Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Cinta Bas Express : Bab 1

Imej
Salammm Semua...  Next Mini Novel terbaru dalam proses pertukangan... Semoga terhibur...  Gadis itu kaku di tempat duduknya. Yafit pandang sekilas. Samar-samar lampu jalan membuatkan dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah gadis itu. Namun dia yakin, tentunya comel. Anak gadis Kelantan memang comel-comel belaka. Namun wajah itu muram. Ada kesan air mata di pipinya. Serta merta hatinya tiba-tiba prihatin. “Boleh tak awak jangan pandang saya. Nak tidur pun tak boleh,” tegur gadis itu. Yafit tersentak. Belum sempat menegur, gadis itu telah menyergahnya. Dia tersengih sambil gosok kepalanya. Terkantoi tenung anak dara orang. Boleh tahan garangnya! “Dahlah muka macam penyagak, perangai pulak miang gatal. Kalau awak tenung lagi, saya adu dekat pak cik driver tu. Biar dia tinggalkan awak tepi jalan!” ugut gadis itu. Yafit rasa mahu ketawa. Berani betul dia. Tak padan dengan kecik. Ada hati ugut orang. Lambat-lambat kepala Yafit kembali mengadap ke depan. Dia gosok bat

Cerpen Fairytale : Si Kacak dan Si hodoh

Imej
Cerpen ini spontan dibuat untuk menyahut cabaran rakan penulis @AQ Novelis  Ia adalah cerpen berangkai dengan tema-tema cerita fairy tale.. Saya dapat tema Beauty and the Beast. Ditukar menjadi Si Kacak dan Si hodoh...  Cerpen Fairy tales dengan penampilan istimewa kasut kak peah. Kak Lynn Safiya - Mr Frozen Yumi Hyra - Encik Rapunzel Jaja Ahmad - Puteri Jasmeen-A Aein Dhiyauddin - Pakcik Cinderella Dhiyana Novelist - Mr Aurora ( sleeping handsome) Mr Hondsome and Beasty - Shima Rostam Mr Snow White - AQ Novelis Panggg.... Buat ke ratus ribu kali, cermin menjadi mangsa. Retak seribu dan pecah berderai.  Arrggghhhh... Raungan pilu seorang gadis hampir didengari oleh semua orang yang berada di villa mewah atas bukit itu. Jason tersentak. Terkejut. "Siapa yang menjerit tu?" spontan soalan ditanyakan kepada Encik Noh.  "Cik Bella," jawabnya. Senyum segaris diberikan.  Raungan itu telah biasa didengarinya. Jadi tid