Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3

Imej
Untuk tempahan klik link ini : www.wasap.my/601123432311/uncledoktor Lini... “Mama, uncle doktor mana?” “Uncle doktor sibuk. Duduk diam-diam. Nanti mama cakap pada misi supaya suntik Niny.” Aku sudah tidak tahu hendak menjawab apa lagi. Boleh dikatakan setiap minit Niny bertanyakan Doktor Sam. Orang sebelah sudah senyum-senyum, melihat kami. “Misi uncle doktor mana? Niny kan baik, dengar cakap, kenapa uncle doktor tak datang check Niny. Niny kan sakit..” Misi pula yang jadi mangsa Niny. Aku cuma mampu beristighfar di dalam hati. Cepatlah boleh keluar wad ni! Mulut Niny sudah tidak mampu kukawal lagi. Hendak dimarah pun bukan dia dengar. Nanti merajuk, aku juga yang susah memujuk. “Uncle doktor dah habis syif dia dah. Esok pagi baru dia datang.” “Alaaa...! Nanti Niny rindu macam mana?” “Kasihan uncle doktor nak rehat. Mamakan ada ni. Jangan nak mengada-ngada Niny!” Suaraku dah tegang. Tapi masih lagi kukawal nadanya. Geram betul dengan Niny ni. “Ala..alaa..Kasih

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 2

Imej
{tak edit} Untuk order boleh tekan link bawah 👇 wasap.my/601123432311/uncledoktor    Lini... Malam itu aku cuma tidur-tidur ayam. Sekejap-kejap terjaga dan memeriksa suhu badan Niny. Walaupun aku tahu setiap 4 jam misi akan datang memeriksa tekanan darah dan suhu badannya. Namun sebagai ibu, hati aku tetap risau. Ini kali pertama Niny demam sawan. Tak terlintas di fikiranku, si kecil yang lincah bermain siang tadi, lesu berbaring di atas katil hospital. Enam pagi, walaupun mata kelat pedih kerana tidak cukup tidur, badanku pula telah lama terjaga. Teringatkan yang aku datang sehelai sepinggang, tak mungkin aku boleh tinggalkan Niny sendirian. Jadi terpaksa aku susahkan rakan serumah baruku. Telefon pintarku ambil dan harapnya Nida telah bangun ketika ini. “Assalamualaikum, Nida..” “Hurmm.. Waalaikumussalam. Lini? Kau tak balik ke semalam?” dari nada suara Nida, aku tahu dia baru terjaga. “Tak. Aku kat hospital. Malam tadi Niny demam sawan.” “Ya Allah. Habi

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny bab1

Imej
[Tak edit] Lini... “Niny.. kita mandi dulu sayang. Lepas tu mama suapkan ubat,” pujukku tanpa melihat Niny yang terbaring lesu di atas katil. Tangan aku pantas menarik kain tuala dan baru aku berpaling memandang Niny. Aku tergamam. Tuala di tangan terjatuh ke kaki. Tubuh Niny menggigil dan tegang. Mata ke atas. Mulut berbuih. Aku menerpa, panik. Air mata entah bila merambu keluar. Niny aku ambil dan dukung keluar bilik. Dalam keadaan panik, hanya perkataan hospital terlintas di dalam benakku. Tudung aku capai dengan tangan kiri. Beg dan kunci kereta aku main ambil tanpa melihat. Tubuh Niny terus menggigil tanpa henti. Terasa haba tubuhnya panas. Aku takut dan panik. Aku berlari keluar. Kereta di pecut laju menuju ke hospital. Kereta dibrek mengejut di hadapan kecemasan. Aku turun dan terus membuka pinta sebelah penumpang. Dalam suara serak dan wajah bekas air mata, Niny aku dukung erat. “Kenapa puan?” petugas di kecemasan menyoal ku. Matanya memandang Niny di dalam peluka

Pre order.. Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny?

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum dan selamat tengahari.. Ramai dah tertanya-tanya bila nak bukak PRE ORDER, jadi hari ni saya buka secara rasmi.. PRE ORDER - UNCLE DOKTOR... NAK TAK JADI PAPA NINY.. RM28 + (RM8 SM/RM13 SS) Saya buka selama sebulan.. Sehingga 6hb Nov. 2019 Free gift misteri akan diberikan pembeli terawal.. Free sebuah cerpen (dalam bentuk ebook atau diselitkan dalam novel akan diberitahu kemudian) untuk semua pembeli.. Blurb.. Niny - anak kecil yang aktif dan cerdik. tiba-tiba demam sawan membuatkan mamanya panik. Terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan wad untuk pemantauan selama 24 jam. Di wad Niny berkenalan dengan Doktor Sam, doktor pediatrik yang bertugas di wad tersebut. Sikap mesra Doktor Sam telah menawan hati Niny yang kerinduan belaian kasih seorang bapa. Maka bermulalah misi Niny mencari papa. Uncle Doktor, nak tak jadi papa Niny? -Niny “Sekarang pun uncle boleh jadi papa Niny. Tapi uncle kena mengorat mama Niny dulu