Bukan Sekadar Mimpi Bab 4



Bab 4

“Welcome to Malaysia.”

So hot.

“Panas.”

Mereka segera masuk ke dalam Toyota Alphard yang akan membawa mereka ke hotel penginapan. Ketibaan mereka disambut oleh Kevin Lim, bos Ryshah Entertainment; syarikat yang menjadi penganjur konsert mereka di Kuala Lumpur.

Dan Kim melihat ke luar tingkap kenderaan.

“Petang nanti mesti hujan ni,” ujarnya perlahan.

“Mana kau tahu akan hujan?”

“Aku tahulah. Aku kan, pernah tinggal lama kat Malaysia. Sekarang dah bulan September, musim hujan tak lama lagi. Jadi, cuaca tak menentu.”

Rakan-rakannya mengangguk faham. Udara sejuk daripada alat pendingin hawa, membuatkan badan terasa segar.

Sewaktu mereka tiba tadi, ramai peminat setia yang sudah menunggu mereka di situ. Mujur juga keadaan terkawal dan mereka tidak digasak oleh peminat fanatik.

“Bila kau janji nak jumpa Azim?”

“Pertemuan tertutup nanti.”

“Dia tak pergi ke konsert ke?”

“Tak. Kakaknya tak bagi.”

“Kakak? Dia tinggal dengan kakak? Orang tuanya?”

“Dah tak ada.”

Yang lain hanya mendengar perbualan di antara Dan Kim dan Jinyung. Walaupun begitu, mereka tidak sabar mahu berjumpa dengan Azim.

 

                ******

 

“Azim, kami dah sampai Malaysia. Tengok ni...” beritahu Jinyung sambil menunjukkan pemandangan dari bilik hotelnya.

Dia sedang membuat video call dengan Azim. Mendengar nama Azim, yang lain pun ikut menempel sekali.

“Wow!” Azim teruja. Dia tidak pernah melihat pemandangan malam di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Tentunya pemandangan dari Hotel Hilton yang mereka diami.

“Hai, Azim.” Jinyung menghalakan iPhonenya kepada ahli kumpulannya yang lain. Mereka sangat teruja melihat Azim.

Come here,” ajak Beak Yun.

“Kalau boleh terbang, sekarang jugak saya terbang ke sana,” jawab Azim, ketawa.

Seronok dapat bercakap dengan idolanya. Tidak disangka, mereka semua peramah.

“Eh ... eh ... Azim pusing telefon tu ke kanan sikit,” tiba-tiba Dan Kim membuat permintaan. Dia ada melihat sesuatu.

Azim melihat ke kirinya. Kelihatan Anna sedang menari. Itu rutinnya setiap malam selepas isyak, exercise katanya.

“Eh, bukan lagu kita ke tu?” celah Beak Yun. Dia diam dan cuba mendengar rentak lagu dari telefon Azim.

“Aah, betul. Kak Anna memang akan buka lagu ni bila menari untuk exercise.”

Dance kami jugak?”

Azim mengangguk, mengiakan  

“Tunjuk sikit lagi,” pinta Beak Yun pula.

“Tak boleh. Nanti Kak Anna marah. Dia pakai singlet hari ni,” bantah Azim. Masakan  dia hendak menunjukkan kepada mereka Kak Anna yang sedang seksi begitu.

Why not. Kami tengok je,” soal Beak Yun tidak puas hati.

She is Muslim,” beritahu Dan Kim.

Dia faham aurat orang Islam. Semasa bersekolah di Malaysia dahulu, dia ada mengikuti kelas Pendidikan Islam. Tambahan pula, dia selalu  mendengar ceramah Mak Rose - orang gaji dan juga pengasuhnya - tentang agama Islam. Jadi, dia tidak pelik kalau Azim enggan menunjukkan Kak Annanya menari.

Azim mengangguk. Pasti Kak Annanya akan marah kalau dia tahu.  

“Dulu Kak Anna dan Kak Ain suka upload video mereka menari dalam TikTok. Tapi selepas Kak Ain tak ada, Kak Anna delete semua video. Akaun TikTok pun dia delete dah.”

“Sayanglah,” keluh Beak Yun. Baginya, satu kerugian tidak memperlihatkan bakat mereka. Mungkin mereka ada peluang untuk menjadi artis juga.

“Kak Ain tu siapa?” soal Si Won ingin tahu.

“Kakak sulung kami. Tapi telah meninggal dalam accident sekali dengan mama, abah dan Kak Aida.” Sayu suara Azim memberitahu tentang tragedi pahit menimpa keluarganya.

“I’m sorry.”

“Tak apa. Lagipun, dah dua tahun berlalu. Mereka masih hidup dalam sini.” Azim menepuk dadanya.

Hidup mesti diteruskan. Alhamdulillah, dia dan Kak Anna sudah lama menerima takdir ini. Mereka akan hidup sebaik-baiknya.

Anggota Hot-5 itu terkedu mendengarnya. Rupanya, Azim dan Anna kehilangan seluruh keluarganya. Hanya tinggal mereka berdua sahaja. Mereka saling berpandangan.

Jinyung yang hanya mendengar sejak tadi berasa serba salah, namun dalam masa yang sama, dia semakin tertarik mahu mengenali Azim dan kakaknya.

“Tapi ada satu video Kak Anna menari saya upload dalam TikTok. Boleh tengok video tu. Kak Anna memang berbakat menari. Dia sama lincah dengan Kak Ain,” Azim bersuara, memecah suasana suram tadi sambil tersenyum.  

