Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny?

Ebook novel Shima

Imej
Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom    Instagram; shima.rostambs   Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing..  Terima kasih di atas sokongan. Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Yang belum memiliki ebook saya atau novel saya... Yang ingin membacanya boleh dapatkan ebook novel-novel saya. Harga kombo istimewa untuk anda semua...  whatapps di sini Cherating In Love   Blurb.. “Subhanallah.. Cantikkan?” spontan aku menoleh ke sebelah. Melihat dia. “Cantik..” bisikku. Mata tak beralih pandang. Macam kena gam. Melekap pada dia. “Mataharilah.. tengok sana. Bukan saya,” dengus dia marah. Aku sengih. Mulutnya dah muncung. Comel. Bila halal nanti, muncung tu aku patuk dengan bibir. Berani lagi nak muncung-muncung comel gitu?   Uncle Doktor, Nak tak jadi papa Niny?   Niny - anak kecil yang aktif dan cerdik. Tiba-tiba demam sawan membuatkan mamanya pa...

Uncle Doktor... Nak Tak Jadi Papa Niny? Bab 4iii

Imej
Dapatkan ebook di sini Dapatkan Novel di shopee (klik di sini)  Doktor   Sam ... Aku tersenyum mendengar usikan nakal misi-misi yang bertugas di wad 5D ini. “Wish me luck,”  ujarku, mahukan lebih sokongan daripada mereka. Mungkin sudah tiba masanya aku memikirkan semula status yang kusandang 5 tahun ini. “Serius doktor?  No kidding ?”  Misi Asnah menyoal. Mungkin terkejut mendengar kata-kata aku kali ini. Iyalah, selama ini aku layankan sahaja tanpa ambil pusing. Luka dan terkilan, amat dalam di hatiku dulu. Disebabkan rasa bersalah yang menebal kerana kurang memberi perhatian kepada anak sendiri, aku jadikan wad dan hospital ini rumah keduaku. Merawat pesakit cilik menjadi keutamaanku. Menghiburkan dan mengambil berat tentang mereka supaya mereka tidak takut menerima rawatan. Sebab itulah aku memilih cabang pediatrik sebagai pengkhususan utamaku. “Muka saya macam bergurau ke ni?” Kening kuangkat sebelah sambil memandang misi-misi di hadapanku. Mereka ibarat kel...

Uncle Doktor... Nak Tak Jadi Papa Niny? Bab 4ii

Imej
Dapatkan ebook di sini   Novel pula di shopee (klik di sini)   Lini ... Malam itu, Doktor Sam muncul sewaktu jarum jam menghampiri angka 11. Niny telah lama dibuai mimpi. Aku lega, tak adalah soalan bombastik yang keluar dari mulut Niny. Kalau tidak, entah di mana nak kusorokkan mukaku. Tapi bila Doktor Sam muncul, misi bukan main senyum-senyum dan bisik-bisik mengusik. Aku jadi malu. Doktor Sam pula selamba sahaja, macam tak ada apa-apa yang berlaku. “Niny dah lama tidur? Badan dia panas lagi tak?” Doktor Sam menyoal prihatin. Dia perhati seketika Niny yang sedang tidur. Bibirnya mengukir senyum. Kemudian baru dia mengambil kertas catatan yang ada di atas meja di hujung kaki Niny. Dilihat dan dibaca sepintas lalu. “Tak ada demam dah ni, petang tadi. Jadi esok pagi, boleh balik jika tak jadi apa-apa malam ni,” beritahunya. Aku perhati tingkahnya. Dia gosok kening dengan hujung jari, membuatkannya kelihatan sangat  macho . Wajah tenangnya membuatkan aku rasa ingin terus me...

Uncle Doktor... Nak Tak Jadi Papa Niny bab 4 i

Imej
Boleh dapatkan ebook di sini Novel di shopee (klik di sini) Doktor Sam... Panggilan video call telah lama terputus. Mata terus hilang mengantuk. Bibir pula tanpa sedar terjungkit ke atas. Niny, si cilik comel ini sudah berjaya menambat hatiku. Telatahnya telah mengusir rasa yang menghuni hatiku setelah pemergian Adeliya. Bertahun rasa itu terkepung dan memerangkapku di satu dimensi masa, sehingga aku tidak mampu move on. ‘Uncle  pun rindukan Niny.” “Uncle  doktor, nak tak jadi papa Niny?” Lamaran polos yang keluar dari bibir comel itu bagaikan renjatan elektrik yang memberi kejutan pada jiwaku. Mengejutkan aku dari lena yang panjang. Menghangatkannya kembali.  “Niny dah lama tak ada abah. Kasihan mama kena kerja dan jaga Niny lagi,” bisik Niny di telingaku. Hanya aku sahaja yang mendengarnya. Ketika itu, sekilas aku melihat wajah mama Niny memerah. Namun jelas keletihan di wajah itu. Aku agak usianya tentu dalam 25 tahun. Masih muda dan perlu memikul tanggungjaw...

