Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Review 2 Aku Bukan Penggoda

Imej
Oleh Nurul Anisah.. I'm done reading this book.. Wahhhh!!! Tajuk buku nmpak macam mengancam tapi isinya memang superB sangat.. Baca time dialysis BP memang tinggi and setiap pages mesti rasa goosebumps and still nak turning pages nak tahu apa yang berlaku.. Okey the story begin with Baizura yang kehilangan keluargannya sejak dia berumur 13 tahun.. Kematian keluarganya berpunca kerana kuasa dan ketamakkan seorang manusia.. I pernah cakap manusia akan gelap mata dan hati jika ia melibatkan wang dan kuasa.. Bukan wang dan kuasa yang bodoh tetapi manusia itu sendiri yang bodoh.. Tidak tahu untuk menggunakkan ia dengan betul.. Bukan keluarga Zura shja terlibat dalam kemalangan tragis tapi ade lagi 2 buah keluarga yang lain terlibat juga..  Puan Aminah yang baik hati mencari waris mangsa yang terlibat dan menolong mereka.. Walaupun Zura kehilangan keluarganya ia sedikit pun tidak pernah hilang kasih sayang keluarga.. Bergantung kasih pada pakngah & makngah, Abg Zam dan Busu

Review Aku Bukan Penggoda..

Imej
Salam semua... Good Day.. Ramai dah dapat dan baca Aku Bukan Penggoda. Ada yang PM saya personal cakap best... hehehe.. Alhamdulillah. Sebagai penulis mestilah sukahati kan... tapi nak bagi kritikan dan cadangan pun boleh. Nanti inshaallah saya cuba perbaiki corak penulisan saya.... Dan di sini saya nak kongsikan review oleh Zura Mohd... Dari pandanga mata kasar dia memang pengoda dgn gaya yg agak menonjol buat Zura sentiasa menjadi tumpuan mata lelaki .. Melepaskan Zura untuk sendiri bukan mudah bagai Aizat ..Hati Aizat sering tak tenang .. namun dia tahu sapa Zura ,sapa yg ada dalam hati gadis yg juga jadi intaian Akasyah dan Nik Rizal .. Demi sebuah harga dan pembalasan Zura akur hidup terpisah dgn cinta hati ...pesanan nenek dan Zamri sering tersemat dalam fikiran .. apa yg pernah jd miliknya harus dimiliki semula .. Aku Bukan Penggoda bukan lah kisah yg hanya bertunjang pembalasan dan godaan ..kisah ili lebih pada rapatnya sebuah keluarga , kasihnya seorg ibu dan nenek ..ak

Bab 3 Aku Bukan Penggoda

Imej
“Terima kasih Cikgu..” Nurul melangkah keluar dari kelas tingkatan 3. Kelas terakhirnya untuk hari ini. penat tetapi hatinya senang. Melihat wajah polos anak-anak didikannya seakan memberi kepuasan kepada dirinya. Ini adalah cita-citanya sejak kecil. Dia kagum dengan Cikgu Bedah. Walaupun air muka Cikgu Bedah garang, namun hatinya baik. Sentiasa mengambil berat tentang masalah pelajarnya. Dia masih ingat saat dia kehilang ayah kemudian ibu. Cikgu Bedahlah yang memujuk dan berada di sampingnya. Di sekolah, dia selalu berada di dalam pemerhatian Cikgu Bedah. Sikap keibuan Cikgu Bedah membuatkan dia memasang impian untuk menjadi seorang guru. Kini impiannya telah tercapai. Baru saja punggungnya berlabuh di atas kerusi, telefon pintarnya berbunyi. Senyum merekah di bibir. yatim piatu ketika berusia 10 tahun, hidupnya tak pernah susah dan kekurangan. Dia dikurniakan pula keluarga angkat yang baik. “Assalamualaikum kak ngah.” “Waalaikumussalam Nurul. Dah habis kelas ke?” “Aah.. baru habi

Bab 2 Aku Bukan Penggoda

Imej
“Seriuslah kak.. Encik Nik tu tengah usha akak. Tiap-tiap hari belanja makan,” bisik Nadya.  Zura jeling. “Buat kerja. Jangan buat gossip pulak.” Rimas pulak dia. Tiap hari ada saja alasan diberikan supaya mereka ikut lunch. Ingat senang ke nak memikat dia dengan hanya belanja makan. Dia tahu Nik Rizal ada niat lain. Cuma Nadya tak tahu.  Nadya ketawa tutup mulut. “Bukan buat gossip kak. Cakap yang betul je.”  “Dengar dek bakal tunang dia, kita yang kena halau nanti. Tak ada masalah cari masalah,” Zura memberi amaran. Ada dia terdengar Clarice bercerita, anak saudara Encik Ali itulah kekasih hati Nik Rizal. Jangan nak main mata, perempuan itu cantik dan tahap cemburunya boleh tahan juga. Setiap gadis yang cuba menggoda Nik Rizal, selalu dapat habuan. Kena viral, kena diberhentikan kerja dan macam-macam lagi Nik Sooraya akibat cuba menggoda bakal tunangnya.  Nadya mencemik. “ Takkanlah time kerja pun bakal tunang datang berumah tangga kat sini. Tak kerja ke?”

