Catatan

Pre Order Trilogi Mimpi 27 Sept 2022 sehingga 30 Okt 2022

Imej
Alhamdulillah, saya telah membuka P-R-E O-R-D-E-R novel terbaru saya.  Trilogi ini mengandungi tiga buah novel yang ceritanya berkait antara satu sama lain.  Nak tahu kisah mereka kena beli novel-novel ini nanti.  Buku 1 : Bukan Sekadar Mimpi  Blurb  K-Pop, menjadi kegilaan para remaja di seluruh dunia. Azim juga tidak terkecuali. Dia sangat meminati K-pop, sehinggakan boleh menari seperti mereka. Idolanya, tentulah grup paling top dan hit sekarang; Hot-5. Al-kisahnya, dia telah memuat naik video ke dalam TikTok. Dan videonya mendapat perhatian ahli grup Hot-5. Sejak itu, mereka mula menjadi sahabat dalam talian. “Siapa tu?” “Kak Anna.” “ She’s single?” “Yes ... and available.” Manalah Anna tahu dia menjadi topik hangat perbualan antara Azim dan ahli grup Hot-5. Peluang berjumpa tiba apabila kumpulan itu membuat persembahan di Kuala Lumpur. “Kak Anna pandai masak tak?” - Dan Kim, si kaki makan. “Sebut je apa nak makan, semua boleh.” - Azim. ...

Aisyah Humaira Prolog

Imej
Inshaallah tidak lama lagi saya akan keluarkan trilogi Mimpi.  Buku 1 : Bukan Sekadar Mimpi  Buku 2 : Aisyah Humaira Buku 3 : Kembali.  Sementara menantikan pre order dibuka, saya kongsikan bab-bab awal Aisyah Humaira  “Wan, jomlah main,” ajak Fatimah. Dia tersengih-sengih melihat Aisyah dan kawan-kawannya. Mereka hendak bermain hide and seek .  Bila Aisyah balik kampung, suasana akan jadi meriah. Dia ada kawan selain kawan dalam kebun itu. Laju Izwan menggeleng. Wajahnya pucat. Dia melihat ke arah Fatimah yang tersengih-sengih memandangnya. Aisyah pula menggeleng kepala sambil menepuk dahi. Tentu mengutuk dia penakut dalam hatinya. Biarlah digelar penakut sekalipun, dia tetap tidak mahu bermain bersama mereka jika mereka mahu bermain di dalam kebun getah itu. Melihat mereka berjalan bergandingan tangan menuju ke kebun getah, Izwan membuka langkah seribu balik ke rumah tok ayah mereka. “Hei,  kenapa dengan kamu ni? Lari macam nampak hantu,” tegur Puan H...

Sekadar coretan.

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Maaf tidak terupdate lagi cerita dalam blog ini. Sebetulnya saya tengah sibuk menyiapkan manuskrip Kembali ini. Jadi terabai sikit kat sini... Nanti saya akan kembali update bila dah siap manuskrip tersebut ya... Untuk yang sentiasa follow saya di sini, boleh juga follow saya di facebook .. ada saya update dekat sana teaser manuskrip baru ini...  Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.

Bukan Sekadar Mimpi 5

Imej
Bab 5 “Kak Anna teman sampai sini je. Nanti adik masuk sendiri kat dalam tu. Bila dah habis, call akak. Kak Anna ada dekat NU Sentral.” Azim mengangguk faham, padahal dia tidak mendengar pesanan Anna. Dia ralit membaca mesej Jinyung. +Dekat lobi, staf hyung tunggu Azim. -OK hyung. Saya dah sampai kat lobi. +Wait a minute. “Dengar tak Kak Anna pesan ni?” “Hah? Dengar. Kejap lagi ada orang datang jemput adik. Kak Anna jangan risaulah. Tahulah orang jaga diri.” Anna menarik nafas panjang. Jangan risau ... jangan risau! Hatinya memang tengah risau. Mana pernah dia meninggalkan Azim sendirian di tempat awam. Belum pernah. Lainlah kalau di rumah, ada jiran-jiran tolong tengokkan. Pak Mid juga turut memerhatikan agar  Azim tidak keluar dari kawasan apartment . “Awak tu baru 10 tahun, macam mana Kak Anna tak risau.” “Kalau gitu, baik Kak Anna ikut adik sekali. Tak adalah risau sangat, kan?” Azim memberi cadangan bernas. Anna mencebik. “Tak kuasa akak nak bersesak k...

