Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sahabat pena

'Sahabat' pena bab 8

Imej
Assalam... update bab terkini 'Sahabat' pena.. Lepas ni lambat sikit saya update ya. Saya sedang tumpukan pada pengeditan Manuskrip Si Adik Manja dan Menantu Pilihan Abah. Jadi kisah ni saya hold seketika... Cerita ni In Shaa Allah akan menemui penamat dalam blog... Ada juga kemungkinan selepas itu saya panjangkan versi cetak juga.. Apapun doakan saya agar diberikan ilham untuk terus menulis... Dia tahu sepanjang berada di rumah Nina, dirinya tidak pernah terlepas dari pandangan Zakwan. Kawan baik Badrul, suami Nina. Kata Nina, itulah BFF suaminya sejak zaman belajar di London dulu. Dia cuma menganggukkan kepala tika mereka diperkenalkan. Takkanlah hendak berjabat tangan pula sedangkan selama ini apabila berurusan dengan lelaki, dia menundukkan kepala dengan tangan kanan di dada, sebagai menghormati mereka dan tidak pula mahu membuatkan mereka terasa hati dengan sikapnya. Sekilas rasa, wajah tampan Zakwan terbayang di matanya. Orangnya tertib ketika makan dan seo...

'Sahabat' pena 7

Imej
Zakwan memerhati dari jauh. Keasyikan Nina dan Hawa bercerita sentiasa dicuri lihat. Badrul pula telah beberapa menepuk bahunya. Dia tersengih-sengih dan menggaru kepala. Tindakbalas kimia di dalam badannya tika ini begitu ketara sekali. Matanya seakan-akan tidak ingin melepaskan walaupun sesaat dari menikmati wajah mulus itu. ‘Apa rasanya jika dia dapat menyentuh dengan bibirnya?' Sebuah soalan nakal menerjah benaknya membuatkan wajahnya serta merta bertukar rona. Apatah lagi sikapnya yang agak keterlaluan ini amatlah disedari oleh Badrul. "Takkan lari gunung dikejar, Zack" Sindir Badrul. Selesai makan mereka membawa diri ke ruang tamu dan memberikan Nina dan Hawa ruang berbicara. Bukan dia tak perasan, sudah hampir setengah jam, Zakwan asyik menjeling ke ruang makan. Hairan juga dengan sikap Zakwan sedikit luar biasa malam ini. Nampak sangat keterujaannya untuk mendampingi Hawa, walhal baru kali ini masuk kali ke dua mereka berjumpa. Takkanlah jatuh cinta pa...

'Sahabat' pena bab 6

Imej
Nina tersenyum manis di pintu utama rumahnya menyambut kedatangan Hawa. Hawa membalas senyuman itu. Ditangannya dijinjit plastik berisi buah-buahan. Adat bertandang ke rumah orang, tidak manis jika datang berlenggang tanpa sebarang buah tangan. "Assalamualaikum...." "Waalaikumussalam.. akhirnya sampai jugak kau... Ingatkan dah makan buah langsat tadi" Seloroh Nina sambil menyambut huluran tangan Hawa. Ditarik Hawa ke dalam pelukannya. "Makan jugak dua tiga biji tadi, berpusing-pusing jugak tadi sebab tak nampak nombor jalannya" Beritahu Hawa. "Jom masuk.." Ajak Nina sambil menyambut huluran plakstik buah-buahan yang dihulurkan oleh Hawa. "Susah-susah je kau bawak buah ni" Ujar Nina berbahasa. "tak susah pun, aku berhenti tepi jalan je beli buah ni. Bukan buat pun" balas Hawa. "Bawak ke kau masak ni?" Soal Hawa lagi. "banyak tu tak, tapi penuh gak meja tu..." Jawab Nina sambil terseny...

'Sahabat' pena bab 5

Imej
"Assalamualaikum..." "Waalaikumussalam... Hawakan?" Soal Nina. "Yup.. Hawa di sini. Nasib baik ingat lagi suara aku nih" Seloroh Hawa. "Eh mestilah ingat.. suara manja-manja kau ni. Satu dalam sejuta... hahahaa" "Tadi kau call aku ek. Maaf tak dengar." "Aaah.. Nasib baik kau balas.. ingat nak hantar sms pulak lepas ni" "Ada Apa?" Soal Hawa sambil melipat telekung yang digunakan. "Malam esok.. aku ada buat makan-makan sikit.. Nak ajak kau datang rumahlah" Nina terus ke tujuannya. "Ooo.. Insyaallah.. tak ada masalah. Kau buat kenduri apa?" "Eh.. bukanlah.. Ajak kau dengan member abang aku je.. Sebab dah lama tak jumpa dengan kau dan kebetulan pula abang aku baru juga terjumpa semula membernya. Jadi aku berpakatlah dengan abang aku nak jamu korang berdua" "Isyyy seganlah aku." "Nak segan apanya.. dua-dua kawan kami. mana tau nanti kau boleh kawan denga...

'Sahabat' pena bab 4

Imej
Bab 4 "Macam mana awak sediakan report ni. Awak check ke tidak sebelum berikan kepada saya?" tegas Hawa menegur. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menengking orang di hadapannya. "Saya check dah. Mana ada silap puan. Semuanya betullah" Sofia mempertahankan dirinya. "Mana silap awak tanya saya? Sekali tengok saya tahu report yang awak buat ni boleh buang dalam bakul sampah. Cuba tengok cash flow dan bandingkan cash balance di balance sheet tu? Cuba awak tengok sama ke tak? Kata berpengalaman tapi perkara sekecil itu pun awak tak nampak? Kena tambah power lagi ke spec awak tuh?" lantang suaranya kedengaran. Sofia mula kecut perut. Dia mengambil laporan bulanan di hadapannya dan disemak kembali. Ya Allah.. apasal aku ni. Mengong. Kutuknya pada diri sendiri. "Maafkan saya puan. Saya akan betulkan kembali. Maafkan saya" Pinta Sofia dan terus dia bergegas keluar dari situ. Padan muka. Tadi bukan main lagi menjawab. Wajahnya ...