Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6




“Sampai bila kita hendak hidup begini?” tanpa sedar Nailah bertanya. Soalan yang setiap hari dia tanyakan dalam hati.
“Apa maksud Ilah?” kening Anuar bertaut.
Tangan Nailah dicapai dan disulam. Anuar melihat tangan mereka bertaut, senyum puas. Tangan isterinya tetap lembut bila dipegang. Rasa itu tidak pernah berubah.
Nailah yang pendiam dan taat. Nailah yang sentiasa cuba memenangi hatinya. Nailah yang lurus dan naif. Hati terasa bersalah. Bukan tidak sayang atau cinta. Namun tentang naluri dan perasaan ni sukar untuk dia ubah. Imamnya rapuh. Dia tidak mampu menahan godaan. Mungkin sudah sampai masanya dia melepaskan Nailah dari sangkar ini. Tapi hati tidak sanggup kehilangan Nailah.
“Saya nak anak. Boleh tak awak berikan anak sebagai teman bila awak outstation bulan-bulan.” Minta Nailah tiba-tiba. Dia mahukan zuriat sendiri. Buat teman bila Anuar tiada di sisi.
Anuar diam. Hatinya tersentap. Ini kali pertama Nailah timbulkan soal anak.
“Saya tak sampai hati tengok awak sakit nanti,” dalihnya.
Dia dapat agak lambat laun Nailah akan sebut juga perkara ini. Bukan dia tidak tahu, tapi buat tidak tahu. Setiap kali balik kampung ibunya akan bawa Nailah berurut dan berubat sana sini. Ibunya anggap Nailah yang bermasalah. Padahal, hakikatnya hanya mereka berdua saja tahu. Tapi Nailah sabar. Dia tidak pernah membantah atau menolak. Ibu cakap apa pun dia diam. Tapi bila dengar permintaan Nailah ini, dia tahu sabar Nailah semakin menipis.
“Tak apa. Saya rela. Lagipun sakit saya sebab mengandungkan zuriat awak, anak kita.” Naluri keibuannya kuat. Setiap kali balik kampung soalan sudah berisi ke belum, membuatkan dia tertekan. Dia jadi benci pada orang yang sibuk bertanya itu.
“Nanti saya fikirkan. Saya penat. Tak rehat lagi sejak semalam.” Anuar paut tubuh Nailah berbaring. Tangannya dijadikan bantal kepala Nailah.
Anuar berdalih lagi. Hati Nailah semakin kecewa. Dia jadi letih dan lelah. Bibir digigit kuat, hati dipujuk jangan menangis. Sudah diagak, dia kecewa lagi. Walaupun begitu dia tetap mahu berprasangka baik terhadap suaminya.
Tidak mungkin Anuar sanggup memberikannya anak. Terasa tubuhnya dipaut dan dahinya sejuk. Setiap kali hati dikecewakan, Anuar akan memeluk dan memujuknya dalam diam. Dan dia selalu mengalah dan terus mengalah.



Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Abang Hensem Jihan, Part 16 (akhir)