Catatan

Bab 2 Aku Bukan Penggoda

Imej
“Seriuslah kak.. Encik Nik tu tengah usha akak. Tiap-tiap hari belanja makan,” bisik Nadya.  Zura jeling. “Buat kerja. Jangan buat gossip pulak.” Rimas pulak dia. Tiap hari ada saja alasan diberikan supaya mereka ikut lunch. Ingat senang ke nak memikat dia dengan hanya belanja makan. Dia tahu Nik Rizal ada niat lain. Cuma Nadya tak tahu.  Nadya ketawa tutup mulut. “Bukan buat gossip kak. Cakap yang betul je.”  “Dengar dek bakal tunang dia, kita yang kena halau nanti. Tak ada masalah cari masalah,” Zura memberi amaran. Ada dia terdengar Clarice bercerita, anak saudara Encik Ali itulah kekasih hati Nik Rizal. Jangan nak main mata, perempuan itu cantik dan tahap cemburunya boleh tahan juga. Setiap gadis yang cuba menggoda Nik Rizal, selalu dapat habuan. Kena viral, kena diberhentikan kerja dan macam-macam lagi Nik Sooraya akibat cuba menggoda bakal tunangnya.  Nadya mencemik. “ Takkanlah time kerja pun bakal tunang datang berumah tangga kat sin...

Bab 1 Aku Bukan Penggoda

Imej
Pintu pejabat Tetuan Aizat, Zamri & Co ditolak. Baizura melangkah masuk dengan yakin. Senyuman dihulurkan kepada orang pertama yang dilihatnya di kaunter penyambut tetamu. Kali pertama ke sini, dekorasi firma guaman ini mengagumkannya. Pemiliknya mempunyai standard yang tinggi dan berkelas.  “Assalamualaikum. Saya dari Tetuan Ibnu, Ali & co. datang audit. Encik Nik Rizal ada?” Baizura senyum sambil memperkenalkan diri.  “Waalaikumusalam. Cik Zura ya?”  “Ya betul,” jawab Baizura mesra.  “Encik Nik belum masuk lagi. Mari saya tunjukkan tempat dulu cik.” Gadis itu keluar dari kaunter penyambut tetamu. Senyumnya manis.  “Baik. Siapa nama?” Ramah Baizura mahu berkenalan. Gadis itu mempersilakan dia mengikutnya masuk ke ruang pejabat. Mereka berjalan seiringan menuju ke bilik yang dikhaskan untuk Zura gunakan untuk melakukan kerjanya.  “Azizah. Panggil Azie je.”  “Okey Azie. Terima kasih. Ini Nadya, pembantu sa...

Aku Bukan Penggoda- Novel Terbaru

Imej
Cantikkan cover? Ini adalah novel terbaru saya. Telah terbit sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL19) atau beli online di  www.lovenovel.com.my  atau di kedai-kedai buku berhampiran selepas pesta buku nanti..  Sebenarnya ini adalah novel bersiri yang pernah dipostkan di dalam blog ini. Saya tahu ramai follower Zura dan Aizat ini kan? Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan novel ini di pesta buku yang sedang berlangsung sekarang. Boleh dibeli dengan harga diskaun menarik di sana.  Blurb Dek ketamakan duniawi, satu kemalangan yang dirancang meragut beberapa nyawa tidak berdosa. Dek cemburu dan dengki sebuah kepercayaan dikhianati. Kerana dendam yang tersimpan lamanya, Puan Aminah telah merancang dengan teliti untuk merampas kembali hak anak, cucu dan insan yang tidak berdosa. “Pastikan tahun depan juga syarikat tu jatuh ke tangan kita. Tengku Yahya dan Nik Rashid harus terima balasan atas setiap perbuatan mereka!” -Puan A...

