Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tunggu Awak Datang

Teaser secoet.. Tunggu Awak datang.. Special Puasa dan Raya..

Part 2 masih dalam proses menulis. Saya target minggu ni siap.. In Shaa Allah. Siap je saya akan up dalam blog ni.. Jadi tunggu kisah mereka.. Hidup ini penuh dengan dugaan. Begitu juga perancangan yang kita rancangan mungkin tidak akan terjadi seperti yang kita rancangan.  Jadi oleh sebab itu kenalah hidup baik-baik. Semalam yang pergi tinggalkan kenangan. Hari ini yang datang adalah sebuah realiti. Dramanya adalah kita. Esok akan datang adalah ilusi. Kita boleh merancang tapi esok belum tentu yang kita rancangkan dapat dijadikan kenyataan.  Salam ramadan semua. ********* “Dear.. nak ke mana tu?” Tangan yang ingin memulas tembol pintu terhenti. Auni berpaling, seboleh mungkin dia mahu menyembunyikan kesakitan. “Pergi dapur, dahaga.” Aazad mengenyeh matanya. Dia bangkit duduk. “Abang ambilkan. Auni tunggu sini.” Auni geleng. “Tak apa, Auni boleh ambil sendiri. Abang tidurlah.” “No, sini,” Aazad tari...

Tunggu Awak Datang.... Versi Puasa dan Raya

Imej
“ Dear , esok saya rasa tak boleh puasalah. Perut ni sakit. Gastrik!” Bulat mata Auni memandang suaminya. Alasan! “Hubby jangan nak mengada eh. Bukannya budak kecik lagi tak tahan lapar. Dah nak jadi bapak budak pun,” marah Auni. “Bapak budak? I nak jadi papa , dear ?” Soal Aazad sambil tarik tangan isterinya, rapat. Auni menunduk. Tidak sanggup menentang panahan mata suaminya. “Belum confirm lagi. Auni check sendiri tadi. Ada dua garisan tapi satu tu samar-samar je nampak.” Aazad terus tarik Auni ke dalam pelukannya. Hatinya tidak berhenti-henti mengucap syukur. Berita inilah yang mereka tunggu selama ini. “ Hubby jangan nak gembira lagi. Belum confirm lagilah. Takut nanti... hmmm.. bila kita mengharap, harapan itu kosong. Auni takut!” Auni merenggangkan pelukan mereka. “Bagaimana nanti, bila check sekali lagi negatif. Auni takut!” “Syyyy dear... Kita berdoa pada DIA. Kita bergantung harap pada DIA. DIA yang bisa mengurniakan zuriat kepa...