Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hati Yang Kau Sakiti

Review 1 - Hati Yang Kau sakiti

Imej
Sebenarnya dah banyak review di dalam FB. tetapi saya tak update kat sini. Nanti saya kena cari semula review itu semua dan update kat sini.( bila ada masa ya). Novel ni terbit pada Januari 2018. Dah setahun lebih berada di pasaran. Jadi pada mereka yang belum memiliki novel saya ini, dapatkan di kedai buku berhampiran ataupun secara online dengan seller-seller online juga penerbit Anaasa ya. Oleh Chik Ma Pestaim bc karya penulis ni..pabila si gadis punya hati sedingin ais..apa rs?jenuhlah si jejaka nk pujukkan..ada langau 2-3 org tp ditepis dgn jayanya...langau pulak jenis seksi dan menggoda mujur la lelaki ni tk pandang pun..dan pengajaran buat suami jaga hati isteri..mesti pandai pujuk dan bersabar dgn kerenah isteri..yg pasti jgn cuba2 nk pasang yg lain..dan perempuan yg obses nk balik semula ke pangkuan kekasih..jgn guna ilmu hitam sbb padah akibatnya..byk pengajaran terselit dlm novel inišŸ˜utk kita teladani dn jadikan sempadan bg menghadapi kehidupan yg sgt mencabar ini.....

Teaser 1 - Hati Yang Kau Sakiti.

Imej
Baru merajinkan diri munculkan diri di sini. Maaf ya. Kadangkala saya tidak tahu apa yang perlu dicoretkan di sini. fokusnya tentang novel. tentang karya saya. Sebetulnya tidak ada manuskrip terbaru yang disiapkan jadinya bersawanglah di sini. Untuk menulis merepek-repek rasa tak perlu. Sebab saya mahu fokuskan di blog ini tentang karya, novel dan juga cerpen saya... Okey... kita layan iklan acah-acah novel yang terbit awal tahun ini. Ini adalah novel penuh ke 5 saya. Ke dua di bawah penerbitan anaasa. “Putus lagi?” sindir Aali sambil tayang sengih. Amru jeling tajam. Bukannya nak bersimpati. Menyindir lagi ada. “Kau tak payah sedih sangat. Berlambak gadis macam Bella tu tengah beratur nak masuk dalam hati kau tu.” “Cinta pertama tu beb!” “Cinta pertama ke dua ke tiga, ada aku kesah?” Aali angkat kening. Dia peluk bahu Amru sambil dorongnya ke kereta. “Putus cinta memang sakit. Tapi takkan jadi kudis bila kau putus dengan Bella tu. Dia tak sesuai dengan kau!” “Ti...

Prolog : Hati Yang Kau Sakiti

Imej
Assalam dan selamat pagi. Ini adalah cerita terbaru saya. Dalam proses pembikinan. Ia adalah kesinambungan daripada Cerpen Hati Yang Kau Sakiti.  ******** “Aku menyampah tengok si Hafiz tu. Dia tak sesuailah untuk Ami.” “Sama.” “Apa yang Ami nampak dekat dia tu? Aku tak fahamlah.” “Mata orang bercinta ni buta. Yang buruk pun nampak baik. Yang hodoh pun hensem.” “Kita kena tolong dia. Jangan biarkan dia terperangkap denga mamat bertopeng baik tu.” “Habis tu kita nak buat apa?” “Cari jalan pisahkan mereka.” “Any idea?” “Tengah fikir.” Amina Nabila Amru Hafiz  Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.