Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

Tips Menulis bahagian 1

Imej
Hi semua Assalamualaikum dan selamat tengahari. Tips menulis. Bagaimana hendak mula menulis sebuah cerita. Saya ni sebenarnya tidak berapa pandai juga hendak berkongsi ilmu penulisan ini. Tapi saya cuba ya. Yang penting, ada idea. Bila ada idea cuba kembangkan idea itu. Sebelum itu tetapkan dulu tema dan genrenya. Dah tetap genrenya, draft dulu plot kasar. Setengah penulis contoh sayalah, saya tulis dulu bab-bab awal kemudian baru buat plot kasar. Sebab baru nampak ke mana arah ceritanya. Tak pun saya jump tu ending dulu kemudian barulah merangka bab-bab sebelumnya. Yang penting tulis dulu. Ada orang buat plot dulu supaya nampak susunan ceritanya dari awal hingga ke akhir. Jenis saya pulak, plot kasar memang buat. Ada tu dah susun cantik-cantik tapi bila time menulis plotnya bertukar. Ikut idea baru datang. Jadi jangan hadkan imaginasi kita kepada plot yang kita tulis itu sahaja. Mungkin idea yang muncul selepas itu lagi menarik dan hebat . Semasa menulis saya akan menggunakan minda se

Beautiful Jodoh bab 8

Imej
Saya sharekan di sini bab 8  “A KU nampak Haura dengan Ferran tadi, keluar dari study room sama-sama,” beritahu Eilla. Wajah Anis Syatilla terus berubah. Hatinya dirasuk cemburu. Tidak sampai sebulan dia mengumumkan perpisahan mereka, Ferran Atiq telah mendapat penggantinya. Usahanya mendekati lelaki itu selama ini, ternyata sia-sia. Haura Nur yang entah dari mana munculnya menjadi penghalang. Bucu meja digenggam kejap, cemburu dan marah bersatu di hati. “Iya ... patutlah aku nampak mereka makan berdua dekat kafe tadi,” sambung Mazni pula. Anis Syatilla, Eilla dan Mazni adalah rakan sebilik. Mereka bertiga tidak terlalu rapat tetapi ada kepentingan masing-masing dan sentiasa berbaik demi kepentingan diri sendiri. “Mereka bercinta ke?” teka Mazni lagi. Eilla angkat bahu. “Takkanlah Ferran pandang Haura tu, bukan cantik mana pun. Tak secantik Anis. Kalau iya pun nak cari pengganti, carilah yang lebih cantik,” dia menyuarakan pendapatnya. “Entah-entah Ferran nak buat Anis ce