Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3

Imej
Untuk tempahan klik link ini : www.wasap.my/601123432311/uncledoktor Lini... “Mama, uncle doktor mana?” “Uncle doktor sibuk. Duduk diam-diam. Nanti mama cakap pada misi supaya suntik Niny.” Aku sudah tidak tahu hendak menjawab apa lagi. Boleh dikatakan setiap minit Niny bertanyakan Doktor Sam. Orang sebelah sudah senyum-senyum, melihat kami. “Misi uncle doktor mana? Niny kan baik, dengar cakap, kenapa uncle doktor tak datang check Niny. Niny kan sakit..” Misi pula yang jadi mangsa Niny. Aku cuma mampu beristighfar di dalam hati. Cepatlah boleh keluar wad ni! Mulut Niny sudah tidak mampu kukawal lagi. Hendak dimarah pun bukan dia dengar. Nanti merajuk, aku juga yang susah memujuk. “Uncle doktor dah habis syif dia dah. Esok pagi baru dia datang.” “Alaaa...! Nanti Niny rindu macam mana?” “Kasihan uncle doktor nak rehat. Mamakan ada ni. Jangan nak mengada-ngada Niny!” Suaraku dah tegang. Tapi masih lagi kukawal nadanya. Geram betul dengan Niny ni. “Ala..alaa..Kasih

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 2

Imej
{tak edit} Untuk order boleh tekan link bawah 👇 wasap.my/601123432311/uncledoktor    Lini... Malam itu aku cuma tidur-tidur ayam. Sekejap-kejap terjaga dan memeriksa suhu badan Niny. Walaupun aku tahu setiap 4 jam misi akan datang memeriksa tekanan darah dan suhu badannya. Namun sebagai ibu, hati aku tetap risau. Ini kali pertama Niny demam sawan. Tak terlintas di fikiranku, si kecil yang lincah bermain siang tadi, lesu berbaring di atas katil hospital. Enam pagi, walaupun mata kelat pedih kerana tidak cukup tidur, badanku pula telah lama terjaga. Teringatkan yang aku datang sehelai sepinggang, tak mungkin aku boleh tinggalkan Niny sendirian. Jadi terpaksa aku susahkan rakan serumah baruku. Telefon pintarku ambil dan harapnya Nida telah bangun ketika ini. “Assalamualaikum, Nida..” “Hurmm.. Waalaikumussalam. Lini? Kau tak balik ke semalam?” dari nada suara Nida, aku tahu dia baru terjaga. “Tak. Aku kat hospital. Malam tadi Niny demam sawan.” “Ya Allah. Habi

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny bab1

Imej
[Tak edit] Lini... “Niny.. kita mandi dulu sayang. Lepas tu mama suapkan ubat,” pujukku tanpa melihat Niny yang terbaring lesu di atas katil. Tangan aku pantas menarik kain tuala dan baru aku berpaling memandang Niny. Aku tergamam. Tuala di tangan terjatuh ke kaki. Tubuh Niny menggigil dan tegang. Mata ke atas. Mulut berbuih. Aku menerpa, panik. Air mata entah bila merambu keluar. Niny aku ambil dan dukung keluar bilik. Dalam keadaan panik, hanya perkataan hospital terlintas di dalam benakku. Tudung aku capai dengan tangan kiri. Beg dan kunci kereta aku main ambil tanpa melihat. Tubuh Niny terus menggigil tanpa henti. Terasa haba tubuhnya panas. Aku takut dan panik. Aku berlari keluar. Kereta di pecut laju menuju ke hospital. Kereta dibrek mengejut di hadapan kecemasan. Aku turun dan terus membuka pinta sebelah penumpang. Dalam suara serak dan wajah bekas air mata, Niny aku dukung erat. “Kenapa puan?” petugas di kecemasan menyoal ku. Matanya memandang Niny di dalam peluka

Pre order.. Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny?

