Catatan

Dia Yang Kupuja Blurb

Imej
Dia Yang Kupuja korang adalah novel bonus di dalam novel beautiful Jodoh.  Tapi untuk ebook korang kena beli berasingan.  Pssst... korang masih remaja tak? Ataupun dah jadi remaja tua? Hahaha.. ebook ni kira kisah fanfiction laa.. Kisah seorang remaja baru lepas SPM yang minat sangat dengan pelakon dan model ni. Sampaikan bilik dia penuh dengan poster artis tersebut.  Siapa sangkakan boleh pulak terjumpa...  Alaa.. malaslah banyak tulis di sini, nak baca terus boleh beli di kedai online kami.  https://wasep.me/shima-rostam-book-sandwich Blurb Sebagai seorang remaja, AINA tidak terlepas daripada meminati ALAN, seorang artis dan juga model kacak yang digilai ramai. Sekadar memuja dari jauh, suatu perkara biasa buat gadis muda sepertinya. Namun, segalanya bermula sewaktu dia dihantar ke kampung oleh orang tuanya sementara menunggu keputusan SPM. Pertemuan yang tidak diduga dengan artis pujaannya, membuatkan Aina malu sendiri. "Dalam bilik along, terpampang be...

Blurb Beautiful Jodoh

Imej
Lupa saya sharekan di sini latest novel dan ebook saya yang terbit penghujung tahun 2021.  Stok Novel dan ebook Beautiful Jodoh sudah tersedia.  Boleh dapatkan di kedai online saya :  https://wasep.me/shima-rostam-book-sandwich   Blurb Belakang  Menumpang kasih atuk dan mak tuk, Haura Nur tumbuh menjadi seorang gadis introvert .  Namun keadaan itu berubah apabila dia melanjutkan pelajaran ke universiti. Berkenalan dan tinggal sebilik dengan Naemah, Zakiah dan Latifah memberikan pengalaman baru. Dia mula membuka hati untuk membina sebuah persahabatan tanpa perasaan rendah diri.  Ferran Atiq crush Haura Nur sejak di bangku sekolah lagi. Mereka tidak pernah bercinta, tetapi saling memendam rasa. Bertemu kembali di universiti, Ferran Atiq khabarnya sedang hangat bercinta dengan gadis lain. Benarkah?  Ferran Atiq - tidak kira di mana dia belajar, sentiasa menjadi pujaan ramai. Biarpun digosip sedang hangat bercinta dengan gadis popular kampus, t...

Cinta November - 3

Imej
Selamat petang semua..  Maaf! Sudah dua minggu tak update cerita kat sini. Kesibukan sedikit dan tidak sempat menulis. Semalam baru siapkan bab baru. Harap korang suka cerita ini dan share di Medsoc korang ek. tanda sokongan korang.  “Tadi tu siapa?” tanya Syed Yusof. Fail di atas meja dibuka dan dibaca sepintas lalu. Kemudian barulah diturunkan tandatangannya. “Bos tak kenal staf tadi?” Syed Yusuf panggung kepala memandang Zikry, pembantu peribadinya. “Aku kena ingat ke setiap staf syarikat ni?” tanyanya dengan nada perli. Zikry ketawa kecil. “Tak perlu tapi dia aku rasa kau perlu ingat dan kenal. Jadi aku ingatkan kau dah ingat dia,” balasnya dalam nada yang sama. Syed Yusuf diam namun ligat berfikir. Rasa familiar dengan wajah itu tapi dia tidak ingat siapa gadis itu. Kenal ke? Pernah jumpa? Tapi untuk beberapa bulan ni tidak pula dia ingat pernah jumpa. Dalam dia termenung, Zikry meletakkan Ipad di hadapannya. Zikry tunduk melihatnya. Siti Mariam binti Zahari. ...

