Mini cerpen : Bibah debab 17- akhir (edited version)
Tiga bulan berlalu... “Adlina, Sherry dan Mona, saya nak jemput kamu ke rumah abang saya ahad ni. Ada jamuan kesyukuran,” ajak Cik Maz. “Maksud Cik Maz, rumah pengerusi syarikat ini ke?” Soal Adlina inginkan kepastian. “A’aah ya, lupa pulak saya,” Cik Maz tersenyum. “In shaa Allah kami pergi Cik Maz,” jawab Sherry. Kesempatan ini tidak boleh dilepaskan. Inilah masanya peluang mereka mencari pasangan hidup di kelompok orang atasan. Siapa yang tidak mahu menjadi menantu dato, tan sri ini. Peluang ini jarang sekali singgah di dalam hidup mereka. “Kenduri kesyukuran apa Cik Maz?” Soal Mona ingin tahu. “Oooh sempena kepulangan anak saudara saya dan menantu abang saya tu. Sebenarnya sudah lama mereka balik, baru hujung minggu ni sempat hendak buat majlis kesyukurannya. Sekali dengan doa selamat sempena kehamilan anak perempuan mereka juga,” Jelas Cik Maz. Dia melihat wajah teruja pekerjanya. Pasti mereka tidak sabar-sabar mahu menghadiri majlis tersebut. Tiga tahun me...