Mini Cerpen : Bibah debab 13 (edited version)




"Dah ok?" Soal Azam dari corong telefon bimbit Adam.

 Adam senyum. Bibah takkan merajuk lama-lama dengannya, mana bolehkan? Nanti rindu terlebih pulak. Semalam mereka menghabiskan masa meleraikan rindu tiga tahun itu. Walaupun setiap hari berskype tapi feeling nya tidak sama dengan Bibah di depan matanya. Bibah di dalam pelukannya.

"Dengan aku mestilah okey. Kau je yang tak okey. Kau cakap apa bila nak pecat Bibah semalam?"

Terdengar gelak Azam di hujung sana.

"Aku tak cakap banyak pun. Hulur surat berhenti, dia baca dan jeling aku sambil muncung mulut lepas tu keluar bilik hempas pintu. Belum sempat aku nak terangkan sebab musababnya, dia boikot aku. Tak sempatlah aku nak bela diri," jelas Azam. Faham sangat dengan angin adiknya itu. Tapi boleh pulak dia bersabar dengan minah tiga orang tu.

"Padam muka kau. Lainkali terang dulu baru serahkan surat tu. Dengan aku sekali yang kena. Nasib baiklah aku tahu bagaimana nak sejukkan dia. Hangatkan dia.. hahaha."

Azam ketawa. Senget adik ipar merangkap kawan baiknya ini. Dalam diam dia bersyukur, Bibah berada di dalam jagaan lelaki yang menyayanginya.

"Dia dengan kau manja terlebih. Marah-marah sayang. Mana boleh merajuk lama-lama."

Adam sengih sendirian. Memang betul pun, sejak dulu Bibah sangat-sangat baik. Mudah dengar katanya, tapi jika dengan Azam macam anjing dengan kucinglah jawabnya. Pantang bertekak, masing-masing hendak menang. Namun Adam tahu, Azam banyak mengalah dengan Bibah. Abang mana yang tak sayangkan adiknya, kan?

"Bibah mana?" Soal Azam lagi.

"Tidur"

"Kau tak tidur sama?"

Adam tersengih. Lain macam je soalan tu. Bukan Adam tak tahu apa yang ada dalam kepala Azam tu. Biar Bibah selesa dulu dengan kehadirannya setelah tiga tahun terpisah. Biar mereka mengait benang-benang kasih ini perlahan-lahan. Lagipun dulu mereka kawan, seperti abang dan adik. Kini berlawanan pula, suami isteri. Bukankah perlukan masa untuk meneutralkan perasaan itu dan memupuk cinta suami isteri ini?

"Baru bangun ni. Malam tadi recharge power, hari ni bersemangatlah weh." Adam ketawa panjang.

Azam sengih.. Otak tak boleh pakai Adam ni.

"Kau jangan manjakan Bibah sangat. Aku risau. Badan dia tu dah jadi macam kembang semangkuk tu, kau nak ke Bibah gemok?" Dalam menyoal Azam menyindir.

"Hahhahaha.." Adam ketawa kuat.

"Kau tak perlu risau, bro..." Adam menarik nafas sebelum menyambung kata.

"Aku kasi can hari ni je. Esok jangan harap aku nak bagi muka,"

Esok dia akan mulakan misi menguruskan tubuh isterinya. Chubby sangat. Sudah tak ada shape lagi dah. Jadi dia tidak boleh bertangguh lagi. Lagipun dia takut, perubahan Bibah tu ada kaitan dengan perubahan hormon di dalam tubuhnya. Jadi, tindakan awal perlu dilakukan. Dia mahu melihat apa hasilnya jika sebulan Bibah bersenam dan berdiet. Jika tiada perubahan juga, dia perlu merujuk perkara itu kepada doktor pakar. Jadi jangan ingat, orang gemuk ni kerana makan banyak. Ramai yang gemuk disebabkan masalah hormon. Dia mahu Bibah yang comel dan genit dulu. Sudah pasti dia akan merealisasikannya.

"Hahhaa.. moga berjaya ya. Janganlah kau mengalah dengan muka sayu dia sudahlah,"

Mereka berdua terus ketawa. Lama mereka ketawa sehinggalah Adam teringatkan gadis yang menyibuk di pejabat tadi.

"Weh bro.. siapa minah penyibuk tadi? Perasan lawa dan tergedik-gedik tu" Soal Adam ingin tahu.

"Kalau kau nak tahu minah-minah itulah pembuli bini kau di pejabat. Bibah pula ikut sangat peel mereka. Tak bantah langsung."

"Apa yang mereka buat?" Adam mula serius ingin tahu. Hatinya berdebar. Marah mula berputik. apabila mendengar cerita sebenarnya dari Azam.

Nantilah... Jangan ingat aku akan biarkan korang buli isteri aku... Jangan harap. Harap muka je cantik plastik. Perangai lagilaa plastik, tak ada jiwa, tak ada rasa.

...Enjoy... 

Santapan minum pagi... Eh.. Puasa...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6