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum dan selamat tengahari.. Ramai dah tertanya-tanya bila nak bukak PRE ORDER, jadi hari ni saya buka secara rasmi.. PRE ORDER - UNCLE DOKTOR... NAK TAK JADI PAPA NINY.. RM28 + (RM8 SM/RM13 SS) Saya buka selama sebulan.. Sehingga 6hb Nov. 2019 Free gift misteri akan diberikan pembeli terawal.. Free sebuah cerpen (dalam bentuk ebook atau diselitkan dalam novel akan diberitahu kemudian) untuk semua pembeli.. Blurb.. Niny - anak kecil yang aktif dan cerdik. tiba-tiba demam sawan membuatkan mamanya panik. Terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan wad untuk pemantauan selama 24 jam. Di wad Niny berkenalan dengan Doktor Sam, doktor pediatrik yang bertugas di wad tersebut. Sikap mesra Doktor Sam telah menawan hati Niny yang kerinduan belaian kasih seorang bapa. Maka bermulalah misi Niny mencari papa. Uncle Doktor, nak tak jadi papa Niny? -Niny “Sekarang pun uncle boleh jadi papa Niny. Tapi uncle kena mengorat mama Niny dulu

Review 7 Aku Bukan Penggoda

Imej
Oleh Aida Fariz 58 / 2019 Speechless!!! Cerita ni betul2 mencabar otak aku rasanya   😜 Kalau x faham susur galur keluarga watak boleh buat kita blurrr... Jadi masa baca kena relax dan tenang, x mau gopoh2   😎 😎 😎 Banyak watak sampingan dalam novel ni. So kena baca dan hadam betul2 supaya x tetinggal kereta api   😜 😜 😜 Watak utamanya tentulah Aizat dan Zura. Arggghhh!!! Aku suka sangat attitude Zura. Dia gedik tapi pada orang yang tertentu saja tau... Sampai boleh menimbulkan spekulasi   😅 😅 😅 X kurang juga dengan si Aizat ni, walau serius dan beku tapi bila dengan Zura dia berubah jadi sweeeettt   😍 😍 😍 Watak jahat pun ada juga. Tiga serangkai Tengku Lily, Hasya dan bapak segala celupar yang mengada2 Nik Sooraya   🤮 🤮 🤮 Di sebalik kisah cinta Aizat dan Zura ada dendam yang belum terbalas. Tapi kasih sayang yang Aizat curahkan buatkan Zura kembali pada fitrahnya   😊 😊 😊 Masa Tengku Lily melawat pusara dadd

Review 6 Aku Bukan Penggoda

Imej
oleh Zareeny Rahmat. ~52/60~ Jangan hilang harapan untuk menegakkan keadilan. Jangan biarkan hati dikuasai api dendam.   Done.. Kerakusan sifat manusia kepada harta, membuatkan Puan Aminah merancang dengan teliti untuk merampas balik hak anak, cucu dan insan yang tidak berdosa. Untuk itu, Baizura seorang gadis yang berdikari ditugaskan untuk menjalankan amanah dari neneknya, Puan Aminah. Sikapnya yang manja dan peramah sentiasa mengundang fitnah dan tohmahan dari pelbagai pihak. Aizat pula yang me ncintai Baizura, sanggup menggalas beban gadis kesayangan sementelah dia juga antara mangsa kelicikan manusia yang tamak. Mampukah misi ini berjaya? Naskah karya   Shima Rostam   ni sarat dengan kasih sayang. Saya suka part kasih sayang yang ditonjolkan antara Aizat, Zamri, Ibnu a.k.a Busu dan Baizura. Baizura benar² dilindungi dan disayangi hinggakan dia dikatakan seorang penggoda. Ada konflik yang penulis selitkan dalam naskah ini hingga membuatkan ianya lebih menari

Review 2 Cinta Asma dan Ferhad

Imej
Sebenarnya novel ni direview 2 tahun lepas pada tarikh hari ini. Jadi di FB naik notifikasi memorinya. Saya belum up lagi dalam blog ni. Okey sebelum dia tenggelam lagi, saya cepat-cepat copy dan simpan kat sini.. Review ni oleh kak Noridah Romli. Jauhi sifat hasad dengki..iri hati..cemburu..dendam..semuanya mendorong kepada keburukan yang boleh memberi kesan kepada sebuah perhubungan..ikatan ukhuwah kekeluargaan boleh berantakan.. Tajuk buku : Cinta Asma dan Ferhad Penulis : Shima Rostam Penerbit : Lovenovel  Kisah cinta selepas kahwin antara Asma dan Ferhad..kahwin demi memenuhi permintaan nenek Ferhad dan ibu Asma,Ferhad terima tanggungjawab dan amanah dengan hati terbuka..bahagia dalam tempoh singkat tetapi peristiwa duka tatkala berjauhan..kagum dengan ketabahan dan kekuatan Asma semasa menghadapi kehilangan ekoran sikap adik ipar yang tidak menyukai Asma tetapi lebih menyokong ' friend with benefit' Ferhad.Akhirnya semua menjadi mangsa keadaan namun t

