Abang Hensem, Jihan Part 9

Alhamdulillah Hari ni dah Khamis, Esok jumaat. Lusa Sabtu. Malam Sabtu nanti saya akan memulakan perjalanan balik kampung ke utara, kampung Incik Suami. Menyimpan rindu pula kat kampung halaman di Kelantan. Tisya canggung. Nzakir tenang bawa kereta. Sesekali matanya melirik Tisya di sebelah. “Senyap je. Tisya tak ada apa-apa nak tanya abang?” Soal Nzakir memecahkan suasana sepi itu. Tisya tidak jawab. Sebaliknya dia angkat bahu. Dia pun speechless . Fakta yang tersembunyi diketahui hari ini. Gembira? Suka? Entah dia pun tidak tahu apa yang dia rasa. Yang pastinya berduaan dalam kereta kali ini terasa sangat kekoknya. “Kenapa abang hilang tiba-tiba. Abang dah kahwin ke belum. Abang ada teringatkan Tisya tak?” Nzakir tolong usulkan soalan bagi pihak Tisya. Bibirnya tarik sengih. Tisya di sebelahnya sekarang bukan Tisya kanak-kanak ribena yang banyak cakap dulu. Dia dah berubah jadi pendiam. “Awak tanya, awak sendirilah jawab,” balas Tisya...