Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Sempena kelahiran Rasulullah s.a.w, (biodata )

Imej
Copy dari group keluarga besar saya ( keturunan Pak ngoh hamad) Assalammualaikum Sempena hari lahir kekasih kita, jom telusuri biodatanya.. Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab Nama-nama lain : Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil. Nama-nama Gelaran : • Abu Qasim, Al-Amin. Bangsa : • Arab Quraisy Agama : • Islam Tarikh Lahir : • Hari Isnin • 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal ) • Bersamaan 20 April 571 Masihi. Bidan Nabi : • Ummu Mas’ud. Tempat Lahir : • Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah. Bilangan Adik-beradik : • Anak tunggal [ anak yatim ]. Nama Ibu : • Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab. Nama Ibu Susuan : • Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah. Nama-nama Pengasuh : • Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah

Kuih kelantan:cek mek molek

Imej
Cek mek molek ni pun semalam jugak saya buat. Jadi encik suami ada pilihan, tak nak makan Spaghetti boleh makan cek mek molek. Bahan-bahan 2 ketul ubi keledek direbus (masukkan sedikit garam ketika merebus) dan dilenyek 1 cawan tepung gandum Gula Cara masak Campurkan ubi yang dilenyek dengan gandum. Uli sehingga sebati. Lembik sedikit adunan tersebut. Terpulanglah nak tambah gandum sikit lagi pun boleh tapi saya suka rasa ubi banyak dari gandum. Lembik kan nak buat bulat-bulat panjang tu. Tip dia, celup hujung jari dalam minyak masak, kemudian baru cubit aduan tadi, barulah adunan tersebut tidak melekat kat tangan. Buat bulat-bulat panjang. Kemudian lemperkan dan letak 1 sudu kecil gula ditengah-tengah. Tutup gula tersebut dan uli-uli dengan tapak tangan agar gula tak keluar. Panaskan minyak dan sedia untuk menghitung. Sedia untuk dimakan. Ringkas dan senang.

Masakan simple; spaghetti goreng sardin.

Imej
Semalam tak tahu nak masak apa. Saya pulak on diet. Ikram sama sekali tak nak makan nasi, tapi spaghetti dia makan. So dalam malas kena masak jugaklah. Yang paling senang dan cepat serta berkhasiat. Bahan-bahan Spaghetti yang telah direbus da n diri akan airnya (saya buat untuk 2 orang makan) 1 biji bawang besar dipotong kecil or dadu 2 sudu besar kicap 2 sudu besar dia cili Sayur campur (yang ni terpulang nak masuk banyak mana) 2 ekor ikan sardin (saya guna ikan sardin dalam tin ADABI) hancurkan. Minyak zaiton untuk menumis. Cara masak, Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar hingga naik bau dan nampak kekuningan. Kemudian masukkan sayur campur. Kacau dalam beberapa minit. Masukkan kicap dan sos cili. Kacau rata beberapa minit. Masukkan sardin yang dihancurkan tadi serta sos ikan sardin tu sikit. Kacau dalam 5 minit kemudian masukkan Spaghetti. Kacau rata dan sebati. (Tak perlu bubuh garam atau gula, sebab dah secukup rasanya. Nak pedas, boleh Masukkan cili b

Homemade Pizza yang sangat sedap (yummy)

Imej
Entri ini saya tulis semalam, tak sempat nak siapkan maka hari ini baru posting) Ahad yang sejuk.. hujan baru sahaja berhenti di bumi Nusajaya ini. Pizza ni saya buat jumaat lepas. Hanya 2 cawan tepung gandum saya dapat 6 biji pizza saiz sederhana. Wah lumayan jimatkan. Kalau buat frozen boleh 6 kali makan. Hehe.. Adik saya datang petang jumaat tu. Rezeki dia sekeluarga. Simple je resepi pizza ni. Saya dapat resepi dari perkongsian dalam facebook. Cuma kena rajin try buat je. (saya modified ikut selera dan bahan-bahan yang ada dalam dapur saya) Kulit pizza 2 cawan gandum 2 sk. Yis segera (bancuh dalam air suam, biarkan dalam 5 minit) 1 sk garam 1 sb gula 2 sb susu tepung 3 sb minyak masak 1sk soda bikarbonat 1/2 cawan air suam Campur semua bahan tadi. Uli2 jadi doh dan tak melekit pada tangan. Tutup dengan kain basah dalam sejam Topping 3 keping daging burger digoreng dan dipotong2 kecil 5 batang sosej dipotong2 bulat Cheese Kiub nanas dalam tin

DIY RECYCLE BOTTLE

Imej
Okeh.. ini percubaan pertama saya. Comot dan tak berapa nak kemas lagi... susah tul nak gam tali kat botol tu.. so jadilah comot dengan gam. Saya lupa amik picture botol kosong dulu.... Tang... Tang... Practise make perfect kan?. First time buat... banyak kekurangan lagi ni. Chaiyok.... Pasu dah ada... Kena buat bunga pulak...

