Nufah Prolog

Nufah tersentak apabila terasa ada tangan melingkari pinggangnya. Terasa nafas hangat di lehernya. Nafasnya sesak, rindu seminggu kini terubat.

I miss you darling.” Desahan suara garau romantis di cuping telinganya membuatkan bulu roma di lengan Nufah berdiri. Namun hati tetap berasa tenang walaupun dalam keadaan intim begitu. Sudah seminggu dia kehilangan kehangatan itu.



Tidak perlu meneka, Nufah memusingkan tubuhnya. Tangannya naik memeluk leher lelaki itu. Tinggi tubuh tegapnya membuatkan Nufah terpaksa berjinjit. Tidak puas hati, dia melompat dengan kedua-dua kakinya memaut erat pinggang sang suami.

Lelaki itu tergelak dan menampung tubuh Nufah dengan kedua-dua belah tangannya. Dia kemudian membawa Nufah ke sofa lantas diribanya. Telapak tangannya menyentuh dahi dan juga leher. Mahu merasa suhu tubuh isterinya. Masih lagi hangat.

“Rindukan abang sampai demam-demam ni?” Lelaki itu geleng kepala.

Nufah mencemik bibir. Matanya berkaca. Seminggu tidak berjumpa terasa macam setahun. Ini kali pertama mereka berjauhan, terasa jiwanya separuh hilang. Kalaulah lebih lama mereka terpaksa berjauhan, harus dia terlantar di hospital sebab sakit rindu. Segala ubat jadi racun. Hanya kehadiran sang suami sahaja penawarnya.

Next time ke mana abang pergi kena ikut. Jangan degil lagi. Kerja di pejabat, orang lain boleh uruskan. Paling penting sayang sentiasa berada di sisi abang.”

Mendengar kata-kata tersebut, Nufah menyembamkan wajahnya ke dada suami. Dia sendiri tidak menyangka kesihatannya terjejas akibat berjauhan dengan suami.

“Hmmm…” Semakin dirapatkan tubuhnya ke dada suami. Memang tidak sanggup lagi berpisah selepas ini.

Melihat si isteri melekap di dadanya, pautan dieratkan. Beban rindu di hati luruh. Begini rupanya sakit rindu!




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6