Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pre order

Teaser Kembali 1

Imej
“Sampai bila kita akan berada di sini Cik Tipah. Aku penat. Aku dah bosan,” luahnya lagi. Hilang pasal Aisyah timbul pula persoalan tentang diri mereka. Sudah lama mereka berkeliaran di sini.   “Sabarlah. Mungkin suatu hari ni akan ada orang jumpa jasad kita.” Memujuk Cik Mun sama seperti memujuk diri sendiri. Kemudian, mereka sama-sama merenung malam. Stesen minyak sibuk dengan kenderaan keluar masuk seperti selalu. Suasana biasa setiap hari. “Orang lain mana?” sunyi pula malam ini. Tidak ada orang bermain-main di dalam stesen minyak itu. “Malam ni mereka menyorok, hari nak hujan. Mereka tak nak basah.” Cik Mun sengih menampakkan dua gigi taring tajam berdarahnya. “Hahaha... wei.. hantu mana boleh basah.” Cik Tipah ketawa mengilai-ngilai. “Ahh... sudah, dia buat hal lagi,” Imah mengeluh. Malam semakin gelap. Guruh mula kedengaran. Angin agak kuat di luar meniup angin sejuk. Sejuk sampaikan bulu romanya berdiri. “Kak, dengar tak tu, bunyi pontianak mengilai?” “Ishh ...

Aisyah Humaira Bab 1

Imej
“Aisyah, tungguu!” Jeritan itu membuatkan langkah Aisyah terhenti. Dia berpaling dan melihat Adelia yang berlari ke arahnya. Aisyah menggeleng kepala melihat kawannya berhenti di hadapannya, termengah-mengah. “Apasal kau berjalan laju sangat?” rungut Adelia. “Nak balik cepat. Kenapa?” “Jadi, kau tak join study group hari ni?” Aisyah menggeleng. “Tak. Kan aku dah bagi tahu dalam group Whatsapp . ” “Kan aku dah cakap telefon aku tertinggal kat rumah.” “Ooh, lupa.” Aisyah menayang sengih. “Tentu Irfan frust kau tak ada petang ni.” “Yang lain semua ada, kan? Aku je tak ada petang ni,” balas Aisyah endah tak endah. “Bukannya kau tak tahu, Irfan join study group kita sebab kau. Dia tu tak join pun tak apa, family dah cari cikgu tuisyen datang ajar kat rumah.” “Bukan kita paksa dia join pun.” Aisyah menjeling mata ke atas. Adelia tersengih melihat reaksi Aisyah itu. Dia tahu Aisyah tidak sukakan Tengku Irfan itu, tapi Irfan sukakan Aisyah; sampai cikgu pun tahu. ...

Pre Order Trilogi Mimpi 27 Sept 2022 sehingga 30 Okt 2022

Imej
Alhamdulillah, saya telah membuka P-R-E O-R-D-E-R novel terbaru saya.  Trilogi ini mengandungi tiga buah novel yang ceritanya berkait antara satu sama lain.  Nak tahu kisah mereka kena beli novel-novel ini nanti.  Buku 1 : Bukan Sekadar Mimpi  Blurb  K-Pop, menjadi kegilaan para remaja di seluruh dunia. Azim juga tidak terkecuali. Dia sangat meminati K-pop, sehinggakan boleh menari seperti mereka. Idolanya, tentulah grup paling top dan hit sekarang; Hot-5. Al-kisahnya, dia telah memuat naik video ke dalam TikTok. Dan videonya mendapat perhatian ahli grup Hot-5. Sejak itu, mereka mula menjadi sahabat dalam talian. “Siapa tu?” “Kak Anna.” “ She’s single?” “Yes ... and available.” Manalah Anna tahu dia menjadi topik hangat perbualan antara Azim dan ahli grup Hot-5. Peluang berjumpa tiba apabila kumpulan itu membuat persembahan di Kuala Lumpur. “Kak Anna pandai masak tak?” - Dan Kim, si kaki makan. “Sebut je apa nak makan, semua boleh.” - Azim. ...

Pre Order Novel Beautiful Jodoh kini dibuka

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahhim... Officially saya telah membuka PRA TEMPAHAN BEAUTIFUL JODOH HARGA PROMOSI SINGLE RM40 SM / RM45 SS HARGA PROMOSI KOMBO RM70 SM/ RM76 SS Pra tempahan dibuka selama sebulan bermula hari ini 15 Ogos 2021 sehingga 15 September 2021. Kali ini saya join promosi bersama novel Penerbitan Ilham Santai penulis Cici Aida .. Jadi jangan tangguh dapatkan buah tangan terbaru saya bersama CICI AIDA. Beautiful Jodoh Blurb Menumpang kasih atuk dan mak tuk, Haura Nur tumbuh menjadi seorang gadis introvert. Namun keadaan itu berubah apabila dia melanjutkan pelajaran ke universiti. Berkenalan dan tinggal sebilik dengan Naemah, Zakiah dan Latifah memberikan pengalaman baru. Dia mula membuka hati untuk membina sebuah persahabatan tanpa perasaan rendah diri. Ferran Atiq crush Haura Nur sejak di bangku sekolah lagi. Mereka tidak pernah bercinta, tetapi saling memendam rasa. Bertemu kembali di universiti, Ferran Atiq khabarny...