Catatan

Volume 2 ; Raya Datang Lagi teaser 2

Imej
Ramadan Tiba Teaser 2  Vol. 2 Untuk pembelian sila klik di sini “Abang tak dah tak suka dia tapi entahlah...” keluh Zamri. “Jadinya abang suka siapa? Nurul?” Zamri angguk lemah. “Kalau suka Nurul bertindak cepat. Jangan bagi dia tinggalkan abang. Terus ikat dia jadi bini. Kalau tengok whatapps dia ni, keputusan Nurul dah bulat. Hari tu dia ada cakap biar abang yang putuskan pertunangan sebab tak sanggup kecewakan mak tok. Tapi ni dia buat keputusan sendiri, nampak dia memang dah bertekad.” Zamri menekur kepala. Hati jadi takut kena tinggal. Melihat keadaan Zamri yang tiba-tiba nampak lemah tu, Baizura tak sampai hati nak terus marah lagi. Dia pantas mencari tiket flight untuk Zamri. Hari ini Zamri kena balik kampung juga. Dia pun akan balik sekali. “Tak payah buat muka seposen. Uya dah book tiket. Selepas berbuka puasa nanti kita balik kampung. Malam ni  kita berbuka sama-sama kat airport . Aizat tunggu kat sana,” beritahu Baizura. Selepas dia booking tiket tadi,...

Volume 2 ; Raya Datang Lagi Teaser 1

Imej
Vol.2 Ramadan Tiba  Teaser...  Untuk pembelian klik di sini  “Farhan.. jom kita balik,” ajak Aida.  Dah remang senja, orang ramai pun telah ramai beransur-ansur pulang. Tetapi Farhan Hadi masih belum berganjak. Masih belum puas bermain pasir. “Esok kita datang lagi. Nanti kita ajak papa dan mama sekali,” pujuk Aida Farhan Hadi buat-buat tak dengar. Dia terus bermain dengan pasir. Balik ke rumah pun mama dan papa asyik berdua seolah-olah macam dia tak ada. Semasa mula-mula papa balik, dia sangat gembira, akhirnya ada papa. Tapi selepas balik bercuti, semuanya berubah. Papa tidur dengan mama, dia kena tidur sendiri. Papa dah tak benarkan mama memandikannya, tapi mama boleh pula mandikan papa. Banyak lagi perkara yang membuatkan dia tidak puashati. Farhad Hadi menyesal. Kalau papa tak balikkan, bagus. Tak perlu dia berebut mama dengan papa. Sebab itu dia tak nak balik. Dia tahu papa tentu suka dia tak balik rumah dan kacau dunia papa dan mama. “Makin gelap ni....

Terbaru Ebook, Raya Datang lagi.

Imej
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...  Maafkan tak update dalam seminggu ni. Sibuk dengan tugasan lain..  Tapi pagi ni saya nak sampaikan berita gembira, patut minggu lepas lagi dah update tapi kita bagi ruang kepada penulis lain dan team Love Novel up promosi dulu. Ini dia projek di bawah Love Novel Publishing bersama dengan rakan-rakan penulis.  Ebook Raya ada 3 Volume , Jom kita Intai penulis-penulis dlm setiap volume :-  PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 1 🌻 LYNN SAFIYA  🌻 SHADHIA 🌻 ARSYA AISYA 🌻 ACIK ZAZA 🌻 LUVIS EIJA PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 2 🍁 YUMI HYRA 🍁 SHIMA AWANG 👈 saya (tajuk Ramadan Tiba)  🍁 ISMEANA NUR 🍁 FATIN NABILA 🍁 AEIN DHIYAUDDIN PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 3 🌺 MIA AZWARI 🌺 SUHAILA RASHID 🌺 ARSYA AISYA 🌺 WANI HUSNA 🌺 FAZILA ADAM 🌺 EYRA SHAZLEYRA Medium penghantaran ? mcm biasa la , uolss boleh pilih antara 2 medium ini  👉Email  👉Whatapps Tak nak beli kombo pun boleh.. Setiap satu b...

