Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ebook

Bukan Sekadar Mimpi Bab 3

Imej
Bab 3 “ Take 5 .” Jinyung memberi isyarat kepada ahli kumpulan Hot-5 untuk berehat. Nafasnya termengah-mengah kerana berlatih menari tanpa henti selama dua jam. Langkah tarian mereka masih lagi pincang dan tidak seiring. Banyak masa diperlukan, sebelum semua ahli grup mahir dengan tarian baru mereka. Telefon pintar Samsung diambil bersama botol mineral. Diteguk rakus sambil tangan membuka aplikasi TikTok. “Jinyung, tengok ni ... budak ni buat duet challenge dengan kau. Tariannya lebih bagus daripada kau,” kata Beak Yun,  dalam bahasa Korea, sambil mengunjukkan telefon pintarnya. “Dia hebat. Rentak tarinya tak canggung dan temponya sama,” komen Jinyung. Beak Yun dan Dan Kim mengangguk setuju. “Umurnya baru 10 tahun dan dia sudah mahir menari tarian kita yang sukar tu. Dia sangat berbakat.” Jinyung senyum, tanpa ragu dia menjadi follower AzimXY yang mendapat perhatian ahli grupnya. Dilihatnya satu per satu video yang telah dimuat naik oleh budak lelaki itu. Semakin ...

Pre Order Kombo Trio Mimpi (ebook) dibuka

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera...  Saya nak kongsikan berita gembira...  Alhamdulillah 3 ebook saya telah pun dibuka untuk jualan...  Kombo trio Mimpi ini ada 3 buah ebook..  Pertemuan itu, Kembalinya Cinta Ramadan  Bukan Sekadar Mimpi.  PRA TEMPAHAN telah dibuka mulai 3 Jun sehingga 17 Jun 2022. Diskaun yang sangat berbaloi untuk anda memiliki ke tiga-tiga ebook ini...  Untuk pembelian sila layari kedai online saya   Blurb Bukan Sekadar Mimpi  K-Pop, menjadi kegilaan para remaja di seluruh dunia. Azim juga tidak terkecuali. Dia sangat meminati K-pop, sehinggakan boleh menari seperti mereka. Idolanya, tentulah grup paling top dan hit sekarang; Hot-5. Al-kisahnya, dia telah memuat naik video ke dalam TikTok. Dan videonya mendapat perhatian ahli grup Hot-5. Sejak itu, mereka mula menjadi sahabat dalam talian. “Siapa tu?” “Kak Anna.” “ She’s single?” “Yes ... and available.” Manalah Anna tahu dia menjadi topik hangat perbualan...

Beautiful Jodoh bab 10

Imej
Bab 10 ni bab terakhir saya akan kongsikan di blog ini.  Kalau nak baca kisah Haura dan Ferran sampai tamat, korang kena beli novel dan ebook.  Ebook juga dijual di esentral.my dan juga play book google. Tak pun korang boleh klik kedai online kami  https://wasep.me/shima-rostam-book-sandwich H AURA NUR mendongak. ‘Dia lagi. Kenapa kerap sangat mamat ni muncul di depan aku. Kenapa tidak dulu?’ Haura Nur menjegilkan mata, sebagai isyarat menghalau Ferran Atiq. Ferran Atiq berpura-pura tidak faham. Selamba dia duduk di hadapan Haura Nur. Haura Nur ketap gigi kemudian kembali tunduk membuat kerjanya. Dia mahu cepat habis menyalin maklumat yang diperlukan dan balik ke kolej. Tidak guna dia memarahi Ferran Atiq yang tidak faham bahasa. Memang tebal sungguh kulit lelaki itu! Ferran Atiq tidak mengacau Haura Nur, cuma sesekali pandangannya singgah di wajah gadis itu. Semakin dilihat, semakin yakin dengan perasaannya sendiri. “Ferran, ada orang tak kat sini ... boleh I ...