Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2022

Teaser 1 Bukan Sekadar Mimpi

Imej
“Psst, Anna!” panggil Xi Xi. Anna mengangkat kening, menyoal. Minah Cina ni, kalau panggil macam tu mesti pasal K-pop Idol. “ You tahu tak, Hot-5 akan buat konsert di Malaysia bulan sembilan ni?” Anna menggeleng kepala tanda tidak tahu. Yang dia minat, drama Korea. Tentang K-pop Idol pula, dia tidak tahu sangat. Dahulu, arwah Kak Ain yang minat K-pop Idol, sebab itulah dia tahu perkembangan semasa dunia hiburan Korea. Malah, dia turut diheret sama untuk menari, setiap kali Kak Ain membuat content TikTok.   Akan tetapi, selepas Kak Ain pergi, tiada lagi sumber informasi tentang K-pop Idolnya. Kalau ada pun yang dia tahu, hanya daripada Azim yang mewarisi minat Kak Ain. Namun, apalah yang diketahui sangat oleh budak berumur 10 tahun, selain menari dan menghafal lagu mereka.  “ I bagi tahu you lah ni. Nak pergi tak? I belanja?” ajak Xi Xi berharap. “Kalau I pergi, adik I tu mesti nak pergi sekali. Azim tu dahlah peminat nombor satu Hot-5 tu.” “Bawaklah dia sekali. Me

Aisyah Humaira Bab 2

Imej
SMK Sri Astana Kringgggggg.... “Aisyah nanti collect semua buku latihan dan hantar ke meja saya,” arahan terakhir Cikgu Che Eshah disambut dengan keluhan para pelajar tingkatan lima Beta. “Esoklah cikgu. Tak sempat nak siapkan karangan ni.” Terdengar suara merayu. Cikgu Che Eshah memandang wajah pelajar-pelajarnya. “Jadi, dalam exam SPM nanti kamu minta hantar esok juga ke?” nadanya lembut tetapi sinis. Terdiam para pelajar mendengarnya. “Dalam exam esok, kamu semua diberikan dua jam tiga puluh minit untuk menjawab empat soalan yang diberikan. Jadi, boleh ke kamu jawab semua soalan itu dalam masa yang ditetapkan?” matanya memerhati setiap wajah anak didiknya. Ada yang tunduk dan menggeleng. Ada yang termenung. “Empat bulan; tolak tidur, makan, bermain games dan berdating tu, tinggal berapa hari lagi? Sempat ke tidak kamu membuat latihan membiasakan diri menyiapkan jawapan dalam masa yang ditetapkan?” Semakin ramai yang menundukkan kepala. Cikgu Che Eshah mengelu

Teaser Kembali 1

Imej
“Sampai bila kita akan berada di sini Cik Tipah. Aku penat. Aku dah bosan,” luahnya lagi. Hilang pasal Aisyah timbul pula persoalan tentang diri mereka. Sudah lama mereka berkeliaran di sini.   “Sabarlah. Mungkin suatu hari ni akan ada orang jumpa jasad kita.” Memujuk Cik Mun sama seperti memujuk diri sendiri. Kemudian, mereka sama-sama merenung malam. Stesen minyak sibuk dengan kenderaan keluar masuk seperti selalu. Suasana biasa setiap hari. “Orang lain mana?” sunyi pula malam ini. Tidak ada orang bermain-main di dalam stesen minyak itu. “Malam ni mereka menyorok, hari nak hujan. Mereka tak nak basah.” Cik Mun sengih menampakkan dua gigi taring tajam berdarahnya. “Hahaha... wei.. hantu mana boleh basah.” Cik Tipah ketawa mengilai-ngilai. “Ahh... sudah, dia buat hal lagi,” Imah mengeluh. Malam semakin gelap. Guruh mula kedengaran. Angin agak kuat di luar meniup angin sejuk. Sejuk sampaikan bulu romanya berdiri. “Kak, dengar tak tu, bunyi pontianak mengilai?” “Ishh kau

Aisyah Humaira Bab 1

Imej
“Aisyah, tungguu!” Jeritan itu membuatkan langkah Aisyah terhenti. Dia berpaling dan melihat Adelia yang berlari ke arahnya. Aisyah menggeleng kepala melihat kawannya berhenti di hadapannya, termengah-mengah. “Apasal kau berjalan laju sangat?” rungut Adelia. “Nak balik cepat. Kenapa?” “Jadi, kau tak join study group hari ni?” Aisyah menggeleng. “Tak. Kan aku dah bagi tahu dalam group Whatsapp . ” “Kan aku dah cakap telefon aku tertinggal kat rumah.” “Ooh, lupa.” Aisyah menayang sengih. “Tentu Irfan frust kau tak ada petang ni.” “Yang lain semua ada, kan? Aku je tak ada petang ni,” balas Aisyah endah tak endah. “Bukannya kau tak tahu, Irfan join study group kita sebab kau. Dia tu tak join pun tak apa, family dah cari cikgu tuisyen datang ajar kat rumah.” “Bukan kita paksa dia join pun.” Aisyah menjeling mata ke atas. Adelia tersengih melihat reaksi Aisyah itu. Dia tahu Aisyah tidak sukakan Tengku Irfan itu, tapi Irfan sukakan Aisyah; sampai cikgu pun tahu.