Saya salah seorang peminat drama Korea dan tanah besar Cina. Sekarang tengah follow drama Snowdrop lakonan Jisoo Blackpink dan Jung Hae In. Mula-mula cerita ini tidak menarik minat saya langsung, alaaa lakonan Jisoo, blackpink tu mesti kaku sebab ini adalah drama pertama dia. Dia kan K-Idol, harapkan bakat menyanyi jelaa.. Ni pendapat peribadi saya tau. masa tu belum tergerak hati lagi mahu tengok cerita ni.
Tapi saya tergoogle laa pulak Hero dia si Jung Hae In ni. Sebab rasa pernah tengok dia ni berlakon. Hensem jugak mamat korea ni kalau gaya rambut tak tutup dahi tu. Kalau ada bang rambut tu memang serius tak suka, sebab macam budak-budak je tengok. Jadi tersearch dia dan terminatlah kat mamat ni. Layanlah drama-drama dia sebelum ni.
- One Spring Night
-A piece of your mind
-While you sleeping (awal-awal lagi dah tengok tapi perasan pun dia yang polis tu.
- Something in rain (tengok separuh, suka lakonan dia tapi tak suka dengan So Ye Jin)
Akan datang nak layan pulak D.P kat Netflix.
Nak jadi ceritanya tertengoklah Snowdrop ni. Ingatkan cerita dia cerita romantik drama yang biasa dilihat tu. Tapi rupanya lain dari lain. tambahan pula latar belakang cerita tahun 1987 ( umur saya 6 tahun ketika ini)
Kisahnya bermula dengan kisah siswi kat kolej. Seribu satu kisah diorang membuatkan saya terus tertarik menonton drama ini. Pertemuan pertama di antara Lim Soo Ho denga Eun Young Ro semasa blind date berkumpulan. Menyampah dengan sikap Bok Ok yang berpura-pura jadi pelajar Univeriti dan ikut serta blind date (terover action kononnya dia memang student U) bagaimana dia rampas kapal terbang kertas dari Young Ro semata-mata mahu date dengan Soo Ho. Nasib baik Soo Ho cari alasan ada hal lain dan tak ikut tengok konsert dengan Bok Ok.
Soo Ho dan Young Ro bertemu kembali di dalam kedai buku dan kaset (kalau tak silap). Young Ro yang termalu sendiri ketika test mendengar kaset. Buat konsert dalam testing room. siap nari-nari lagi. Melihat adegan ini membuatkan saya tersenyum dan malu sendiri (kononnya perasaan jadi Young Ro lah.. hahaha) Masa ni Young Ro tak tahu pun Soo Ho ada dalam kedai itu jugak. Soo Ho pulak menahan ketawa melihat gelagat Young Ro. Young Ro yang dah malu tu, cepat cover malu tu, mahu segera keluar dari kedai tu.. Dia berlari tunduk dan terlanggar Soo Ho.
Masa nak bayar pulak, baru teringat kaset tu tertinggal dalam testing room. malu pun Young Ro pergi ambil jugak. Lagi triple malu bila nak bayar tak cukup duit. Terpaksalah keluar dan beli lain kali. Soo Ho yang melihat terus membayar harga kaset tersebut dan keluar mencari Young Ro. Ketika ini Soo Ho sebenarnya mahu mengajak Young Ro keluar lagi tetapi apabila dia perasan dia diintip oleh agen NIS, dia tidak jadi ajak Young Ro dating.
Okeylah.. tak nak spoil banyak yang belum follow drama ni patut tengok. Lakonan Jisoo mantap untuk pelakon baru sepertinya. Chemistry antara Soo Ho dan Young Ro memang mantap. Sampaikan saya nak tengok drama lain dah hilang minat. Sentiasa tak sabar mahu melihat next episod drama ini.
Drama ni dah masuk episod 9 minggu ni. Semakin mendebarkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua?
Sedikit sinopsis ringkas drama ini;
Pada tahun 1987, Im Soo
Ho dan Eun Young Cho adalah pelajar di sebuah universiti berprestij di Seoul.
Im Soo Ho, yang dibesarkan
di Jerman, memiliki pesona lembut tetapi penuh rahsia.
Eun Young Cho yang hidupnya
sentiasa dikasihi dan ceria telah jatuh cinta kepadanya pada pandangan pertama di
perhimpunan sosial.
Suatu hari, jadi Ho tiba-tiba
melarikan diri ke asrama wanita dengan baju berlumuran darah.
Eun Young Cho menyembunyikannya
dan merawat lukanya meskipun menghadapi bahaya di bawah pengawasan ketat. Mereka
mesti Soo Ho dan Young Cho mesti mengelakkan Pi Seung Hee, penjaga asrama
wanita itu yang terkenal ketegasannya dan
Kye Boon Ok, pengendali telefon di asrama yang terpaksa melepaskan pendidikan kolej
kerana keadaan kewangan keluarganya.