Bab 1 Aku Bukan Penggoda

Imej
Pintu pejabat Tetuan Aizat, Zamri & Co ditolak. Baizura melangkah masuk dengan yakin. Senyuman dihulurkan kepada orang pertama yang dilihatnya di kaunter penyambut tetamu. Kali pertama ke sini, dekorasi firma guaman ini mengagumkannya. Pemiliknya mempunyai standard yang tinggi dan berkelas.  “Assalamualaikum. Saya dari Tetuan Ibnu, Ali & co. datang audit. Encik Nik Rizal ada?” Baizura senyum sambil memperkenalkan diri.  “Waalaikumusalam. Cik Zura ya?”  “Ya betul,” jawab Baizura mesra.  “Encik Nik belum masuk lagi. Mari saya tunjukkan tempat dulu cik.” Gadis itu keluar dari kaunter penyambut tetamu. Senyumnya manis.  “Baik. Siapa nama?” Ramah Baizura mahu berkenalan. Gadis itu mempersilakan dia mengikutnya masuk ke ruang pejabat. Mereka berjalan seiringan menuju ke bilik yang dikhaskan untuk Zura gunakan untuk melakukan kerjanya.  “Azizah. Panggil Azie je.”  “Okey Azie. Terima kasih. Ini Nadya, pembantu saya,” balas Zura sambil memperkenal

Aku Bukan Penggoda- Novel Terbaru

Imej
Cantikkan cover? Ini adalah novel terbaru saya. Telah terbit sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL19) atau beli online di  www.lovenovel.com.my  atau di kedai-kedai buku berhampiran selepas pesta buku nanti..  Sebenarnya ini adalah novel bersiri yang pernah dipostkan di dalam blog ini. Saya tahu ramai follower Zura dan Aizat ini kan? Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan novel ini di pesta buku yang sedang berlangsung sekarang. Boleh dibeli dengan harga diskaun menarik di sana.  Blurb Dek ketamakan duniawi, satu kemalangan yang dirancang meragut beberapa nyawa tidak berdosa. Dek cemburu dan dengki sebuah kepercayaan dikhianati. Kerana dendam yang tersimpan lamanya, Puan Aminah telah merancang dengan teliti untuk merampas kembali hak anak, cucu dan insan yang tidak berdosa. “Pastikan tahun depan juga syarikat tu jatuh ke tangan kita. Tengku Yahya dan Nik Rashid harus terima balasan atas setiap perbuatan mereka!” -Puan Aminah Baizura

Sesi bertemu pembaca PBAKL 19

Imej
Assalamualaikum dan selamat tengahari.. Sabtu dan Ahad lepas saya telah turun bertemu dan beramah mesra dengan pembaca saya di reruai Penerbitan Love novel dan juga penerbitan Anaasa. Ini saya kongsikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan. Bersama Zura dan Kak Syimah. Lupa nama, maaf ya kak... Sesi hari sabtu..  Hari sabtu juga, bersama Kak Niny, Kak Yong Rose dan juga bos LNP Kak Lid.  Sesi hari ahad, bawak bodyguard kecik.. bersama staff LNP Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Prolog Aku Bukan Penggoda - Novel PBAKL 19

Imej
Aku bukan penggoda kerana cintaku hanya satu “Yeay... Abang hensem datang..” seorang gadis kecil berlari mendapatkan remaja lelaki keluar dari kereta. Bukan main gembira lagi dia melihat seorang remaja lelaki keluar dari kereta yang baru berhenti di halaman rumahnya. “Adik comel..” pipi gebu adik comel dipicitnya. Rindu. Dia tidak ada adik perempuan. Sebagai anak tunggal tentunya dia mendambakan adik untuk dibuat kawan bermain. “Abang bawa apa untuk adik hari ni?” Adik comel teruja nak tahu bila melihat abang hensemnya membawa plastik berisi mainan. “Kapal terbang control.” Mata adik comel membulat. Dia suka. Baru minggu lepas dia minta abang hensem bawakan kapal terbang control. Dia nampak dalam iklan tv. Permainan ini menyeronokkan. Lagi seronok kalau bermain dengan abang hensem. “Jom kita main. Abang ajarkan.” Gelagat mereka diperhatikan oleh orang tua mereka. “Setiap hari Uya tanya bila abang hensem nak datang. Rindu katanya. Bila besar nanti dia nak kahwin deng