Mini Cerpen : Bibah Debab 10 (edited version)

Assalamuaikum w.b.t
Selamat pagi..

Jadi untuk hiburan di pagi ahad ni. menjelang Ramadan, saya bagi entri baru Bibah Debab. 
Selamat membaca semua!!

Mahu menjadi seorang penulis yang hebat? Saya boleh, anda pun boleh.Inilah dia 






Adlina, Sherry dan Mona mencuri pandang ke arah Bibah dan Adam yang baru keluar dari bilik Cik Maz. Wajah Bibah masih lagi sembap mungkin kerana baru bangun tidur. Bibah bergayut di lengan Adam, manja. Meluat mereka tengok. Tak sedar diri langsung. Adam pula, takkanlah tak ada taste, Adam tak habis-habis senyum. 

Sebaik sahaja pintu Cik Maz ditutup, mereka berjalan beriringan menuju ke kubikel Bibah. Mahu mengambil tas tangan Bibah. Tadi memang betul Bibah mengamuk sebab kena pecat, tapi sekarang dia rela kena pecat. Tak kerja seumur hidup pun dia sanggup. Sebab Adamnya dah kembali.  Jam di dinding sudah pun menunjukkan pukul 2.30 petang. Bibah sengih sambil jeling Adam yang rapat di sebelahnya. Dia rasa jugak apa yang Adam rasa. Jika bukan sekarang ni mereka di pejabat, tentu sekali mereka terus bercerekarama dan beromantika de amour tadi. Ini Adam punya pasallah, tak kasi Bibah keluar walaupun perutnya memberontak minta diisi.

"Sayangg.. tunggulah. Laju benar berjalan ni, kenapa? Nak kejarkan apa?" Adam menarik tangan Bibah.

"Lapar," rengek Bibah. Adam tarik senyum. 

Penonton setia di situ sudah naik juling mata dan berdesir telinga apabila menangkap ucapan sayang dari bibir Adam. Apatah lagi mendengar rengekan mengada Bibah debab. Biar betul? Debab pun Bibah ada jugak lelaki hensem nak kat dia? Calit ubat pengasih ke hapa ni? Rasanya begitulah bicara mata mereka bertiga.

Nasib baik di bahagian akaun dan pengurusan ini, hanya terdapat lima orang pekerja sahaja. Kak Lida, seorang lagi pekerja bercuti bersalin. Memang patut pun tidak pernah muncul di sini. Kak Lida ni satu bahagian dengan Bibah, dia ditanggungjawabkan membuat invois dan pembayaran kepada pembekal, manakala Bibah dipertanggungjawabkan membuat akaun untuk syarikat. Jadi dialah orangnya yang tahu untung atau rugi syarikat ini, ada duit ke tidak di dalam bank. Jangan main-main, semua rahsia syarikat dalam kocek Bibah. Tapi tulah, Encik Azam ni memang tak fikir panjang, suka suki pecat Bibah, serta merta pulak tu. Biar dia rasa betapa susahnya jikalau Bibah tidak ada nanti.

"Sibuklah awak ni. Sukahati sayalah nak jalan laju ke slow ke. Awak peduli apa sebab awak memang tak pedulikan saya pun!" Mood Bibah dalam tone merajuk lagi. Tadi merajuk dengan Encik Azam sekarang ni bersambung merajuk dengan Encik Adam. Walaupun begitu, jauh di sudut hatinya, dia bahagia giler-giless sebab Lionking dah balik. Dulu hanya melepaskan rindu di skrin laptop je, sekarang dia real depan mata. Boleh langsai hutang nak bermanja dan cubit-cubit sayang nanti.

"Sayang.. look.... Sori ok, sengaja abang nak surprises kan Bibah," pujuk Adam lagi. Liatnya hati Bibah ni, berbuih tadi dia bermadah, tak juga surut-surut mood merajuknya. Tak sudah-sudah sampaikan dia hilang taring memujuk.

Bibah mencebik dan tingkah laku mereka terus menjadi tontonan tiga peminat setia yang tidak kurang hebatnya. Pengkritik dan pembuat gossip terhangat di sini, lebih hangat dari Melodi dan Propaganza.

"Abang sengaja nak surpriseskan Bibah...." Ajuk Bibah dengan bibir yang sengaja dicebik-cebik.

Adlina tidak berpuas hati, dia ingin tahu sangat, siapa lelaki hensem ni, beriya-iya memujuk Debab tu. Debab tu pulak tak sedar diri tu Debab, ada hati nak merajuk gedik-gedik nih. Baik pujuk I laa  cik abang hensem dari Bibah Debab yang sekali peluk awak, terus awak pengsan sebab dilanyak oleh badan debab tu.

"Erkk Encik Adam. tak payahlah nak pujuk Bibah tu. Dia tu memang macam tu, marahkan orang lain, Orang lain plak jadi mangsa," sampuk Adlina tak tahu hujung pangkal, tetiba datang tergedik-gedik di sisinya.

Adam berkerut dahi.

Siapa pulak minah gedik perasan cantik yang tiba-tiba menyelit di sini ni!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6