Review 1 - Hati Yang Kau sakiti

Imej
Sebenarnya dah banyak review di dalam FB. tetapi saya tak update kat sini. Nanti saya kena cari semula review itu semua dan update kat sini.( bila ada masa ya). Novel ni terbit pada Januari 2018. Dah setahun lebih berada di pasaran. Jadi pada mereka yang belum memiliki novel saya ini, dapatkan di kedai buku berhampiran ataupun secara online dengan seller-seller online juga penerbit Anaasa ya. Oleh Chik Ma Pestaim bc karya penulis ni..pabila si gadis punya hati sedingin ais..apa rs?jenuhlah si jejaka nk pujukkan..ada langau 2-3 org tp ditepis dgn jayanya...langau pulak jenis seksi dan menggoda mujur la lelaki ni tk pandang pun..dan pengajaran buat suami jaga hati isteri..mesti pandai pujuk dan bersabar dgn kerenah isteri..yg pasti jgn cuba2 nk pasang yg lain..dan perempuan yg obses nk balik semula ke pangkuan kekasih..jgn guna ilmu hitam sbb padah akibatnya..byk pengajaran terselit dlm novel ini😍utk kita teladani dn jadikan sempadan bg menghadapi kehidupan yg sgt mencabar ini..

Review 5, Aku Bukan Penggoda

Imej
Oleh Shikin ZS Tamat satu lagi novel pbakl 2019. #NovelKeLapan yang saya KIV ulasannya 😂.  Aku bukan penggoda.  Kerana tamak, nyawa tidak berdosa menjadi mangsa.  Ada kehidupan yang musnah.  Ada yang kehilangan.  Ada yang menderita sehingga menjadi dendam.  Kerana itu juga Baizura ada misi yang harus dia jayakan sebelum dia mampu senyum bahagia bersama insan yang dicintai.  Adakah hutang darah dibayar dengan darah atau kemaafan yang menutup segala kedukaan dan kebencian?  Sila beli dan baca 😊.  Komen saya....  Saya suka novel ni.  Cerita yang pada saya best, konflik sederhana tak terlalu berat.  Watak heroin yang "bebas laku" tapi masih behave menjadikan dia bukan typical heroin yang perfect.  Hero yang pada saya sweet walaupun tak bermadah puitis 😆.  Paksu yang hot dengan kawan baik yang pada saya, setiap novel yang heroin ada bff memang saya suka. Yang jenis tak tikam belakang kawan la 😂.  Tahniah penulis dan publisher.

Review 4 Aku Bukan Penggoda

Imej
Oleh Ibu Zyanne Alli Done mengulangkaji novel2 ni... Tidak mengecewakan. Setiap novel mempunyai kekuatan tersendiri. Tahniah kpd cik penulis Pena Kayu Shiroe Sherry Shima Rostam A.k.a Shima Awang Kesemua novel ni superb sesangat... Dah bc Namaku Khadijah wajib baca Diari Jiwa sbb berkait rapat.. Baru le tau apa kesudahan kisah Fahri. Secret Love novel yg santai... Ibu suka blh senyum2 bc... Mcm syok sendiri plak. Ulat taik pn xde le melampo sgt bg kita pny blood go upstairs smp xleh turun... Aku Bukan Penggoda penulis bijak menggarap cerita ni bg betul2 interesting nk bc smp habis. Teka teki akn terjawab di akhir cerita. Well done kepada semua penulis2 hebat ni... Mcm mana le korg blh dpt idea buat citer2 ni ehhh.... "MAJULAH NOVEL UNTUK NEGARA" #kupencintanovel #wajibbelinovelni #recommended Notes.. Terima kasih ibu untuk review ini.. Semoga ibu sentiasa menyokong karya-karya saya dan penulis-penulis lain... Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersia

Review 3 Aku Bukan Penggoda

Imej
Oleh Kak Imaniah REVIEW 14/60 1 May 2019 Tajuk: Aku bukan penggoda Penulis : Shima Awang @ Shima Rostam Penerbit : Love Novel 1st, saya nk cakap - Novel ni best giler, jujur saya cakap, saya mmg sukakan karya macam ni, dlm sweet ada deritanya, dlm bahagia ada pengajarannya. Walaupun novel ini lebih kepada kisah cinta, keluarga dan masyarakat, ia juga mengisahkan tentang jenayah dilakukan sehingga menyebabkan 3 ank kehilangan insan tersayang, kerana duit, seorang rakan mengkhianati rakan yg memberi sepenuh kepercayaan kepadanya. Sepanjang pembacaan kita tidak sabar mengertahui apa yg bakal dibongkarkan nanti. Baizura mangsa keadaan dimana ibu bapa dan adiknya terkorban dalam kemalangan terancang kerana sikap rakan kongsi bapanya yang tamak dan kejam, dia dibesarkan oleh neneknya, mak tok yg menanam dendam dalam diri Uya ekoran kematian kejam anak perempuan sulungnya sekeluarga. Mrk membina empayar perniagaan demi masa depan mrk dimana

