Bila Aku Bukan Dia -Teaser 2




“Awak ingat kawan saya tu perempuan ke?” kening Anuar terangkat menyoal Nailah. Sengaja menduga hati isterinya.
“T-a-k, bukan...” tergagap-gagap Nailah membalasnya. Tekaan itu tepat dengan apa yang bermain di dalam fikirannya. Tapi takkanlah dia hendak mengaku. Baru malam pertama, dia dah tunjukkan perangai cemburunya. Mesti Anuar cakap dia ni jenis isteri suka cemburu dan kawal suami.
Anuar ketawa kecil. Dia duduk di sebelah Nailah. Tangan Nailah diambil dan disulam.
“Kawan saya tu bukan perempuan tapi lelaki. Pengapit saya tulah. Dia minta saya temankan dia pergi ke Wakaf Che Yeh, beli barang nak bawak balik esok pagi.”
Ooo.. Nailah angguk faham. Lemah hatinya. Mahu juga dia ikut, tapi dia penat.
“Tapi dia tak ada kawan lain ke nak ajak?” terkelip-kelip mata Nailah memandang Anuar. Berharap sangat Anuar membatalkan rancangannya.
Rasanya ada juga kawan Anuar yang datang tadi.
“Tak ada. Kawan saya yang dia kenal tak ada. Dia kenal saya je kat sini. Takkan saya nak tolak permintaan dia pula. Sudahlah dia berpenat tolong kita.”
Kata-kata Anuar itu membuatkan Nailah terasa bersalah. Nampaknya dia terpaksa melepaskan Anuar keluar temankan sahabatnya.
“Kasihan jugak kat diakan,” bisik Nailah.
“A’aah memang kasihan. Nada suara Anuar terdengar lain tapi tidak dikesan oleh Nailah.
“Kalau macam tu awak pergilah temankan dia. Tapi kalau boleh baliklah awal sikit.” Nailah terpaksa mengizinkan.
Malam pertama nampaknya kena ditangguhkan. Mujur juga, sebab dia pun tidak bersedia lagi. Ingatkan malam ni dia hendak berkenalan dengan suaminya. Mahu tahu apa yang sepatutnya dia tahu.
“Baik sayang. Awak tidur dulu. Tapi kalau lewat sangat saya balik esok pagi. Jadi awak jangan tunggu saya,” pesan Anuar.
Nailah angguk. Dia pandang suaminya. Malap sinar matanya apabila melihat Anuar bangun.


Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Abang Hensem Jihan, Part 16 (akhir)