Mini cerpen : Bibah Debab 15 (edited version)




Nafasnya tercungap-cungap. Lelahnya macam dah berlari sepuluh kilometer, otot pahanya kejang. Lututnya pula terasa mahu tercabut, manakala labu betisnya sudah keras dan membengkak. Seluruh badannya sakit-sakit. Bibah angkat tangan, mahu berhenti. Dia terhenti di tengah-tengah track orang berjogging, tanpa signal. Nasib baik tidak ada yang melanggarnya.

Adam toleh ke belakang dan melihat isterinya telah berhenti berjalan, bukan berlari-lari anak tau. Dia geleng kepala, baru lima belas minit sudah mengalah. Habis tu bila akan dapat kurus ni. Adam berpatah balik ke tempat Bibah berhenti.

"Awatnya?"

Bibah mencebik. Penat. Suara pun dah tak mahu keluar. Bibah jeling Adam. Tak heran sikit pun jika Adam marah. Patutnya dia bermula dengan jarak dekat dulu, bukannya dalam satu hari kena habiskan jogging keliling tasik 5 kali. Boleh demam urat dia nanti. Badannya telah lama dimanjakan, sekali dikerah berjogging, memberontaklah.

"Sayang... jangan duduk lagi. Tarik nafas dan buat senaman ringan dulu," tegur Adam. Tak sampai hati hendak memaksa isterinya lagi. Wajah Bibah nampak merah sangat. Peluh bercucuran. Bila-bila masa jika dia tersilap kata, mahunya banjir tasik ini. Adam geleng kepala. Kasihan pun ya jugak.

"Sakit kakilah. Seluruh badan dah sakit-sakit. Adamlah ni, orang tak nak, paksa jugak," rungut Bibah.

"Kalau tak bersenam macam mana nak kurus?" Soal Adam.

"Alaaa dietlah, makan ubat kurus. Nanti-nanti kuruslah," balas Bibah mudah.

"No way, abang takkan benarkan sama sekali. Diet boleh, ubat kurus jangan sekali-kali ambil," Adam memberi amaran keras.

"Ubat kurus yang ada dijual di farmasi tu kan selamat. Bukannya nak beli di pasar malam atau kaki lima tu," beritahu Bibah.

"Tak kiralah, farmasi ke pasar malam ke kaki lima ke, tetap tak boleh. Jangan ambik sebarangan. Kalau abang tahu siap Bibah," ugut Adam.

"Tahulah apa yang akan abang buat nanti," sambungnya lagi. 

Dia memang tak setuju langsung dengan cara mudah untuk kurus. Bukannya sihat. Padahal jika mengamalkan pemakanan dan cara hidup sihat sudah pasti akan mendapat berat badan ideal juga. Namun orang kita ni malas nak bersenam, suka makan yang berlemak-lemak dan berminyak-minyak. Buah-buahan pula kurang, jadi macam mana nak kurus? Setiap hari mengadap makanan yang tidak seimbang tu.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6