Uncle Doktor... Nak Tak Jadi Papa Niny? Bab 4iii

Dapatkan ebook di sini
Dapatkan Novel di shopee (klik di sini) 


Doktor Sam...

Aku tersenyum mendengar usikan nakal misi-misi yang bertugas di wad 5D ini.

“Wish me luck,” ujarku, mahukan lebih sokongan daripada mereka. Mungkin sudah tiba masanya aku memikirkan semula status yang kusandang 5 tahun ini.

“Serius doktor? No kidding?”  Misi Asnah menyoal. Mungkin terkejut mendengar kata-kata aku kali ini. Iyalah, selama ini aku layankan sahaja tanpa ambil pusing. Luka dan terkilan, amat dalam di hatiku dulu.

Disebabkan rasa bersalah yang menebal kerana kurang memberi perhatian kepada anak sendiri, aku jadikan wad dan hospital ini rumah keduaku. Merawat pesakit cilik menjadi keutamaanku. Menghiburkan dan mengambil berat tentang mereka supaya mereka tidak takut menerima rawatan. Sebab itulah aku memilih cabang pediatrik sebagai pengkhususan utamaku.

“Muka saya macam bergurau ke ni?” Kening kuangkat sebelah sambil memandang misi-misi di hadapanku.

Mereka ibarat keluargaku. Hampir sepuluh tahun aku berkhidmat di sini. Usikan dan gurauan sudah biasa bagi kami. Ketika aku kehilangan anak isteri dahulu, merekalah yang mengambil berat dan memberikan sokongan.

First sight, mama ke anaknya?” Semakin menjadi-jadi pula mereka bertanya.

Haha... Mak ai, soalan!

“Both. Mana boleh anaknya saja. Kena ambil sekali pakej tu.” Aku tertawa. Tangan meramas rambut sendiri, tanda aku pun segan dengan kata-kataku. Layankan sahaja. Teringat mama Niny tadi, hatiku digeletek rasa.

“Iya, kena ambil pakej tu. Beli satu percuma satu. Kami sokong. Muda lagi mamanya tu.  Belum setahun berpisah dengan suami. Menurut kawan yang melawat tadi, bekas suami curang dan kaki pukul. Mamanya pernah masuk hospital keguguran, sebab kena tumbuk dek suami sendiri,” cerita Misi Asnah.

Kalau bab mengutip cerita dan bergosip, dialah juara. Tapi bukan gosip buka aib orang, sebaliknya, melalui mulutnya kami tahu kisah setiap pesakit yang masuk ke sini. Dan kami sedaya upaya membantu mereka.

“Kasihannya. Bodohlah bekas laki dia tu,” sambung pula misi lain. Dah tengah malam, masing-masing berkumpul di kaunter jururawat sambil berbual-bual menghilangkan mengantuk. Beginilah keadaannya ketika syif malam.

Aku terdiam. Hatiku tersentuh. Meresap perasaan kasihan dan ingin melindungi mereka.

“Jadi tolong saya jaga mereka sementara saya off day ni. Esok mereka dah boleh keluar rasanya. Hold dulu sehingga saya datang,” pinta aku. Aku mahu menguruskan sendiri mereka nanti.

“Tak ada masalah doktor. Kami pun nak pastikan doktor berjaya memikat hati si mamanya. Si anak tu confirm dah terpikat.” Dengar lagi mereka mengusik aku.

Aku ketawa dan menunjukkan thumb up buat misi-misi di situ sebelum pergi. Mereka terbaik. Faham hatiku dengan hanya melihat riak muka dan bahasa badan sahaja. 



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6