertapak di hati mereka.

'Pandailah Cik Sue berlakon. Memang hebat. boleh jadi pelapis Fauziah Nawi dah. Tapi apa aku kesah, cepat ke lambat ke.. Biar Adam rasa menunggu itu menyiksakan. Surprises konon' Bebel hati Bibah.

Geram hatinya apabila Adam tetap setia dan tersenyum-senyum menantinya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6