Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

Review 1- Cinta Asma dan Ferhad

Imej
Hai semua... Siapa dah memiliki novel Cinta Asma dan Ferhad. Terbitan Lovenovel. Tahun 2017 -pesta buku. Maaf baru nak share review novel ini kat sini. Stok masih ada ya. Boleh contact publisher untuk beli atau dapatkan di mana-mana kedai buku berhampiran... Dah setahun lebih dah. Hope masih ada lagi... Best! Best! Dan SANGAT best!  Banyak pengisian didalam cerita ini. Kesetiaan seorang isteri (Asma) diuji walaupun suaminya (Ferhad) menghilang tanpa berita. Menjadi isteri seawal usia 18 tahun tidak menghalang Asma untuk menghadapi segala dugaan mendatang sendirian setelah ibu dan nek Som meninggal dunia. Mengandung disaat suami menghilang dan dibenci adik ipar sendiri. Fatin meracun fikiran orangtuanya agar menerima Tifany sebagai isteri Ferhad. Tifany obses untuk memiliki cinta Ferhad. Kerana kasih kepada Nek Som yang memeliharanya selepas dihantar ke kampung oleh ibu bapanya ketika berumur 15 tahun, Ferhad sanggup menunaikan permintaan neneknya yang menyayangi Asma da