Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

Blurb Nufah

Imej
Nufah dan Tengku Firash adalah high school sweetheart . Mereka bercinta sejak dari zaman persekolahan lagi. Bagi Nufah, Firash itulah cinta pertama dan terakhirnya. Hati sangat bahagia apabila akhirnya mereka akan disatukan dalam ikatan perkahwinan. Namun beberapa minggu sebelum majlis, Nufah perasan tunangnya berubah. Hati gelisah, macam ada yang tak kena dengan Firash.  Bagi Tengku Firash pula, Nufah itu cinta hatinya. Bidadarinya. Tak terlintas pun untuk mencuranginya, tetapi hatinya belum cukup kebal untuk menepis godaan demi godaan Dian. Tak sengaja dan tersasar sedikit saja, Dian telah berada di dalam pelukannya.  Dian adalah sepupu merangkap kawan baik Nufah. Tempat Nufah mengadu juga berkongsi kisah cintanya. Namun dia tak sangka, rupanya Dian selama ini cintakan Firash juga. Malah lebih menggemparkan hatinya, Dian mengambil kesempatan di atas kepercayaannya untuk menggoda Firash. Dian telah berjaya menghancurkan impian cinta Nufah dengan skandal seks mereka.  “Dalam hal ini I

Akhirnya saya muncul dengan novel baru - NUFAH..

Imej
Alhamdulillah.. Segala pujian bagi Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Telah lama tidak muncul dengan novel terbaru. Jadi di penghujung tahun di saat gelombang ke 3 COVID -19 melanda Malaysia, karya terbaru saya bakal terbit, bertajuk Nufah. Seperti biasa, novel saya masih lagi bertemakan cinta. Kisah cinta ini tak pernah bosan dikarang. Cinta yang membuatkan jiwa kita penuh kasih sayang juga mengenal kita erti air mata. Begitu juga kisah yang saya paparkan kali ini.  Tentang NUFAH yang dikecewakan oleh tunangnya beberapa minggu sebelum majlis mereka. Firash telah berselingkuh dengan Dian, sepupu Nufah sendiri. Mulanya Nufah ingat dia salah faham. Mungkin dia yang terlebih sensitif. Maklumlah bakal pengantin  baru yang orang kata berdarah manis. Rupa-rupanya itu realitinya. Dia dikhianati oleh orang yang paling dipercayainya. Bukti skandal seks mereka yang di whatapps oleh rakan sekerjanya membuatkan Nufah terduduk. Tidak mahu menerima kenyataan tapi itulah kenyataannya. Keputusan