Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2022

Pre Order Trilogi Mimpi 27 Sept 2022 sehingga 30 Okt 2022

Imej
Alhamdulillah, saya telah membuka P-R-E O-R-D-E-R novel terbaru saya.  Trilogi ini mengandungi tiga buah novel yang ceritanya berkait antara satu sama lain.  Nak tahu kisah mereka kena beli novel-novel ini nanti.  Buku 1 : Bukan Sekadar Mimpi  Blurb  K-Pop, menjadi kegilaan para remaja di seluruh dunia. Azim juga tidak terkecuali. Dia sangat meminati K-pop, sehinggakan boleh menari seperti mereka. Idolanya, tentulah grup paling top dan hit sekarang; Hot-5. Al-kisahnya, dia telah memuat naik video ke dalam TikTok. Dan videonya mendapat perhatian ahli grup Hot-5. Sejak itu, mereka mula menjadi sahabat dalam talian. “Siapa tu?” “Kak Anna.” “ She’s single?” “Yes ... and available.” Manalah Anna tahu dia menjadi topik hangat perbualan antara Azim dan ahli grup Hot-5. Peluang berjumpa tiba apabila kumpulan itu membuat persembahan di Kuala Lumpur. “Kak Anna pandai masak tak?” - Dan Kim, si kaki makan. “Sebut je apa nak makan, semua boleh.” - Azim. Dalam diam, Anna menjad

Aisyah Humaira Prolog

Imej
Inshaallah tidak lama lagi saya akan keluarkan trilogi Mimpi.  Buku 1 : Bukan Sekadar Mimpi  Buku 2 : Aisyah Humaira Buku 3 : Kembali.  Sementara menantikan pre order dibuka, saya kongsikan bab-bab awal Aisyah Humaira  “Wan, jomlah main,” ajak Fatimah. Dia tersengih-sengih melihat Aisyah dan kawan-kawannya. Mereka hendak bermain hide and seek .  Bila Aisyah balik kampung, suasana akan jadi meriah. Dia ada kawan selain kawan dalam kebun itu. Laju Izwan menggeleng. Wajahnya pucat. Dia melihat ke arah Fatimah yang tersengih-sengih memandangnya. Aisyah pula menggeleng kepala sambil menepuk dahi. Tentu mengutuk dia penakut dalam hatinya. Biarlah digelar penakut sekalipun, dia tetap tidak mahu bermain bersama mereka jika mereka mahu bermain di dalam kebun getah itu. Melihat mereka berjalan bergandingan tangan menuju ke kebun getah, Izwan membuka langkah seribu balik ke rumah tok ayah mereka. “Hei,  kenapa dengan kamu ni? Lari macam nampak hantu,” tegur Puan Habsah. Melihat wajah mama,