Nufah Bab 2
![]() |
Klik di sini untuk pembelian. |
W |
AJAH Dian basah. Digigit bibirnya, cuba menyembunyikan
tangisan. Dia menyesal kerana mengikut kata hati, tapi dia juga cintakan Tengku
Firash. Dia tidak sanggup melihat Tengku Firash mengahwini gadis lain. Dia tahu
dia yang bersalah, tapi dalam soal cinta, mana ada pihak yang betul atau salah.
Tubuh Tengku Firash dipeluk erat, seakan tidak mahu dilepaskan selamanya.
Tengku Firash
memeluk bahu Dian. Dia juga resah. Dia yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal
ini, tetapi perasaannya memang tidak mampu diubah lagi. Tidak selamanya dia
dapat mengelak. Dia perlu berterus terang dengan Nufah, sebab dia tidak mampu
melepaskan Dian lagi. Mereka telah jauh terlanjur. Dia juga tidak mampu
kehilangan Dian. Dian memberikan dia kenikmatan dan kepuasan yang diinginkan.
Menjadikan dia lupa saat-saat manis bersama Nufah.
Tengku
Firash menarik nafas panjang, hatinya nekad. Dian adalah pilihannya sekarang.
“Kita kena
berterus terang dengan Nunu. Tapi I
tak nak kehilangan you, darling,” bisik Dian pasrah. Hatinya
pedih, terasa yang dia bukan pilihan Tengku Firash. Namun hatinya nekad, Tengku
Firash mesti menjadi miliknya. Wajah sedih dan bersalah sengaja ditunjukkan
kepada Tengku Firash.
“Dalam hal ini I yang bersalah sebenarnya. Hati I yang berubah. You tak bersalah dear.
Jangan risau, I akan selesaikan
perkara ini. Kita akan kahwin nanti,” pujuk Tengku Firash.
“Tapi Nunu?
Kasihan dia. I jahat. Dia percayakan I selama ini, tapi I khianati dia,” Dian menangis lagi.
Petang semalam mereka
terserempak dengan ibu saudara Dian iaitu mama Nufah, ketika sedang makan di My kitchen Thai Restoran. Wajah penuh tanda tanya wanita separuh
baya itu membuatkan mood Dian merudum. Pulang ke kondo mereka, Dian menangis
kerana terasa bersalah. Puas dia memujuk, barulah Dian terpujuk.
Akan tetapi bangun
pagi ini, mood Dian masih lagi tidak berubah. Wajahnya mendung, mata
berkaca-kaca. Sangkanya, kehangatan malam tadi telah mengusir lara di hati
Dian, rupa-rupanya semakin bertambah buruk. Dia pula hilang punca memujuk.
“Habis tu you nak hidup bermadu dengan Nunu ke?
Sanggup? I okey je,” bisik Tengku
Firash, mengusik. Sesak nafasnya melihat air mata Dian. Dari tadi menangis
saja. Dipautnya Dian ke dalam dakapan.
Namun Dian
menolaknya. Dia berpaling membelakangi Tengku Firash. Siapa kata dia sanggup
bermadu? Susah payah dia menggoda Tengku Firash, mana mungkin untuk hidup
bermadu? Tengku Firash hanya miliknya seorang. Selagi Tengku Firash tidak
membuat pilihan muktamad, selagi itu dia berasa tidak selamat. Bila-bila masa
sahaja Tengku Firash akan meninggalkannya. Berpaling berkahwin dengan tunang
kesayangannya. Dia telah berusaha sehingga ke tahap menyerahkan kesucian diri,
mana mungkin dia mengalah.
“Sampai hati you buat I macam ni. Jadi selama ni you
tipu I, kata dah tak cintakan Nunu
lagi?” Dian bangkit menjauhkan diri. T-shirt Tengku Firash diambil dan
dipakainya, menutup tubuh yang terdedah tanpa seurat benang.
“Dear... !” Belum sempat Dian menjauh
dari katil, Tengku Firash melelar pergelangan tangannya.
“Please ... I bergurau je. Tak kanlah I tergamak nak madukan you. I
cintakan you. Hati I ni untuk you sorang. Nunu dah tak penting lagi. Jadi tak mungkin I sanggup terima dia lagi. I hanya perlukan you sebagai isteri I. Dear, I love you,” pujuk Tengku Firash.
Dian gigit bibir.
Cuba menyembunyikan senyuman dalam tangisannya. Hatinya bersorak gembira atas
‘kemenangannya’ menggoda Tengku Firash. Akhirnya Tengku Firash mencintainya.
Ungkapan ‘I love you’ itu yang
ditunggunya selama ini.
“You ... you love me? You dah tak cintakan Nunu lagi?” Dian
berpaling. Wajah kacak Tengku Firash dipandang lama, mencari keikhlasan di
dalam pengakuan itu.
“I cintakan you. Lebih daripada I
cintakan Nunu selama ini. Bila you
hadir dalam hidup I, barulah I tahu makna cinta yang sebenarnya. Baru
I tahu perasaan I pada Nunu tak sekuat cinta I
pada you.”
Mata Dian semakin
berkaca-kaca. Dia amat gembira dan tangannya terus merangkul leher Tengku
Firash. Dan buat sekian kalinya, mereka meraikan cinta sejati mereka.
Hati Dian puas.
Kali ini dia yakin Tengku Firash akan memutuskan pertunangannya dengan Nufah.
Dia yang akan menjadi penggantinya. Persiapan perkahwinan Nufah akan menjadi
persiapan perkahwinannya. Akhirnya, dia dapat memiliki apa yang dimiliki oleh
Nufah selama ini.
+Nunu, jom keluar. Dah lama
kita tak dating.
-Nunu
dating dengan mama ni. On da way nak ke kedai pengantin, cari bunga telur. Ada
200 lagi tak cukup.
+Owh ... Okey. Kedai biasa
kita pergi ya?
-Iya kak.
+Alrite. -
Ulasan
Catat Ulasan