Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Beautiful Jodoh

Beautiful Jodoh bab 10

Imej
Bab 10 ni bab terakhir saya akan kongsikan di blog ini.  Kalau nak baca kisah Haura dan Ferran sampai tamat, korang kena beli novel dan ebook.  Ebook juga dijual di esentral.my dan juga play book google. Tak pun korang boleh klik kedai online kami  https://wasep.me/shima-rostam-book-sandwich H AURA NUR mendongak. ‘Dia lagi. Kenapa kerap sangat mamat ni muncul di depan aku. Kenapa tidak dulu?’ Haura Nur menjegilkan mata, sebagai isyarat menghalau Ferran Atiq. Ferran Atiq berpura-pura tidak faham. Selamba dia duduk di hadapan Haura Nur. Haura Nur ketap gigi kemudian kembali tunduk membuat kerjanya. Dia mahu cepat habis menyalin maklumat yang diperlukan dan balik ke kolej. Tidak guna dia memarahi Ferran Atiq yang tidak faham bahasa. Memang tebal sungguh kulit lelaki itu! Ferran Atiq tidak mengacau Haura Nur, cuma sesekali pandangannya singgah di wajah gadis itu. Semakin dilihat, semakin yakin dengan perasaannya sendiri. “Ferran, ada orang tak kat sini ... boleh I ...