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3

Imej
Untuk tempahan klik link ini : www.wasap.my/601123432311/uncledoktor Lini... “Mama, uncle doktor mana?” “Uncle doktor sibuk. Duduk diam-diam. Nanti mama cakap pada misi supaya suntik Niny.” Aku sudah tidak tahu hendak menjawab apa lagi. Boleh dikatakan setiap minit Niny bertanyakan Doktor Sam. Orang sebelah sudah senyum-senyum, melihat kami. “Misi uncle doktor mana? Niny kan baik, dengar cakap, kenapa uncle doktor tak datang check Niny. Niny kan sakit..” Misi pula yang jadi mangsa Niny. Aku cuma mampu beristighfar di dalam hati. Cepatlah boleh keluar wad ni! Mulut Niny sudah tidak mampu kukawal lagi. Hendak dimarah pun bukan dia dengar. Nanti merajuk, aku juga yang susah memujuk. “Uncle doktor dah habis syif dia dah. Esok pagi baru dia datang.” “Alaaa...! Nanti Niny rindu macam mana?” “Kasihan uncle doktor nak rehat. Mamakan ada ni. Jangan nak mengada-ngada Niny!” Suaraku dah tegang. Tapi masih lagi kukawal nadanya. Geram betul dengan Niny ni. “Ala..alaa..Kasih...

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 2

Imej
{tak edit} Untuk order boleh tekan link bawah 👇 wasap.my/601123432311/uncledoktor    Lini... Malam itu aku cuma tidur-tidur ayam. Sekejap-kejap terjaga dan memeriksa suhu badan Niny. Walaupun aku tahu setiap 4 jam misi akan datang memeriksa tekanan darah dan suhu badannya. Namun sebagai ibu, hati aku tetap risau. Ini kali pertama Niny demam sawan. Tak terlintas di fikiranku, si kecil yang lincah bermain siang tadi, lesu berbaring di atas katil hospital. Enam pagi, walaupun mata kelat pedih kerana tidak cukup tidur, badanku pula telah lama terjaga. Teringatkan yang aku datang sehelai sepinggang, tak mungkin aku boleh tinggalkan Niny sendirian. Jadi terpaksa aku susahkan rakan serumah baruku. Telefon pintarku ambil dan harapnya Nida telah bangun ketika ini. “Assalamualaikum, Nida..” “Hurmm.. Waalaikumussalam. Lini? Kau tak balik ke semalam?” dari nada suara Nida, aku tahu dia baru terjaga. “Tak. Aku kat hospital. Malam tadi Niny demam sawan.” “Ya Al...

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny bab1

Imej
[Tak edit] Lini... “Niny.. kita mandi dulu sayang. Lepas tu mama suapkan ubat,” pujukku tanpa melihat Niny yang terbaring lesu di atas katil. Tangan aku pantas menarik kain tuala dan baru aku berpaling memandang Niny. Aku tergamam. Tuala di tangan terjatuh ke kaki. Tubuh Niny menggigil dan tegang. Mata ke atas. Mulut berbuih. Aku menerpa, panik. Air mata entah bila merambu keluar. Niny aku ambil dan dukung keluar bilik. Dalam keadaan panik, hanya perkataan hospital terlintas di dalam benakku. Tudung aku capai dengan tangan kiri. Beg dan kunci kereta aku main ambil tanpa melihat. Tubuh Niny terus menggigil tanpa henti. Terasa haba tubuhnya panas. Aku takut dan panik. Aku berlari keluar. Kereta di pecut laju menuju ke hospital. Kereta dibrek mengejut di hadapan kecemasan. Aku turun dan terus membuka pinta sebelah penumpang. Dalam suara serak dan wajah bekas air mata, Niny aku dukung erat. “Kenapa puan?” petugas di kecemasan menyoal ku. Matanya memandang Niny di dalam peluka...

Pre order.. Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny?

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum dan selamat tengahari.. Ramai dah tertanya-tanya bila nak bukak PRE ORDER, jadi hari ni saya buka secara rasmi.. PRE ORDER - UNCLE DOKTOR... NAK TAK JADI PAPA NINY.. RM28 + (RM8 SM/RM13 SS) Saya buka selama sebulan.. Sehingga 6hb Nov. 2019 Free gift misteri akan diberikan pembeli terawal.. Free sebuah cerpen (dalam bentuk ebook atau diselitkan dalam novel akan diberitahu kemudian) untuk semua pembeli.. Blurb.. Niny - anak kecil yang aktif dan cerdik. tiba-tiba demam sawan membuatkan mamanya panik. Terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan wad untuk pemantauan selama 24 jam. Di wad Niny berkenalan dengan Doktor Sam, doktor pediatrik yang bertugas di wad tersebut. Sikap mesra Doktor Sam telah menawan hati Niny yang kerinduan belaian kasih seorang bapa. Maka bermulalah misi Niny mencari papa. Uncle Doktor, nak tak jadi papa Niny? -Niny “Sekarang pun uncle boleh jadi papa Niny. Tapi uncle kena mengorat mama Niny dulu...