Mini cerpen : Bibah debab 16 (edited version)




Telah seminggu Bibah didera secara fizikal oleh Adam. Mukanya masam. Makannya bercatu dan tidurnya diganggu.


Kalau tahu macam ni, dia tak balik lagi bagus. Tak adalah sakit hati dengan feelnya. Suka paksa orang. Suka catu makanan orang dan paling tak tahan suka kacau orang tidur’ Rungut Bibah di dalam hati.


Tadi, sedang dia enak menikmati mee goreng tambah kali ke dua, Adam datang dan terus menarik pinggannya. Tanpa sempat ditahan, buntang matanya melihat tingkah kureng sopan suaminya. Namun adam buat-buat tidak tahu. Mee goreng milik isterinya terus disuap ke mulut tanpa menghiraukan Bibah yang sedang memandang sambil menelan air liur. Hilang selera Bibah dibuatnya. Ada-ada je tingkah laku Adam yang menyakitkan hatinya. Kenapa dia merasakan Adam kini dan Adam dulu jauh bezanya. Dulu Adam sentiasa mengutamakannya, tapi Adam kini selalu menyakitkan hatinya. Adam kini sentiasa menggunakan kuasa vetonya sebagai suami supaya dia mengikut cakapnya.


‘Kureng asam betul Adam ni. Suami siapalah’ 


“Kacau..” Sepatah Bibah merungut sebelum mengangkat punggung lalu beredar dari ruang makan.


Adam dalam diam tersenyum-senyum. Sedikit pun tidak merasa bersalah kerana hatinya geram dengan sikap degil isterinya. Bibah langsung tidak mendengar kata. Makan mengikut kehendak nafsunya sahaja, tidak ada pantang - pantang atau diet-diet lagi. Jadi untuk apa dia bersusah payah mengajak Bibah berjogging bersama dengannya. Buang masa dia je jika makan tidak dikawal.


Bibah melabuhkan punggung di sisi mama. Mama baru semalam pulang dari menunaikan umrah bersama abah dan kedua mertuanya.

“Kenapa?” Soal Puan Sarimah pelik.

Bibah muncung mulut ke arah ruang makan.

“Adam tulah, sibuk. Bibah nak makan banyak sikit dia marah. Sibuk je dengan diet dia,” adu Bibah.


“Betul pun apa yang dia buat tu. Bibah dah kembang, sebagai seorang isteri Bibah kena pandai jaga diri, cantik untuk suami. Adam buat macam tu sebab dia sayangkan Bibah. Dia nak Bibah sentiasa cantik di matanya.

Bibah mencebik. 

“ Lelaki semuanya nak cantik. Jadi kalau perempuan tak cantik semua pandang sebelah mata. Tak adil,” rungut Bibah.


Puan Sarimah geleng kepala.

“Bibah, lelaki ni nafsu mereka satu. Jadi mereka suka yang cantik-cantik. Bukan sebab adil ke tak adil. Sebab sayanglah Adam buat begitu. Sebab dia nak isterinya sentiasa cantik di matanya. Dia mahukan yang baik-baik untuk isterinya. Gemuk bukan tak cantik, tetapi gemuk membawa penyakit. Adam nak Bibah jadi cantik di matanya bukan mata orang lain. Jadi jangan salah faham dengan suami sendiri,” tekan Puan Sarimah. 

Bibah mencebik. Satu keluarga menyokong usaha yang dilakukan oleh Adam. Kononnya untuk kebaikannya,  membuatkan Bibah semakin sakit hati dan menyampah dengan sikap Adam. Geram-geram!

Puan Sarimah perasaan dengan mimik muka Bibah yang jelas tidak berapa menyukai kata-katanya. Bibah ni degil dan keras kepala. Mana dia mudah terima nasihat orang.


“Takkanlah Bibah nak biarkan orang berterusan buli Bibah. Bibah juga kata nak kerjakan? Tahu tak mengapa abang pecat Bibah hari tu?”

Bibah angkat bahu. Mana tahu dan malas ambik tahu. Buat sakitkan hati sendiri buat apa. Tapi hatinya tetap sakit juga dengan onar yang Adam buat.

“Sebab Adam yang minta abang pecat Bibah. Lagi satu sebab sebab abang takut dia tak tahan dengan kutukan dan bulian yang tiga orang kawan Bibah tu. Abang cakap, lagi lama Bibah dipejabat, tak pasal-pasal abang mengamuk menampar mulut tiga orang tu,” Puan Sarimah buka cerita.

Bibah duduk tegak. “ Betul ke mama?”

Puan Sarimah angguk.

“Betullah.

“Bibah tak tahu pun.

“Macam mana nak tahu jika Bibah mogok bisu dengan abang dan bila Cik Sue buka cerita je, Bibah ubah topik.

“See… kami semua sayangkan Bibah dan tidak sanggup Bibah disakiti biarpun Bibah kata tak apa. Bibah tak kisah.”

Bibah diam. Dilihat Adam yang baru menghabiskan sepinggan mee tadi. Azam pula baru pulang dari berdating. Mengetahui cerita sebenarnya membuatkan Bibah insaf. Melihat wajah mereka yang penuh kasih sayang kepadanya membuatkan dia menyesal mengikut kata hati sendiri. Jadi dia bertekad, mulai hari ini dia bersungguh-sungguh menurunkan berat badannya. Bibah tidak mahu lagi orang lain risau tentang dirinya.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6