“Kejap ... kejap, hyung cari,” bersungguh pula Si Won mahu melihat video tersebut. Cuba mengalihkan perhatian dan topik sedih yang dia cetuskan tadi.

“Wah, dia pandai menari! Lincah. Dia boleh ikut rentak tari kitalah,” ujar Beak Yun teruja.

“Azim ... hyung nak kenallah kakak kau,” Dan Kim terus menyuarakan keinginannya.

Azim sengih. “Cantik tak Kak Anna?”

“Tak nampak muka. Tapi body cantik. Seksi,” komen Beak Yun.

Hahaha ... mengekek Azim ketawa. Kalaulah Kak Anna dengar ni, mesti dia kena sekeh kepala. Entah-entah telefon bimbitnya pun kena sita!

“Azim ... confirm tak nak ke konsert kami? Kalau nak, hyung boleh bagi tiket VIP. Try ajak Kak Anna sekali lagi,” pujuk Beak Yun.

Manalah tahu rezeki terpijak, dapatlah mereka berkenalan dengan kakak Azim yang cantik itu.  

Azim menggeleng kepala. “Jauh, lagi pun malam.”

 Dia tidak mahu menyusahkan kakaknya. Lagipun, aspek keselamatan juga perlu diutamakan. Balik berdua jauh malam, takut pula perkara tidak diingini berlaku. Lainlah kalau dia sudah besar dan boleh melindungi kakaknya.

“Betul tu, tapi kalau Azim nak datang juga, kami akan hantar kereta untuk ambil Azim dan hantar balik.”

Mendengar kata-kata Dan Kim itu, hati Azim kembali teruja.

“Cakap dengan siapa?” soal Anna tiba-tiba. Dia baru selesai menari. Peluh dikesat dengan tuala kecil. Sempat ditegur Azim yang sedang membuat video call.

“Dengan hyung. Hot-5,” balas Azim sambil tersengih bangga. Sungguh dia tidak menyangka dapat berbual dengan kumpulan terkenal itu.  Semuanya bermula daripada TikTok.

Anna mencebik. Tidak percaya.

“Betul, Kak Anna. Tak percaya mari sini tengok.”

“Okey ... okey ... Kak Anna percaya.” Malas  hendak melayan si adik.

Hyung tanya nak tak ke konsert mereka hujung minggu ni? Diorang nak hantar kereta ambil kita nanti.”

No! Jangan nak menyusahkan orang. Kan akak dah cakap, boleh pergi ke perjumpaan tertutup tu. Konsert tak boleh,” tegas Anna.

“Tahuu...” balas Azim dalam nada merajuk.

Mereka di hujung sana diam mendengar perbualan Azim dan kakaknya.

“Kak Anna tu garang, kan?” tanya Dan Kim, berbisik.

Azim mengangguk.

“Garang macam kakak tiri!” balas Azim, siap dengan gaya sekali.

Hahahaa ... mereka yang di hujung talian, ketawa. 

Jinyung menggeleng kepala melihat telatah ahli kumpulannya bersama Azim.

“Sudahlah. Dah lama bergayut ni.” Telefonnya diambil.

Bye, Azim.”

Yang lain mula melambai tangan dan berpecah membuat hal masing-masing. Ada yang terus mencari bantal, ada yang bermain game dan makan.

Bye.” Azim mengekek ketawa.

Azim ... kita stop dulu. Nanti selepas konsert hyung call balik,” ujar Jinyung.

“Okey. Azim tahu, mesti hyung busy dengan persiapan untuk konsert nanti.”

Jinyung mengangguk.

“Pssst! Hyung nak tengok Kak Anna tak?” sempat lagi Azim mahu ‘menjual’ kakaknya.

“Tapi...”

Hyung je,”

Jinyung menggeleng kepala dengan sikap nakal Azim. Namun, dalam masa yang sama, dia teringin hendak mengenali Anna.  

“Boleh juga.”

Azim sudah mengagak, mesti Jinyung hyung akan menyukai Kak Anna. Siapa yang tidak suka dengan Kak Anna?

Azim terus menukar hala kamera telefonnya, kemudian memfokus ke arah Anna. Mujur juga Anna sudah membalut tubuhnya dengan tuala. Jadi, tidak nampak seksi.

“Kak Anna, pandang sini kejap.”

Anna mengangkat muka. “Apanya?” Malas bunyi suaranya.

Wajah Anna terus dizum dekat.  

Jinyung terpegun.

‘Beautiful,’ desis hati kecilnya.

“Kak Anna cantik.”

Anna membuat muka ‘tidak makan dipuji’. Tidak kuasa melayan, dia kembali tunduk melihat telefon bimbitnya.

“Cantik tak?”

“Cantik,” jawab Jinyung sepatah. Timbul keinginan untuk mengenali Anna dengan lebih dekat.

“Kalau nak kenal kak Anna, Azim boleh tolong,” kata Azim dengan kening terangkat-angkat. Suaranya perlahan sahaja, takut didengari oleh si kakak.

“Ehem...” Jinyung membetulkan suaranya.

“Nanti hyung fikir dulu.”

Takkanlah terus setuju, kan? Nampak sangat dia tidak sabar berkenalan dengan Anna.

“Okey ... okey.”

Beberapa minit kemudian, mereka mengucapkan selamat malam dan berjanji akan berhubung lagi selepas konsert nanti. 


Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6