Abang Hensem, Jihan part 5






“Wah... tak sangka baru je duduk sini dah ada hati nak goda Nzakir.”

Tisya terkejut mendengar suara kasar Lana. Teman serumahnya. Tisya diam. Bibirnya yang ingin mengukir senyum terus kaku.

“Kebetulan jumpa,” jawab Tisya telus.

“Kebetulan ke atau kau sengaja buat-buat jumpa,” sindir Lana. Mulut menjuih. Wajah suci Tisya semakin menyampah dimatanya. Bajet gadis melayu terakhir.

“Terpulang kepada kau nak cakap apa. Aku penat. Nak rehat dan tidur. Selamat malam!” tanpa menghiraukan jelingan Lana, Tisya melangkah ke biliknya.

Selama sebulan menyewa di sini, boleh dikatakan beberapa kali sahaja mereka bertegur sapa. Masing-masing buat hal sendiri. Tisya ada juga cuba meramahkan diri dengan Lana. Tapi sikap sombong dan beku rakan serumahnya mematikan hasratnya. Christine pula jarang berada di rumah. Dia lebih banyak menghabiskan masanya di rumah teman lelakinya. Tapi Christine seorang yang peramah dan mesra orangnya apabila sesekali balik ke sini.

“Nzakir tu boyfriend aku. Kau jangan gatal-gatal goda dia.”

Tisya senyum sinis. Tidak dihiraukan amaran Lana. Tak ada faedah pun. Tadi tak ada pulak Nzakir war-warkan Lana ni girlfriends dia. Perasan!

Lana menggenggam tangannya sendiri. Bengkak hatinya dengan sikap Tisya yang tidak ambil kisah dengan amarannya.

Jaga kau, Tisya!

Kau belum kenal lagi siapa aku. Barang aku tidak ada siapa pun boleh sentuh. Jangan berangan kau nak goda Nzakir! 

Enjoy reading.. Part 5 pendek sikit...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6