Aiskrim batang

Imej
Haaa... Rasanya ada entri sebelum ni sata cerita pasal aiskrim batangkan? Aiskrim orang kampung Aiskrim bajet Dan tentu sekali puas hati makan. Satu jug air bandung (1 liter) saya dapat 8 batang. Kopi susu pun sama jugak. Last sekali aiskrim kacang hijau. Ambil masa sikit sebab saya kena masak bubur kacang hijau ( buat manis sikit) kena tunggu sejuk then blender. Barulah sesi buat ais krim. Alaaa.. beli je plastik aiskrim panjang tu. Aiskrim kopi susu permintaan suami. Aiskrim bandung, saya nak makan Tapi gerenti orang lain yang habiskan aiskrim ni. Aiskrim kacang hijau memang selalu saya buat. Anak saya suka aiskrim. Selamat tanpa bahan pengawet.

Mamee goreng sedappp

Imej
Okeh.. ni cerita 2, 3 hari lepas. Tak tahu nak masak apa kat Incik Suami. Biasanya Incik Suami tak makan nasi malam. Jadi bukaklah kabinet dapur dan nampk mamee chef. Jadilah mamee goreng lontong chef. Alaaa... tak susah pun 1 bijik bawang merah dan putih (diracik halus) 1 sudu besar cili boh Carrot dipotong memanjang Sedikit isi ayam (ikut suka nak letak seafood pun boleh) Sedikit minyak untuk menumis Perencah mamee Mamee direndam dalam air panas, bila lembut, toskan. Sekejap je. Lembut sangat tak sedap pulak. Tumis bawang + cili boh. Kemudian masukkan ayam. Kacau sekejap kemudian masuk carrot. Lepas tu masuk perencah mamee. (Terpulang ats selera, nak masuk semua boleh, separuh boleh) sebab kalau masuk semua takut termasin plak. Kacau dan last sekali masukkan mamee. Kacau rata... tadaaaa siap boleh makan.

Cantik itu sihat, lemon detox

Imej
Yup.... Saya tahu semalam saya tak update blog.. Nak update tapi perangai suka tangguh jadi lah terlupa. Pluss penat. Okey.. siapa suka lemon? Si kuning yang cantik.. Dalam FB saya, ramai teman yang share kebaikan lemon ni. That true. Lemon is awasome, briliant. Banyak kegunaan dan kebaikan. Buah yang wajib ada kat dalam peti ais. Apa saya buat.. Air lemon. Detox. Sehiris je. Jadikan air minuman.. Segar dan menyegarkan. Nah ni dia. Masuk dalam peti ais. Minum suam pun okeh.. Orang kata minum selepas bangun tidur setiap pagi, banyak manfaatnya.

Homemade jeruk betik

Imej
Saya suka makn jeruk.. asam-adam ni.. jadi bila balik penang, saya tak pernah miss pergi shopping kat jeruk madu pak ali... Sekarang ni dah lama tak balik kampung, jadi lama dah tak de stok jeruk.. Hari sabtu lepas keluar ada beli betik mengkal.. jadi buatlah experiment skit. Jeruk betik.. Bahan-bahan yang saya gunakan Cuka epal Garam secukup rasa Gula secukup rasa Asam boi.. Nak pedas masukkan cili. Kupas je betik dan potong. Kemudian rendam dalam air garam kejap.. Toskan dan satukan dengan bahan-bahan di atas.. Masuk dalam balang atau tupperware biarkan semalaman.. Dah boleh makan.. Tiada bahan pengawet..

Spaghetti goreng simple

Imej
Sudah lama saya tak up makanan kat sini kan? Jadi hari ni saya up, masakan yang senang dan simple... Ni homemade dan resepi pun campak-campak ya Asalkan sedap rasa lidah saya.. **winks** Bahan-bahan Spagetti  Daging kisar 2 ulas Bawang putih (ditumbuk @ dipotong halus) 2 ulas Bawang merah (ditumbuk (@ dipotong halus) 1 batang carrot saiz sederhana (dipotong memanjang, saya parut macam nak buat kerabu tu)  1 biji tomato (dipotong dadu) Minyak Zaitun untuk menumis Garam dan perisa secukup rasa (lada hitam tumbuk @ sos lada hitam) Herba itali  Cara-caranya 1. Spagetti di rebus, masukkan sedikit minyak, toskan dan biarkan. 2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan daging kisar, agak-agak dah masak masukkan tomato dan carrot. Kacau sehingga sebati   4. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa (saya guna pati ayam knor) Lada hitam @ sos lada hitam (saya tak masukkan sebab nak bagi si comel