Mini Cerpen : Bibah Debab 12 (edited version)



Sebenarnya Bibah tidak tahu apa layanan yang sepatutnya untuk Adam. Mereka kahwin bukan kerana cinta. Mereka kahwin secara spontan je. Tapi jangan silap faham, spontan tu maksudnya ketika Adam melamar Bibah, mereka merupakan sahabat baik. Rumah keluarga mereka sebelah menyebelah. Sejak kecil Adam yang sebaya dengan Azam suka melayan kerenah Bibah. Manakala Azam pula kaki sakat dan buli Bibah. Jadi apabila mereka semakin dewasa, keluarga risau dengan keakraban mereka dan ketika itu juga Adam mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Sydney.

Bibah pula terus berada di Malaysia. Timbul kebimbangan di hati Adam apabila hendak merantau jauh ni. Dia takut apabila balik nanti hubungannya dengan Bibah tak macam dulu lagi. Lagi membimbangkan hatinya, Bibah dimiliki oleh lelaki lain. Dari sinilah Adam memahami perasaan sebenarnya pada Bibah. Jadi tanpa berfikir panjang, dia usulkan kepada keluarga supaya mereka dinikahkan dan dia akan membawa Bibah bersama.

Namun lain yang dirancang, lain pula jadinya. Perkahwinan telah selamat ditempuhi, Bibah pula buat hal. Tak nak ikut ke Sydney. Kemudian bersyarat-syarat pula. Tak ikut syarat dia merajuk. Jadi oleh kerana masa pun dah suntuk dan dia perlu melaporkan diri di Universitinya di Sydney, diiyakan sahaja. Janji Bibah tetap miliknya apabila pulang nanti.

Sekarang... setelah tiga tahun berlalu, Adam tetap tidak pernah hilang rindunya di hati. Bibah sentiasa menjadi puteri di dalam hatinya dan kini pangkatnya semakin tinggi sebagai permaisuri di hati. Melihat wajah Bibah tanpa perasaan itu, Adam garu kepala.


'Sampai bila nak merajuk ni? Kejutan sudah tiada manisnya. Dia pula yang kalut memikirkan bagaimana mahu memujuk hati Bibah'

"Sampai bila Bibah nak boikot Abang ni?" Gelaran abang semakin serasi di hujung bibirnya.

Bibah tetap diam. Mereka kini berada di rumah mereka sendiri. Bukan di rumah keluarga Bibah mahupun Adam. Inilah sebenarnya kejutan yang Adam ingin berikan. Sebuah rumah yang cukup lengkap untuk memulakan hidup berumahtangga.

"Abang minta maaf. Abang tahu abang silap. Abang lupa abang sepatutnya beritahu kepulangan abang" Pujuk Adam lagi.

Bibah pandang sekilas. Sebenarnya, Bibah kekok. Bibah tak pandai nak bagi layanan istimewa buat Adam sebab mereka dulu tak pernah bercinta cintun. Dari sahabat mereka jadi suami isteri dan kemudian dia ditinggalkan. Malam pertama pun tak rasmi lagi tau. Isyyy... teruk betul Bibah ni. Ini ke ciri-ciri isteri yang mithali?

Bibah tak adalah marah mana. Cuma sikit terkezut hati je. Pulak tu kemunculan Adam ketika dia sedang melancarkan perang dengan Azam. geram dihati masih lagi bergumpal-gumpal, tak sempat nak kunyah sampai lunyai, Adam pula muncul. Kejutan yang hampir membuatkan dirinya terkena serangan jantung. Tapi indahnya, Adam telah kembali ke sisinya.

Adam mengambil tempat di sisi Bibah. sengaja dia menghimpit Bibah. Bibah mengesot jauh, namun Adam tetap menghimpitnya juga.

"Pergilah duduk jauh-jauh," Marah Bibah.

"Tak boleh. Tiga tahun kita berjauhan. Kali ni abang nak duduk rapat-rapat dengan Bibah je."

Bibah mencebik sambil bermain-main dengan jari jemarinya. Adam mengukir senyum. Dia tahu suhu hati Bibah mula sejuk apabila suara Bibah sudah kembali lunak seperti dulu. Dia juga tahu Bibah segan dan malu-malu ketika ini. Jadi kesempatan ini perlu diambil, lalu perlahan tangannya melingkari bahu Bibah.

"Aik.. Abang tak boleh nak peluk Bibah dah, tak sampai ni. Bibah makan apa sampai chubby macam ni?" usik Adam.

Bibah mencebik dan menjeling. Mulalah tu nak komplen sana sini. Salah ke jadi gemuk ni? Tak semua manusia di atas dunia ni kuruslah. Bising hati Bibah membebel. Adam ni sama je macam orang lain. Diskriminasi orang gemok.

Adam sengih-sengih. "Tapi abang suka dan makin suka. Cantik Bibah untuk abang je namun kesihatan paling penting."

"Bibah tahu. Nanti-nanti Bibah dietlah" Jawab Bibah lemah.

"Bukan diet sayang tapi makan secara sihat dan tidak berlebihan. Abang akan tolong Bibah. Kita sama-sama buat nanti."

"Humm..." Cebik Bibah. Apa-apa ajelah Adam. 

"Betullah. dua-dua kena sihat sebab nak usaha buat baby plak."

Bibah dah merah muka. Baru jumpa sehari dah planning buat anak. Boleh tak bagi can Bibiah lepaskan rindu dulu. Adam nilah nak kena penyek ke hapa? Tak sensitif langsung.

Adam terus mengeratkan pelukannya.

"Abang mahukan Bibah yang ditinggalkan dulu. Yang comel dan lawa. nanti kita sama-sama usaha ya," Pujuk Adam lembut.

Bibah angguk. Kepalanya dilabuhkan di bahu Adam.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6