Ebook Shima Awang / Shima Rostam

Imej
Assalam dan salam tengahari... Saya belum sempat nak update cerita lagi di dalam blog ini.. Inshaallah kita mulakan minggu depan...  Akan ada cerita bersiri di sini dan habis dekat sini. Ada juga yang akan dibukukan nanti. Oppss.. sebelum itu kalau berminat hendak membaca karya saya. boleh dapat di shopee dan juga ebook di e-sentral.com  Boleh lihat videonya di sini...  Dan juga... lupa pula nak bagitahu.. ebook NUFAH sudah berada di e-sentral.com.  Boleh dapatkan di sini..  KLIK LINK ini..  Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Saya kembali ke dunia blogger.

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Beberapa hari tanpa sebarang entri terbaru, sebetulnya saya masih lagi dalam proses menyusun jadual entri untuk blog ini. Alhamdulillah.. selepas bertahun-tahun memohon adsense akhirnya diluluskan juga. Terima kasih blogger walaupun masih belum ada pendapatan di sini namun inshaallah akan datang kita akan realisasikan.  Keutamaan content di blog ini adalah cerita-cerita yang saya tulis dan juga inshaallah saya cuba memberi peluang kepada penulis-penulis lain yang ingin ceritanya diterbitkan di sini. Akan datang.. jika ada yang ingin mencuba menceburkan diri ke dunia penulisan, segan dan tidak tahu di mana hendak bermula, boleh bermula di sini. Yang berminat boleh menghubungi saya melalui whatapps  dan juga email shima.rostambs@gmail.com    Akan datang saya akan up entri untuk ebook terbaru saya.. masih lagi dalam proses.. Inshaallah.. akan keluar secepat mungkin.. Salam sayang...  Pesan Puan Penulis Hidup ini terlal...

Uncle Doktor... Nak Tak Jadi Papa Niny? Bab 4iii

Imej
Dapatkan ebook di sini Dapatkan Novel di shopee (klik di sini)  Doktor   Sam ... Aku tersenyum mendengar usikan nakal misi-misi yang bertugas di wad 5D ini. “Wish me luck,”  ujarku, mahukan lebih sokongan daripada mereka. Mungkin sudah tiba masanya aku memikirkan semula status yang kusandang 5 tahun ini. “Serius doktor?  No kidding ?”  Misi Asnah menyoal. Mungkin terkejut mendengar kata-kata aku kali ini. Iyalah, selama ini aku layankan sahaja tanpa ambil pusing. Luka dan terkilan, amat dalam di hatiku dulu. Disebabkan rasa bersalah yang menebal kerana kurang memberi perhatian kepada anak sendiri, aku jadikan wad dan hospital ini rumah keduaku. Merawat pesakit cilik menjadi keutamaanku. Menghiburkan dan mengambil berat tentang mereka supaya mereka tidak takut menerima rawatan. Sebab itulah aku memilih cabang pediatrik sebagai pengkhususan utamaku. “Muka saya macam bergurau ke ni?” Kening kuangkat sebelah sambil memandang misi-misi di hadapanku. Mereka ibarat kel...

Uncle Doktor... Nak Tak Jadi Papa Niny? Bab 4ii

Imej
Dapatkan ebook di sini   Novel pula di shopee (klik di sini)   Lini ... Malam itu, Doktor Sam muncul sewaktu jarum jam menghampiri angka 11. Niny telah lama dibuai mimpi. Aku lega, tak adalah soalan bombastik yang keluar dari mulut Niny. Kalau tidak, entah di mana nak kusorokkan mukaku. Tapi bila Doktor Sam muncul, misi bukan main senyum-senyum dan bisik-bisik mengusik. Aku jadi malu. Doktor Sam pula selamba sahaja, macam tak ada apa-apa yang berlaku. “Niny dah lama tidur? Badan dia panas lagi tak?” Doktor Sam menyoal prihatin. Dia perhati seketika Niny yang sedang tidur. Bibirnya mengukir senyum. Kemudian baru dia mengambil kertas catatan yang ada di atas meja di hujung kaki Niny. Dilihat dan dibaca sepintas lalu. “Tak ada demam dah ni, petang tadi. Jadi esok pagi, boleh balik jika tak jadi apa-apa malam ni,” beritahunya. Aku perhati tingkahnya. Dia gosok kening dengan hujung jari, membuatkannya kelihatan sangat  macho . Wajah tenangnya membuatkan aku rasa ingin terus me...