Cinta November Bab 2

Imej
PA tahu nama aku? Baru terlintas dalam fikiran tentang perkara itu selepas keluar dari lif. Macam mana dia tahu nama aku, tak mungkin PA big bos ingat nama semua pekerja di syarikat ini. bukan sedikit staff syarikat. Mahunya beribu termasuk dengan cawangan di negeri lain. Semakin kuat perasaan ingin tahu timbul dalam hati. Kalau ikutkan ini kali ke dua aku terjumpa bos ketika waktu pagi. Aku tahu dia tu bos sebab Rafidah yang maklumkan. Kalau tak, sampai bila-bila pun aku takkan kenal kerana aku kerani yang bertugas di tingkat tiga, pejabat big boss pula di tingkat 20 pula. Memang jaraknya tinggi sangat. Aku tak mungkin menjejakkan kaki ke tingkat 20 itu. “Sampai pun kau. Aku ingatkan lambat lagi kau boleh naik lif,” sapa Rafidah, lega. Aku sengih. Tidak pula aku memberitahunya yang aku tertumpang lif big bos tadi. “Tak merahkan punch kad kau hari ni?” “Tak. Ngam-ngam pukul sembilan pagi.” “Alhamdulillah. Kalau tak singa tua dalam tu mesti bagi amaran kat kau,” ujar Rafid...

Drama Korea : Snowdrop

Imej
Hi,  Selamat tengahari semua! Siapa follower blog ini peminat drama korea?  Saya salah seorang peminat drama Korea dan tanah besar Cina. Sekarang tengah follow drama Snowdrop lakonan Jisoo Blackpink dan Jung Hae In. Mula-mula cerita ini tidak menarik minat saya langsung, alaaa lakonan Jisoo, blackpink tu mesti kaku sebab ini adalah drama pertama dia. Dia kan K-Idol, harapkan bakat menyanyi jelaa.. Ni pendapat peribadi saya tau. masa tu belum tergerak hati lagi mahu tengok cerita ni.  Tapi saya tergoogle laa pulak Hero dia si Jung Hae In ni. Sebab rasa pernah tengok dia ni berlakon. Hensem jugak mamat korea ni kalau gaya rambut tak tutup dahi tu. Kalau ada bang rambut tu memang serius tak suka, sebab macam budak-budak je tengok. Jadi tersearch dia dan terminatlah kat mamat ni. Layanlah drama-drama dia sebelum ni.    - One Spring Night  -A piece of your mind  -While you sleeping (awal-awal lagi dah tengok tapi perasan pun dia yang polis tu.  - Somet...

Selamat Tahun Baru 2022

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...  Maaf kerana lama tidak bersiaran. Inshaallah tahun 2022 ini saya cuba untuk kembali aktif berblog. Sebenarnya rindu sangat zaman berblog dulu. Hari-hari menulis dan berkongsi cerita. Tapi itulah sejak ada facebook, instagram bertambah pulak tik tok ni saya jadi terlalai sikit dan meninggalkan blog ini.  Padahal di sinilah rumah pertama saya, tempat mulanya saya meneroka dunia tanpa sempadan ini.  Bermula tahun 2008 hingga 2022, blog ini telah berusia 14 tahun. Kalau manusia dah remaja. Memang telah lamakan? Tapi itulah seiring dengan masa, dari berusia 20an dan sekarang menjejah 40an, sepatutnya banyak yang saya kongsikan di sini. Tapi ada banyak jugak yang telah saya privatekan. Walaubagaimanapun, tak apa selagi saya boleh menulis,  selagi itu blog ini tetap ada.    Hari ini telah 4hb Januari 2022, bererti telah 4 hari kita meninggalkan 2021. Tak banyak yang saya capai dalam tahun 2021. Kerana 2021 banyak mengu...

Cinta November (cerita pendek)

Imej
'Mahal senyumannya," detik hatiku apabila terpandangkan lelaki itu senyum.  Senyuman yang sangat jarang dapat dilihat.  Kepala ditundukkan apabila mata kami berpapasan. pipiku terasa hangat, tanpa sedar aku ketuk kepala sendiri. menyalahkan diri sendiri yang alpa melihatnya.  Tapi aku tidak boleh menyalahkan diri sendiri jugak, sebab dia tu kacak sangat. Jarang pula tersenyum. Selalu aku tengok muka ketat dengan PA nya pun bermuka ketat juga.  Terasa lengan dicuit.  "Kau tengok tak tadi? Encik Boss senyum tengah jawab telefon. Hensem kan. Hilang terus muka ketat dia ," bisik Rafidah  Aku angguk laju, setuju. Bertuah pagi aku hari ini dapat melihat senyuman mahal encik bos.  "Lif dah sampai, cepat!" Rafidah tarik lenganku masuk ke dalam lif. pagi-pagi begini memang kena berebut lif, kalau tidak kena tunggu lama untuk lif turun balik.  Ting..ting.. "Yang depan kena keluarlah." terdengar suara dari belakang.  "Aku tunggu next lif," beritahu...