Abang hensem Jihan, Part 6

 Assalam... semalam tuan rumah cuti, tak sempat nak buat auto post.. Jadi pagi ni tuan rumah bagi entri panjang sikit.

Enjoy reading...

Menghitung malam-malam terakhir Ramadhan, semoga kita banyakkan mengumpul amal untuk bekalan di alam sana...

------@@@....






“Kejap, Tisya nak turunlah ni,” jawab Tisya tanpa salam.

Tahu sangat dengan sikap abang ngah yang tidak suka menunggu. Talian diputuskan tanpa mendengar balasan daripada abang ngah. Dia cepat-cepat menutup pintu apartment. Hampir berlari dia menuju ke lif. Pintu lif terbuka dan tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan dia terus masuk.

“Nak ke mana? Hari ni tak kerja ke?”

Kuss semangat. Tisya mengurut dada.

“Lain kali bagilah salam dulu sebelum tegur,” marah Tisya.

Dijeling mamat hensem Jihan ni, santai berbaju T shirt kolar V berwarna biru tua dan jeans hitam.

Tisya tunduk. Dia tidak tahan dengan panahan mata Nzakir. Pelik. Tadi bukannya tak ada orang ke tunggu lif bersama-sama dengannya. Mana pulak datangnya mamat ni. Berkerut-kerut dahi Tisya memikirkannya. Ke dia ni invisible man?

“Masa awak langkah masuk tadi, saya dah ada dalam lif ni. Jangan nak berkerut-kerut sangat dahi tu. Nanti belum sampai umur 30 dah banyak kedutan,” sempat lagi Nzakir menyindir.

Tisya mencemik. Apa-apalah. Muka dia bukan muka orang lain.

“Nak ke mana?” soal Nzakir sekali lagi.

Tisya mengeluh. Lupa nak jawab tadi.

“Rumah abang ngah. Buka puasa rumah dia hari ni.”

“Awak tak kerja?” soal Tisya balik.

“Cuti. Saya baru balik out station.”

“Baru ingat nak pergi berbuka dekat Sushi King.”

“Pergilah.. Sushi tetap dibuka tujuh hari seminggu,” jawab Tisya, polos.

“Tapi awak tak ada, cancellah.”

Mereka akhirnya sampai tingkat bawah. Tisya tergesa-gesa keluar menuju ke kereta abang ngah. Nzakir setia mengekor.

“Awak nak pergi mana?” soal Tisya setelah menyedari Nzakir mengekorinya dari belakang.

“Ikut awak. Nak berkenalan dengan abang ngah awak.”

Langkah kaki Tisya terhenti tiba-tiba. Salah dengar ke apa? Dipalingkan wajah melihat Nzakir dengan dahi berkerut.

Nzakir geleng kepala. Suka sangat buat muka macam tu. Kerut dahi bagai... tapi comel.

“Buat apa nak kenal?” Tinggi suara Tisya bertanya. Tak faham betul dengan mamat hensem Jihan ni.  Baru je kenal tapi kenapa dia buat seolah-olah mereka dah lama kenal?

“Laa salah ke? Dah saya kawan dengan awak mestilah kena kenal dengan ahli keluarga awak jugak. Senang kerja nanti,” jawab Nzakir.

Tisya tidak terkata apa lagi. Geram pun ada. Bila masa pulak aku angkat mamat ni sebagai kawan aku. Takkanlah sebab dia tumpang aku malam tu, terus kami jadi kawan? Lagipun dah seminggu berlalu, ni baru jumpa balik. Aku pun dah ingat-ingat lupa kat dia.

Sebaik sahaja sampai ke kereta abang ngah, Tisya tidak terus masuk, sebaliknya ketuk tingkap pintu belah pemandu.

“Kenapa? Masuklah.”

“Ada orang nak berkenalan dengan abang ngah,”jawab Tisya sambil tunjuk Nzakir.

Nzakir tersengih dan ketawa. Abang ngah pun turut ketawa dan terus buka pintu kereta. Mereka berdua saling berpelukan dan bertepuk bahu.   Ahh.. sudah, Tisya keliru. Mereka kenal ke?

“Aku dah agak dah.”

“Lama wei.. tak jumpa kau Nzakir. Kau menghilang ke mana? Lepas konvo terus lenyap.”

Nzakir ketawa.

“Aku sambung belajar dan kerja di New Zealand. Tahun lepas baru balik sini.”

Abang ngah geleng kepala.

“Habis tu kau tak boleh nak berfacebook atau WhatApps dengan kawan-kawan?”

Nzakir tarik sengih. Facebook ni dia anti sikit. Bukan tak suka, ada je account facebooknya. Cuma dia jarang buka, setahun adalah dalam sekali atau dua kali masuk.

“Macam mana kau boleh kenal adik aku?”

“Jiran depan pintu aku ni. First time tengok dia aku rasa macam pernah jumpa je. Tapi lupa kat mana. Tadi bila dia cakap nak jumpa abang ngah serta merta aku teringatkan hari kita konvo. Teringat adik kau yang comel kalut bergambar tu. Tu yang aku ikut Tisya. Nak pastikan betul atau tidak.”

“Memori 10 tahun lepas tu bro.”

“Cepatlah abang ngah! Tadi kata nak masuk opis pulak lepas ni,” rungut Tisya. Geram sebab tunggu lama. Geram sebab tadi abang ngah juga yang tidak sabar. Bila jumpa kawan, terus lupa.

“Aku gerak dululah. Datang bukak puasa rumah aku petang ni.”ajak abang ngah.

“In Shaa Allah. No telefon kau? Alamat?”

Abang ngah ambil kad namanya, ditulis di belakang kad alamat rumah. Kemudian diserahkan kepada Nzakir.

“Lega aku bila tahu kau tinggal kat sini. Adalah orang boleh tengok-tengokkan adik aku ni.”

“Kau suruh aku tengok adik kau seumur hidup pun aku sanggup, bro,” mendalam maknanya.

Abang ngah ketawa. Kemudian dia tepuk-tepuk bahu Nzakir. Entah apa-apalah mamat dua orang ni. Lebih daripada perempuan bila jumpa. Ketawa.. ketawa... tepuk bahu.

“Jangan lupa petang ni. Banyak betul benda nak sembang ni bro.”

“Alright, jumpa petang karang. In Shaa Allah.”

****




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.
 Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
 Hidup baik-baik.
 Islam itu Indah.
 Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6