Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Assalamualaikum semua....
Novel terbaru saya, di PBAKL 2023 
Boleh dapatkan di reruai Lovenovel di bilik Mawar

Blurb 




Nailah dan Anuar berkahwin atas pilihan keluarga. Dua tahun perkahwinan, Anuar melayannya dengan baik. Tapi Nailah tidak pernah rasa bahagia. 
Dua kawan baik mereka, Firdaus dan Wafa selalu sahaja menjadi orang ketiga merebut perhatian Anuar, sampaikan Nailah rimas. 
“Sampai bila kita nak macam ni, awak?” - Nailah. 
“Sorry, saya janji selepas ini masa saya untuk sayang, berdua.” - Anuar. 
Buat seketika, Nailah terasa bahagia. Tapi apabila rahsia sebenar Anuar terbongkar, Nailah kecewa yang tidak terhingga. Rahsia apa? Hanya Nailah dan Anuar saja yang tahu.
Muncul pula Nik Zayan menjadi penyelamat Nailah. Dia ikhlas membantu dan menolong Nailah melalui hari-hari sukarnya. 
“Pertama kali saya lihat awak, saya dah jatuh hati. Tapi kerana awak isteri orang, saya simpan ketat perasaan cinta itu dalam hati.” - Nik Zayan. 
Nailah bertekad meminta cerai. Skandalnya ditularkan. Sayang dan cintanya telah mati buat suaminya. 
“Kali ini aku akan rampas Anuar daripada kau. Biar kau rasa apa yang aku rasa dulu.” – Wafa.
Akhirnya Anuar dan Nailah berpisah talak tiga.
“Encik Nik, saya ni janda. Lagipun saya dah serik berkahwin. Lebih baik Encik Nik pilih gadis lain.” - Nailah. 
Luahan Nik Zayan, CEO syarikatnya ditolak tanpa fikir panjang. Bagi Nailah, lebih baik sendiri daripada berdua. Dia serik. Tapi bagi Nik Zayan, tidak mungkin dia melepaskan cinta pertama yang bertapak dalam hati. Lagipun ada janji perlu ditepati. 
Tapi janji apa? Dan berjayakah Nik Zayan memikat Nailah?



Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Abang Hensem Jihan, Part 16 (akhir)