Volume 2 ; Raya Datang Lagi Teaser 1
Vol.2 Ramadan Tiba Teaser...
![]() |
Untuk pembelian klik di sini |
“Farhan.. jom kita balik,” ajak Aida.
Dah remang senja, orang ramai pun telah ramai beransur-ansur pulang.
Tetapi Farhan Hadi masih belum berganjak. Masih belum puas bermain
pasir.
“Esok kita datang lagi. Nanti kita ajak papa dan mama sekali,” pujuk
Aida
Farhan Hadi buat-buat tak dengar. Dia terus bermain dengan pasir. Balik
ke rumah pun mama dan papa asyik berdua seolah-olah macam dia tak ada. Semasa
mula-mula papa balik, dia sangat gembira, akhirnya ada papa. Tapi selepas balik
bercuti, semuanya berubah. Papa tidur dengan mama, dia kena tidur sendiri. Papa
dah tak benarkan mama memandikannya, tapi mama boleh pula mandikan papa. Banyak
lagi perkara yang membuatkan dia tidak puashati.
Farhad Hadi menyesal. Kalau papa tak balikkan, bagus. Tak perlu dia
berebut mama dengan papa. Sebab itu dia tak nak balik. Dia tahu papa tentu suka
dia tak balik rumah dan kacau dunia papa dan mama.
“Makin gelap ni. Nanti hantu air naik ambik Farhan kan, tak takut?” acah
Aida. Dia picit kepala. Sejak bila pulak Farhan Hadi jadi degil ni.
Farhan Hadi angkat kepala melihat Mama Aida.
“Esok kan dah puasa. Mana ada hantu lagi. Malaikat dah ikat semua hantu
dan syaitan kat dalam neraka,” petah jawab Farhan Hadi sambil ketawa.
Ulasan
Catat Ulasan