Uncle Doktor... Nak Tak Jadi Papa Niny bab 4 i


Boleh dapatkan ebook di sini
Novel di shopee (klik di sini)
Doktor Sam...

Panggilan video call telah lama terputus. Mata terus hilang mengantuk. Bibir pula tanpa sedar terjungkit ke atas. Niny, si cilik comel ini sudah berjaya menambat hatiku. Telatahnya telah mengusir rasa yang menghuni hatiku setelah pemergian Adeliya. Bertahun rasa itu terkepung dan memerangkapku di satu dimensi masa, sehingga aku tidak mampu move on.

‘Uncle  pun rindukan Niny.”

“Uncle  doktor, nak tak jadi papa Niny?”

Lamaran polos yang keluar dari bibir comel itu bagaikan renjatan elektrik yang memberi kejutan pada jiwaku. Mengejutkan aku dari lena yang panjang. Menghangatkannya kembali.

 “Niny dah lama tak ada abah. Kasihan mama kena kerja dan jaga Niny lagi,” bisik Niny di telingaku. Hanya aku sahaja yang mendengarnya. Ketika itu, sekilas aku melihat wajah mama Niny memerah. Namun jelas keletihan di wajah itu. Aku agak usianya tentu dalam 25 tahun. Masih muda dan perlu memikul tanggungjawab sendirian.

“Niny.. Uncle  dah jatuh sayang pada Niny. Tapi mama? Nak ke terima uncle?”  Aku bersoal sendiri. Kepala kugosok perlahan.

Tak mampu lena, lebih baik aku ke gym. Nak terus ke hospital, rasanya tak perlu aku nampak beriya-iya sangat. Lagipun perasaan mama Niny, aku perlu ambil kira juga. Sekarang ini aku tahu di wad pediatrik sudah terapung cerita dan gosip Niny melamar Doktor Sam jadi papanya. Tapi sedikit pun hati tidak berasa marah dengan cerita itu, malah semakin mahu pula gosip itu menjadi realiti. Aku mendengus senang. Bahagia hidup kalau jadi kenyataan.

“Ha, doktor! Ada di rumah rupanya. Dah lama tak nampak.” Mendengar teguran itu, aku terus berpaling.

“Kak Ani...apa khabar kak?”  Aku mengukir senyum.

“Alhamdulillah akak baik. Off day ke hari ni doktor?”

“Aah kak. 48 hour kat hospital. Ni baru off. Nak ke mana kak?”

“Nak pergi tengok anak asuhan akak. Masuk hospital semalam sebab demam sawan.”

Aku angguk.

“Doktor ada rawat dia kot. Niny namanya.”

“Niny?”

Takdir ke jodoh ni? Kebetulan sangat!

“Nur Adini?”

Kak Ani angguk.

“Niny dah okey ke doktor? Kasihan mamanya. Mereka tu baru je pindah tingkat 5. Single mother.” Tanpa aku bertanya, Kak Ani bercerita tentang mereka.

“Niny kena pantau 24 jam. Tak demam dan sawan, lepas 24 jam dah boleh balik.”

“Alhamdulillah. Lega Kak Ani dengar,” balas kak Ani. Jelas tergambar kelegaan di wajahnya.

“Saya tak tahu pulak Kak Ani mengasuh lagi.” Aku mengajaknya berbual. Perasaan ingin tahu tentang dua beranak itu semakin menebal di hatiku.

“Memang sejak Adel pergi, akak tak mengasuh dah. Tapi..” Kak Ani terhenti sejenak. Dia pandang wajahku, dia macam ragu-ragu hendak meneruskan bicara.

“Niny buatkan Kak Ani teringatkan Adel?” Aku lengkapkan ayat.

Kak Ani angguk dengan perasaan bersalah. Dia tahu sedalam mana kasih aku kepada Adeliya. Dia tahu selama ini aku berperang dengan memori dan perasaan bersalah terhadap anakku sendiri.

“Sebab Niny pun mengingatkan saya pada Adel. Dan Niny mengejutkan saya dari lena yang panjang,” ujarku bermakna.

“Sudah lama Adel pergi doktor. Doktor patut dah mulakan hidup baru dan bina keluarga baru.”

Aku angguk dan senyum. Betul nasihat Kak Ani itu.

“Bila kenal Niny ni, baru saya tahu dah lama saya terima pemergian Adel. Saya rasa saya dah bersedia memulakan hidup baru,” akui aku penuh makna. Sekilas wajah Niny dan mamanya melintas dalam mindaku.

Kak Ani angguk. Dia nampak terkejut. Dalam masa yang sama, jelas dia gembira mendengar kata-kataku.

“Alhamdulillah. Gembira Kak Ani mendengarnya. Memang patut dah lama doktor memulakan hidup baru,” ujarnya ikhlas.

“Kak Ani, jangan beritahu Niny, saya pun tinggal di sini.” Aku sengih, garu kepala. Tahu permintaan aku itu tak masuk akal. Tapi aku ada rancangan aku sendiri, sejak Niny video call aku tadi.

“Kenapa?” Berkerut dahi Kak Ani, tak faham dengan permintaan pelikku.

“Bila Kak Ani jumpa Niny nanti, Kak Ani akan faham.” Sengaja aku berteka teki.

“Baiklah. Kak Ani pergi dulu doktor. Takut lewat pula sampai sana.”

“Baik Kak Ani. Hati-hati bawa kereta,” pesanku mengingatkan Kak Ani. 



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6