Nufah bab 1
Pembelian novel NUFAH boleh dibuat melalui SHOPEE (klik di sini) H ATINYA resah. Sudah seminggu Tengku Firash tidak dapat dihubungi. Hilang tanpa sebarang berita. Nufah genggam erat telefon pintarnya. Telah hampir berpuluh pesanan Whatsapp dihantar namun masih tidak berbalas. Dia mengeluh perlahan. Galau. Puas dia memikirkan silapnya, namun buntu. Hubungan mereka sebelum ini baik-baik sahaja, namun sikap Tengku Firash berubah selepas mereka bertunang. Sebab pertunangan inikah?? Tengku Firash sudah tidak cintakannya lagikah? Nufah senyum pahit. Macam-macam kemungkinan berlegar di dalam kepalanya. Dia tidak mahu menyangka yang bukan-bukan tetapi fikiran negatif itu tetap datang. Apatah lagi Tengku Firash bagaikan lepas tangan. Persiapan perkahwinan mereka, semuanya dia uruskan sendiri. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia batalkan majlis perkahwinan mereka. Namun, apabila memikirkan semua persiapan hampir selesai, disabarkan hatinya. Lagipun mana ma...