Abang Hensem, Jihan Part 7

Rupanya antara Nzakir dan Tisya ada sejarah. Nak tahu.. kena baca sampai habis. Part 7 ni pendek skit. Cerita ni bukan lagi boleh dipanggil cerpen. Tapi novel pendek. Sebelum tulis saya target paling panjang pun dalam 20 pages. tapi anganku musnah.. Dah masuk pages 38 pun tak jumpa penamat lagi... Jadi, jadilah novel pendek. Target baru 50 pages. hehehe.. terlajak pun maybe dalam 60 pages. 




“Nzakir ni kawan baik abang ngah semasa di UTM dulu. Lepas konvo dia hilang dari radar. Telefon dan facebook tak aktif. Ingat dah jadi arwah.” Sebaik habis cakap abang ngah ketawa. Pelik betul. Perkara mati pun boleh main ingat-ingat. Kawan baik sendiri pulak tu.

“Tapi tak sangka dapat jumpa balik selepas 10 tahun...” sambung abang ngah lagi. Gembira betul dia dapat jumpa balik kawan lama.

“Kalau adik nak tahu, dialah yang rajin layan adik bercakap dulu. Ingat tak bila adik telefon, abang ngah sibuk? Dia juga yang selalu kirim hadiah kat adik dulu.”

Kejung badan Tisya mendengar abang ngah bercerita. Hatinya berdetak laju. Tisya tahu hatinya ada simpan rindu pada seseorang tapi dia tidak tahu siapa. Sebaik sahaja abang ngah habis belajar, rindu mula bertamu di hatinya. Nak tanya abang ngah dia malu. Jadi dipendamkan saja rindu itu sebab dia tak tahu siapa dia. Nama dia pun tak tahu.

Tisya masih ingat lagi, setiap kali dia telefon abang ngah, telefon abang ngah selalu sibuk. Jadi dia akan telefon abang kawan sebilik abang ngah. Tanya abang ngah tengah buat apa. Abang kawan sebilik abang ngah akan cakap abang ngah tengah bergayut denga awek dia. Beranglah dia. Padahal abang ngah juga yang beriya-iya minta dia telefon. Jadi bila dengar suara dia yang hampir nak nangis, abang kawan sebilik abang ngah tolong pujuk. Layan dia bercakap dan tolong dia buat kerja sekolah. Sejak malam itu, dia dalam seminggu ada sekali atau dua kali dia akan bergayut dengan abang kawan sebilik abang ngah.

Masa itu dia panggil abang je. Sebab tak tahu nama dan tak terfikir pun nak tanya nama. Berkat kesabaran abang kawan sebilik abang ngahlah, dia selalu dapat nombor satu dalam kelas. Jadi setiap kali abang ngah balik pasti dibawa balik hadiah yang kawan dia kirim. Macam-macam hadiah yang dia dapat. Ada novel, jam tangan, beg barbie dan teddy bear dan macam-macam lagi. Hadiah itulah yang menjadi kesayangannya. Disimpan baik-baik. Sampai sekarang masih elok.

Ketika abang ngah konvo, dia lupa nak tanya abang ngah kawannya yang mana selalu berikan dia hadiah. Sebab sibuk sangat melayan abang ngah ambil gambar dengan bakal kak ngah. Sibuk juga ditarik oleh kak lang dan kak chik ke sana ke sini untuk bergambar. Maklumlah abang ngah merupakan orang pertama dalam keluarga mereka berjaya menggenggam ijazah. Kak long dulu masuk maktab perguruan sahaja.

Cuma selepas abang ngah kerja, dia merasa kehilangan sekejap. Ada juga kadang kala dia rindu. Nak tanya abang ngah, dia segan. Lagipun abang ngah tidak pernah bercerita tentang kawan-kawannya. Jadi dia diamkan sahaja. Bila rindu dia akan peluk teddy bear pemberian abang kawan sebilik abang ngah.

Jadi bila tanda tanya 10 tahun lepas terjawab. Dia tidak tahu nak tunjukkan reaksi macam mana. Suka? Sedih? Teruja? Gembira?

Tisya geleng kepala. Dah lama dia tak ingatkan abang kawan sebilik abang ngah tu. Dia dah lupa. Sebab ketika itu dia baru berusia 14 tahun.

“Nzakir dulu sayang betul dengan adik. Macam-macam hadiah dia bagi setiap kali abang nak balik kampung. Siap pesan lagi suruh adik makan banyak-banyak biar cepat besar,” abang ngah ketawa besar. Teringat kisah Nzakir dulu.

“Nzakir ni tak ada adik. Dia anak tunggal. Jadi sebab itulah dia layan dan sayangkan adik. Bila tahu dia suka layan adik, abang ngah lepas tanganlah. Buat-buat sibuk setiap kali adik telefon,” cerita abang ngah perkara yang sebenarnya.

 



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. 
Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
Hidup baik-baik. 
Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6