Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

Homemade Pizza yang sangat sedap (yummy)

Imej
Entri ini saya tulis semalam, tak sempat nak siapkan maka hari ini baru posting) Ahad yang sejuk.. hujan baru sahaja berhenti di bumi Nusajaya ini. Pizza ni saya buat jumaat lepas. Hanya 2 cawan tepung gandum saya dapat 6 biji pizza saiz sederhana. Wah lumayan jimatkan. Kalau buat frozen boleh 6 kali makan. Hehe.. Adik saya datang petang jumaat tu. Rezeki dia sekeluarga. Simple je resepi pizza ni. Saya dapat resepi dari perkongsian dalam facebook. Cuma kena rajin try buat je. (saya modified ikut selera dan bahan-bahan yang ada dalam dapur saya) Kulit pizza 2 cawan gandum 2 sk. Yis segera (bancuh dalam air suam, biarkan dalam 5 minit) 1 sk garam 1 sb gula 2 sb susu tepung 3 sb minyak masak 1sk soda bikarbonat 1/2 cawan air suam Campur semua bahan tadi. Uli2 jadi doh dan tak melekit pada tangan. Tutup dengan kain basah dalam sejam Topping 3 keping daging burger digoreng dan dipotong2 kecil 5 batang sosej dipotong2 bulat Cheese Kiub nanas dalam tin

DIY RECYCLE BOTTLE

Imej
Okeh.. ini percubaan pertama saya. Comot dan tak berapa nak kemas lagi... susah tul nak gam tali kat botol tu.. so jadilah comot dengan gam. Saya lupa amik picture botol kosong dulu.... Tang... Tang... Practise make perfect kan?. First time buat... banyak kekurangan lagi ni. Chaiyok.... Pasu dah ada... Kena buat bunga pulak...

Aiskrim batang

Imej
Haaa... Rasanya ada entri sebelum ni sata cerita pasal aiskrim batangkan? Aiskrim orang kampung Aiskrim bajet Dan tentu sekali puas hati makan. Satu jug air bandung (1 liter) saya dapat 8 batang. Kopi susu pun sama jugak. Last sekali aiskrim kacang hijau. Ambil masa sikit sebab saya kena masak bubur kacang hijau ( buat manis sikit) kena tunggu sejuk then blender. Barulah sesi buat ais krim. Alaaa.. beli je plastik aiskrim panjang tu. Aiskrim kopi susu permintaan suami. Aiskrim bandung, saya nak makan Tapi gerenti orang lain yang habiskan aiskrim ni. Aiskrim kacang hijau memang selalu saya buat. Anak saya suka aiskrim. Selamat tanpa bahan pengawet.

Mamee goreng sedappp

Imej
Okeh.. ni cerita 2, 3 hari lepas. Tak tahu nak masak apa kat Incik Suami. Biasanya Incik Suami tak makan nasi malam. Jadi bukaklah kabinet dapur dan nampk mamee chef. Jadilah mamee goreng lontong chef. Alaaa... tak susah pun 1 bijik bawang merah dan putih (diracik halus) 1 sudu besar cili boh Carrot dipotong memanjang Sedikit isi ayam (ikut suka nak letak seafood pun boleh) Sedikit minyak untuk menumis Perencah mamee Mamee direndam dalam air panas, bila lembut, toskan. Sekejap je. Lembut sangat tak sedap pulak. Tumis bawang + cili boh. Kemudian masukkan ayam. Kacau sekejap kemudian masuk carrot. Lepas tu masuk perencah mamee. (Terpulang ats selera, nak masuk semua boleh, separuh boleh) sebab kalau masuk semua takut termasin plak. Kacau dan last sekali masukkan mamee. Kacau rata... tadaaaa siap boleh makan.

Cantik itu sihat, lemon detox

Imej
Yup.... Saya tahu semalam saya tak update blog.. Nak update tapi perangai suka tangguh jadi lah terlupa. Pluss penat. Okey.. siapa suka lemon? Si kuning yang cantik.. Dalam FB saya, ramai teman yang share kebaikan lemon ni. That true. Lemon is awasome, briliant. Banyak kegunaan dan kebaikan. Buah yang wajib ada kat dalam peti ais. Apa saya buat.. Air lemon. Detox. Sehiris je. Jadikan air minuman.. Segar dan menyegarkan. Nah ni dia. Masuk dalam peti ais. Minum suam pun okeh.. Orang kata minum selepas bangun tidur setiap pagi, banyak manfaatnya.