Review 2 Aku Bukan Penggoda

Imej
Oleh Nurul Anisah.. I'm done reading this book.. Wahhhh!!! Tajuk buku nmpak macam mengancam tapi isinya memang superB sangat.. Baca time dialysis BP memang tinggi and setiap pages mesti rasa goosebumps and still nak turning pages nak tahu apa yang berlaku.. Okey the story begin with Baizura yang kehilangan keluargannya sejak dia berumur 13 tahun.. Kematian keluarganya berpunca kerana kuasa dan ketamakkan seorang manusia.. I pernah cakap manusia akan gelap mata dan hati jika ia melibatkan wang dan kuasa.. Bukan wang dan kuasa yang bodoh tetapi manusia itu sendiri yang bodoh.. Tidak tahu untuk menggunakkan ia dengan betul.. Bukan keluarga Zura shja terlibat dalam kemalangan tragis tapi ade lagi 2 buah keluarga yang lain terlibat juga..  Puan Aminah yang baik hati mencari waris mangsa yang terlibat dan menolong mereka.. Walaupun Zura kehilangan keluarganya ia sedikit pun tidak pernah hilang kasih sayang keluarga.. Bergantung kasih pada pakngah & makngah, Abg Zam dan Busu

Review Aku Bukan Penggoda..

Imej
Salam semua... Good Day.. Ramai dah dapat dan baca Aku Bukan Penggoda. Ada yang PM saya personal cakap best... hehehe.. Alhamdulillah. Sebagai penulis mestilah sukahati kan... tapi nak bagi kritikan dan cadangan pun boleh. Nanti inshaallah saya cuba perbaiki corak penulisan saya.... Dan di sini saya nak kongsikan review oleh Zura Mohd... Dari pandanga mata kasar dia memang pengoda dgn gaya yg agak menonjol buat Zura sentiasa menjadi tumpuan mata lelaki .. Melepaskan Zura untuk sendiri bukan mudah bagai Aizat ..Hati Aizat sering tak tenang .. namun dia tahu sapa Zura ,sapa yg ada dalam hati gadis yg juga jadi intaian Akasyah dan Nik Rizal .. Demi sebuah harga dan pembalasan Zura akur hidup terpisah dgn cinta hati ...pesanan nenek dan Zamri sering tersemat dalam fikiran .. apa yg pernah jd miliknya harus dimiliki semula .. Aku Bukan Penggoda bukan lah kisah yg hanya bertunjang pembalasan dan godaan ..kisah ili lebih pada rapatnya sebuah keluarga , kasihnya seorg ibu dan nenek ..ak

Bab 3 Aku Bukan Penggoda

Imej
“Terima kasih Cikgu..” Nurul melangkah keluar dari kelas tingkatan 3. Kelas terakhirnya untuk hari ini. penat tetapi hatinya senang. Melihat wajah polos anak-anak didikannya seakan memberi kepuasan kepada dirinya. Ini adalah cita-citanya sejak kecil. Dia kagum dengan Cikgu Bedah. Walaupun air muka Cikgu Bedah garang, namun hatinya baik. Sentiasa mengambil berat tentang masalah pelajarnya. Dia masih ingat saat dia kehilang ayah kemudian ibu. Cikgu Bedahlah yang memujuk dan berada di sampingnya. Di sekolah, dia selalu berada di dalam pemerhatian Cikgu Bedah. Sikap keibuan Cikgu Bedah membuatkan dia memasang impian untuk menjadi seorang guru. Kini impiannya telah tercapai. Baru saja punggungnya berlabuh di atas kerusi, telefon pintarnya berbunyi. Senyum merekah di bibir. yatim piatu ketika berusia 10 tahun, hidupnya tak pernah susah dan kekurangan. Dia dikurniakan pula keluarga angkat yang baik. “Assalamualaikum kak ngah.” “Waalaikumussalam Nurul. Dah habis kelas ke?” “Aah.. baru habi