Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Cinta Bawah Sedar Bahagian 10 tamat

Imej
Zaid Al-Haris. Seminggu Za pergi dengan membawa Atia dan Hasif. Aku menjadi perindu sepi. Skrin telefon pintar kutenung kosong. Tidak ada sebarang whatapps daripada Za tapi Mak Cah selalu berhubung dengan mak untuk memberitahu tentang Atia dan Hasif. Jadi aku tak risau sangat tentang mereka.  Nafas ku hela perlahan. Jemariku kaku di kekunci laptop. Sebaris ayat tak mampu aku karang sedangkan deadline semakin menghampiri. Patutnya dengan ketiadaan Atia dan Hasif masa kugunakan menyiapkan manuskrip yang tertangguh. Namun mengingati si dia, mindaku gagal berfungsi. Lamaranku masih lagi bertanda soal. “Doa dan tawakal Zaid. Jika betul kali ini jodoh kau dengan Za, in shaa allah lambat laun, dia akan jadi isteri Zaid juga,” nasihat mak. “Bukan senang dia nak buat keputusan setelah tahu cerita yang sebenar. Bagi dia masa,” ayah pula bersuara. “Jika mak kamu tak bersikap terburu-buru dan pentingkan diri sendiri dulu, tak jadi lagu ni. Tapi tak boleh salahkan mak kau juga, jika jod

Cinta Bawah Sedar Bahagian 9

Imej
Zahirah “Kali ini abang akan tunggu Za. Ambillah masa selama mana yang Za nak. Di akhirnya abang hanya mahu jawapan Za sudi jadi isteri abang.” Aku diam. Dia pula sambung makan nasi goreng. Hatiku?  Teruja? Tidak! Sedih? Tidak! Lega? Ya.. Sebabnya? Sikit pun tak terlintas di hatiku, yang bergumpal di dalamnya  diluahkan dan dileraikan. Ghairahnya telah lama menghilang. Mendengar penjelasan dari dia, aku merasa kerdil sangat. Siapa aku untuk mengharapkan yang indah-indah terjadi. Sedangkan sebagai hamba-Nya, setiap yang dirancang belum tentu jadi seperti yang diharapkan. Jadi kali ini aku benar-benar berserah pada-Nya. Jika betul inilah kalinya aku ketemu jodoh, aku terima. Jika bukan aku akan siapkan hati ini supaya terus kebal dan redha. “Mama...” “Mama...” Suara Hasif dan Atia saling bertingkah memanggilku. Terdengar bunyi tapak kaki kecil berlari sambil ketawa terkekek-kekek menuju ke dapur. Indahnya dunia anak-anak. Suara tawa riang mereka pengubat hati orang

Cinta Bawah Sedar Bahagian 8

Imej
Zahirah “Waalaikumussalam.” Mataku terus tertala ke arah pintu. Terbuntang luas memandang Abang Zaid dengan senyum segarisnya. Sedar keadaan diri yang tidak sempurna. Aku terus leraikan pelukan Hasif, Atia pula aku angkat dukung. Tanpa mempelawa Abang Zaid masuk, aku masuk ke dalam bilik. Dada ini macam mahu meletup. Dia sudah tak kesah. Auratnya yang dijaganya terbuka. Malunya bukan kepalang. “Baba...” terdengar Hasif memanggil dan tapak kaki kecil itu terus berlari ke arah babanya. Mulut mula bercerita. “Mama buatkan nasi goreng, sedap. Asif makan dua pinggan. Atia pun makan banyak. Tapi Atia tak mahu duduk, nak mama dukung je. Mana boleh, Atia dah besar. Asif pun nak mama dukung jugak.” Aku pasang telinga mendengar Hasif riuh bercerita. Mama.. Mama.. panggil itu membuatkan wajahku bertambah merah. Apa kata Abang Zaid nanti, senang-senang biarkan anaknya memanggilku mama. Hatiku diburu risau. Takut Abang Zaid tak suka. Lagipun bukan salahku, mak yang mula membahasakan ma

Cinta Bawah Sedar Bahagian 7

Imej
Zahirah “Maafkan abang!” Whatapps terakhir Abang Zaid aku biarkan. Aku tidak mahu tahu untuk apa maaf itu. Kalau sebab anak-anak, tidak ada apa yang harus dimaafkan. Mereka menceriakan hatiku dengan telatah comel mereka. Sejak dibawa pulang ke rumah mak, Hasif dan Atia langsung tidak mahu berenggan denganku. Aku mandikan mereka, membiarkan mereka bermain air dan sabun seketika. Kemudian suapkan mereka makan dan melayan mereka bermain sehinggalah keduanya mengantuk. Hari ini buat pertama kali, rasa kosong yang ada di sudut hatiku terisi. Kehadiran mereka mengisi ruang itu. Telefon pintarku letakkan di atas meja sisi. Tadi aku bersusah payah menolak katil rapat ke dinding. Tidak mahu Hasif dan Atia terjatuh ketika tidur nanti. Aku menepuk perlahan paha Atia, Hasif sudah mula berlayar di alam mimpi. Kriuk.. klik.. Pintu bilikku dibuka dari luar. “Budak-budak dah tidur?” mak menjengukkan dirinya di muka pintu. Aku angguk. Perlahan aku angkat punggung, selimut ditarik untuk

Cinta Bawah Sedar Bahagian 6

Imej
Zaid “Atia dan Asif suka sangat dengan Za tu. Baru jumpa dah melekat. Jadi..” aku pandang mak yang terhenti katanya. Ayah pun sama memandang mak. Mak pandang aku dan ayah, kemudian jatuh pada wajah masam along. Sejak aku benarkan Atia dan Asif ikut Za balik, along mogok suara denganku. Perangai degil along semakin menjadi-jadi. Semakin sensitif. Semua perempuan yang berbuat baik sikit, dia dah lancar perang. Takut sangat aku ni tersuka dan kahwin lain. Padahal dalam hati aku ni masih penuh dengan kasih sayang umi mereka. Aisyah adalah isteri terbaik yang Allah berikan walaupun dia hanyalah pilihan ke dua ku. “Mak rasa Za tu sesuai jadi pengganti Aisyah. Jadi ibu anak-anak kau,” Sreett.. Bunyi kerusi tertolak kasar ke belakang. Along bangun dan membawa pinggan yang masih berisi separuh nasi. Aku perhatikan sahaja perbuatannya. Di dalam hati istiqfar diucapkan berkali-kali. Along semakin mencabar kesabaranku. Tiga bulan pertama Aisyah meninggal, Along menjadi pendiam. Menangi