Sesi bertemu pembaca PBAKL 19

Imej
Assalamualaikum dan selamat tengahari.. Sabtu dan Ahad lepas saya telah turun bertemu dan beramah mesra dengan pembaca saya di reruai Penerbitan Love novel dan juga penerbitan Anaasa. Ini saya kongsikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan. Bersama Zura dan Kak Syimah. Lupa nama, maaf ya kak... Sesi hari sabtu..  Hari sabtu juga, bersama Kak Niny, Kak Yong Rose dan juga bos LNP Kak Lid.  Sesi hari ahad, bawak bodyguard kecik.. bersama staff LNP Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Prolog Aku Bukan Penggoda - Novel PBAKL 19

Imej
Aku bukan penggoda kerana cintaku hanya satu “Yeay... Abang hensem datang..” seorang gadis kecil berlari mendapatkan remaja lelaki keluar dari kereta. Bukan main gembira lagi dia melihat seorang remaja lelaki keluar dari kereta yang baru berhenti di halaman rumahnya. “Adik comel..” pipi gebu adik comel dipicitnya. Rindu. Dia tidak ada adik perempuan. Sebagai anak tunggal tentunya dia mendambakan adik untuk dibuat kawan bermain. “Abang bawa apa untuk adik hari ni?” Adik comel teruja nak tahu bila melihat abang hensemnya membawa plastik berisi mainan. “Kapal terbang control.” Mata adik comel membulat. Dia suka. Baru minggu lepas dia minta abang hensem bawakan kapal terbang control. Dia nampak dalam iklan tv. Permainan ini menyeronokkan. Lagi seronok kalau bermain dengan abang hensem. “Jom kita main. Abang ajarkan.” Gelagat mereka diperhatikan oleh orang tua mereka. “Setiap hari Uya tanya bila abang hensem nak datang. Rindu katanya. Bila besar nanti dia nak kahwin deng...

Review 1- Cinta Asma dan Ferhad

Imej
Hai semua... Siapa dah memiliki novel Cinta Asma dan Ferhad. Terbitan Lovenovel. Tahun 2017 -pesta buku. Maaf baru nak share review novel ini kat sini. Stok masih ada ya. Boleh contact publisher untuk beli atau dapatkan di mana-mana kedai buku berhampiran... Dah setahun lebih dah. Hope masih ada lagi... Best! Best! Dan SANGAT best!  Banyak pengisian didalam cerita ini. Kesetiaan seorang isteri (Asma) diuji walaupun suaminya (Ferhad) menghilang tanpa berita. Menjadi isteri seawal usia 18 tahun tidak menghalang Asma untuk menghadapi segala dugaan mendatang sendirian setelah ibu dan nek Som meninggal dunia. Mengandung disaat suami menghilang dan dibenci adik ipar sendiri. Fatin meracun fikiran orangtuanya agar menerima Tifany sebagai isteri Ferhad. Tifany obses untuk memiliki cinta Ferhad. Kerana kasih kepada Nek Som yang memeliharanya selepas dihantar ke kampung oleh ibu bapanya ketika berumur 15 tahun, Ferhad sanggup menunaikan permintaan neneknya yang menyayangi Asm...

Teaser 1 : Siti dan Polis Comel - Aein Dhiyauddin

Imej
Selamat petang! Siti dan Polis comel berduet dengan mini novel saya Cinta Bas Expres. Kisah romantik seram campur action sekali. Lain dari yang lain. Cukup membuatkan korang terhibur. Teaser.. "Betullah, saya tersepak kepala tu. Saya ingatkan selipar yang anjing tu gigit selipar saya. Saya kejarlah sampai belakang bangunan ni. Saya tak tipulah tuan. Kalau saya tahu macam ni, biarkan aje kepala tu kat sini. Bukan kepala tu mati kena bunuh ke apa. Sebab kemalangan aje. Kepala dia putus kena cermin yang jatuh dari lori.” Siti membebel. Aizat yang sedang mencatat sesuatu terhenti. Dia tahu pasal kemalangan malam tadi daripada kawannya di balai. Tapi hal kepala putus tu tak disebarkan kepada awam kerana si mati adalah anak orang kenamaan. “Kak, jomlah cari mayat aku. Jangan layan polis ni. Nanti akak yang kena sumbat dalam penjara. Harap Muka aje comel.” “Kamu ni, sabar kejap boleh tak? Boleh pengsan akak layan kamu dan inspektor ni. Dah mati tu buat cara dah mati. Ja...