Bukan Sekadar Mimpi Bab 4

Imej
Bab 4 “Welcome to Malaysia.” “ So hot. ” “Panas.” Mereka segera masuk ke dalam Toyota Alphard yang akan membawa mereka ke hotel penginapan. Ketibaan mereka disambut oleh Kevin Lim, bos Ryshah Entertainment; syarikat yang menjadi penganjur konsert mereka di Kuala Lumpur. Dan Kim melihat ke luar tingkap kenderaan. “Petang nanti mesti hujan ni,” ujarnya perlahan. “Mana kau tahu akan hujan?” “Aku tahulah. Aku kan, pernah tinggal lama kat Malaysia. Sekarang dah bulan September, musim hujan tak lama lagi. Jadi, cuaca tak menentu.” Rakan-rakannya mengangguk faham. Udara sejuk daripada alat pendingin hawa, membuatkan badan terasa segar. Sewaktu mereka tiba tadi, ramai peminat setia yang sudah menunggu mereka di situ. Mujur juga keadaan terkawal dan mereka tidak digasak oleh peminat fanatik. “Bila kau janji nak jumpa Azim?” “Pertemuan tertutup nanti.” “Dia tak pergi ke konsert ke?” “Tak. Kakaknya tak bagi.” “Kakak? Dia tinggal dengan kakak? Orang tuanya?” “Dah ta...

Bukan Sekadar Mimpi Bab 3

Imej
Bab 3 “ Take 5 .” Jinyung memberi isyarat kepada ahli kumpulan Hot-5 untuk berehat. Nafasnya termengah-mengah kerana berlatih menari tanpa henti selama dua jam. Langkah tarian mereka masih lagi pincang dan tidak seiring. Banyak masa diperlukan, sebelum semua ahli grup mahir dengan tarian baru mereka. Telefon pintar Samsung diambil bersama botol mineral. Diteguk rakus sambil tangan membuka aplikasi TikTok. “Jinyung, tengok ni ... budak ni buat duet challenge dengan kau. Tariannya lebih bagus daripada kau,” kata Beak Yun,  dalam bahasa Korea, sambil mengunjukkan telefon pintarnya. “Dia hebat. Rentak tarinya tak canggung dan temponya sama,” komen Jinyung. Beak Yun dan Dan Kim mengangguk setuju. “Umurnya baru 10 tahun dan dia sudah mahir menari tarian kita yang sukar tu. Dia sangat berbakat.” Jinyung senyum, tanpa ragu dia menjadi follower AzimXY yang mendapat perhatian ahli grupnya. Dilihatnya satu per satu video yang telah dimuat naik oleh budak lelaki itu. Semakin ...

Bukan Sekadar Mimpi Bab 2

Imej
Bab 2 Setiap hari, sejak setahun lepas, wajah itu yang sering dilihat dan ditenungnya. Satu-satunya wajah yang dapat dilihat dengan jelas walaupun hanya melalui poster pada dinding ataupun billboard . Buat sekian kalinya, dia mendongak melihat iklan kerusi urut Korea. Wajah model lelaki itu ditatap lama. ‘Kak Ain pernah cerita pasal awak, dia peminat fanatik awak. Katanya, awak seorang yang gentleman. Tidak pernah mengambil kesempatan memegang atau memeluk artis wanita. Setiap kali kalau bergambar, akan ada sedikit jarak antara awak dan artis wanita itu, betul ke?’ ‘Sebab selalu mendengar Kak Ain puji-puji awak, saya tertarik nak tengok rupa awak. Pelik bukan, wajah awak satu-satunya yang saya dapat lihat dengan jelas selain wajah adik saya.’ ‘Awak memang kacak. Orang Korea ni kulit putih susu, tapi kulit awak tan sikit. Mungkin itu yang membuatkan awak nampak maskulin. Bila Kak Ain tidak ada, Azim pula asyik sebut pasal awak. Jadi, awak tidak asing buat saya, walaupun saya...