Lee Kang Moo adalah ketua
Pasukan 1 Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) yang tidak henti-henti dan sentiasa
berkeras untuk melakukan segala-galanya dengan undang-undang.
Sebaliknya, ejen NIS Jang
Han Na adalah impulsif, panas marah, dan bersemangat tentang pekerjaannya.
Kang Chung Ya adalah seorang
ahli bedah yang cantik dan berbakat di hospital yang dikendalikan oleh kerajaan
yang dapat memikat sesiapa sahaja yang dimahunya. Kemahirannya di bilik operasi
telah menjadikannya reputasi yang kukuh sebagai pakar bedah yang boleh dipercayai,
namun Dr. Kang sangat misteri.
Dalam sinopsis pun ringkas je. Jadi kita tidak tahu apakah ending kisah mereka. banyak spekulasi hangat didebatkan di tik tok.
Saya pun terjebak follow.. hehehee..
Drama ni bestt... Pelakon pun mantap.
Boleh follow pages penulis di facebook
https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom
Instagram; shima.rostambs
Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.
“Kau tolong check dia, mengandung ke tak?” Teringat reaksi Nailah tadi, dia inginkan kepastian, mungkin penilaiannya salah tadi. Tapi bila dirasa nadinya, tidak ada pula tanda-tanda tersebut. Doktor Syed Izar mendekati gadis itu. Nadi pergelangan tangan diperiksa dan bacaannya normal. “Dia okey. Mungkin kepenatan dan dehidrasi. Tekanan darah, jantung semua okey. Dia juga tak mengandung. Atau mungkin masih awal lagi, kena check darah atau air kencing. Tapi something wrong, emosinya tak stabil. Aku masukkan air dulu.” Beritahu Doktor Syed Izar. Perasaan ingin tahu semakin menebal di hati tapi dia perlu jalankan tanggungjawabnya dulu. “Siapa dia tu?” “Staff aku. Tengah hari tadi dia balik awal, katanya tak sihat. Tapi tiba-tiba tadi dia muncul kembali di pejabat. Duduk dalam gelap. Kalau bukan guard inform, aku tak perasan pun dia ada.” “Dia ada problem dengan suami dia ke?” teka Doktor Syed Izar. Dia tahu wanita itu telah berkahwin apabila Nik Zayan menyuruhnya memastikan sama ada wanita...
“Relaks, Awak senyum je. Saya akan sentiasa berada di samping awak. Kita sama-sama meraikan hari bahagia kita.” Pujukan Anuar membuatkan hati Nailah tenang. “Cantik.” Klik. Klik. Gambar mereka terus diambil oleh jurukamera. Nailah semakin tenang. Dia sudah mampu mengambil perasaan panik dan tidak selesanya. Nailah senyum, mujur suaminya faham keadaannya. Tanpa sedar, dia telah jatuh hati dengan suaminya sendiri. Harapan yang tidak pernah muncul selama ini, mulai tumbuh dia hati. Dia mula mengharapkan hubungan mereka akan berkekalan. ‘Bismillahirrahmanirahim... Ya Allah kau satukanlah hati kami. Berkatilah rumahtanggaku ini. Semoga kami akan bersama-sama mencipta bahagia hingga ke syurga-Mu,’ bisik hati kecil Nailah. Senyumnya semakin ikhlas dan menawan. Huluran tangan Anuar disambut. Kerlipan lampu kamera terus menghujani mereka. Kali ini Nailah tidak lagi rasa tertekan memenuhi permintaan jurugambar dan saudara mara. Tangannya sentiasa di dalam genggaman Anuar. Layanan Anuar sangat ba...
Hati berdebar-debar. Keluar dari lif semakin kuat debarannya. Adakah Anuar telah sampai ke rumah? Dalam hati tak berapa suka, dia ambil juga cuti seminggu. Sekejap sahaja diluluskan. Esok mula cuti. Langkah semakin perlahan. Sampai di depan pintu, dia tarik nafas panjang dan membaca al fatihah sebelum memasukkan password pintu. Ruang tamu cerah. Penghawa dingin terpasang. Sejuk saat kaki Nailah memijak lantai. Anuar telah pulang. Anuar senyum lebar apabila melihat Nailah muncul di depan pintu. “Sayang, I’m back.” Mata Nailah berkaca. Rindunya luruh. Sakit hatinya hilang. “Awak...” Pantas didekati lelaki itu. Dipeluk erat. Nailah menangis melepaskan perasaan rindunya. Anuar membalas pelukan Nailah. Dia ketawa kecil. “Rindu sangat ke ni?” Nailah angguk. Wajah masih lagi disembunyikan di dada Anuar. “Opps... Sorry.” Serta merta Nailah melepaskan pelukan itu. Bahagia yang dirasakan sebentar tadi berderai seperti gelas kaca yang terjatuh ke lantai. Dia melihat Firdaus senyum mengusik memand...
Ulasan
Catat Ulasan