Catatan

Ebook amal COVID - 19

Imej
Assalamualaikum dan Salam 2 Ramadan semua. Telah lama dunia blog ini saya tinggalkan walaupun saya maintain bayar yuran hosting (eh kalau silap maaf ya.. Maintain mana blog ini tetap boleh guna exclusive untuk saya je) setiap tahun. Walaupun banyak  yang saya nak kongsikan tetapi tak terluah untuk ditulis di sini. Novel baru? Manuskrip baru? Tak ada lagi buat masa sekarang. Maaf.. Mood menulis itu jauh tinggalkan saya. Tapi saya terdetik hati untuk berkongsi usaha bersama-sama rakan penulis lain bergabung menyumbangkan cerpen ebook untuk tujuan amal. Alhamdulillah dalam masa singkat ia mampu disiapkan dan sekarang sudah lebih 500 unit ebook terjual. Hasil jualan ebook ini 100% adalah untuk tujuan amal membantu golongan asnaf dan anak yatim. Dan hasil yang terkumpul beberapa hari yang lepas telah digunakan untuk tujuan tersebut. Dan jualan ini masih lagi dibuka sehingga 15 Mei 2020.  Feed back pembeli ebook ini juga sangat memuaskan. ALHAMDULILLAH mereka ...

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3

Imej
Untuk tempahan klik link ini : www.wasap.my/601123432311/uncledoktor Lini... “Mama, uncle doktor mana?” “Uncle doktor sibuk. Duduk diam-diam. Nanti mama cakap pada misi supaya suntik Niny.” Aku sudah tidak tahu hendak menjawab apa lagi. Boleh dikatakan setiap minit Niny bertanyakan Doktor Sam. Orang sebelah sudah senyum-senyum, melihat kami. “Misi uncle doktor mana? Niny kan baik, dengar cakap, kenapa uncle doktor tak datang check Niny. Niny kan sakit..” Misi pula yang jadi mangsa Niny. Aku cuma mampu beristighfar di dalam hati. Cepatlah boleh keluar wad ni! Mulut Niny sudah tidak mampu kukawal lagi. Hendak dimarah pun bukan dia dengar. Nanti merajuk, aku juga yang susah memujuk. “Uncle doktor dah habis syif dia dah. Esok pagi baru dia datang.” “Alaaa...! Nanti Niny rindu macam mana?” “Kasihan uncle doktor nak rehat. Mamakan ada ni. Jangan nak mengada-ngada Niny!” Suaraku dah tegang. Tapi masih lagi kukawal nadanya. Geram betul dengan Niny ni. “Ala..alaa..Kasih...

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 2

Imej
{tak edit} Untuk order boleh tekan link bawah 👇 wasap.my/601123432311/uncledoktor    Lini... Malam itu aku cuma tidur-tidur ayam. Sekejap-kejap terjaga dan memeriksa suhu badan Niny. Walaupun aku tahu setiap 4 jam misi akan datang memeriksa tekanan darah dan suhu badannya. Namun sebagai ibu, hati aku tetap risau. Ini kali pertama Niny demam sawan. Tak terlintas di fikiranku, si kecil yang lincah bermain siang tadi, lesu berbaring di atas katil hospital. Enam pagi, walaupun mata kelat pedih kerana tidak cukup tidur, badanku pula telah lama terjaga. Teringatkan yang aku datang sehelai sepinggang, tak mungkin aku boleh tinggalkan Niny sendirian. Jadi terpaksa aku susahkan rakan serumah baruku. Telefon pintarku ambil dan harapnya Nida telah bangun ketika ini. “Assalamualaikum, Nida..” “Hurmm.. Waalaikumussalam. Lini? Kau tak balik ke semalam?” dari nada suara Nida, aku tahu dia baru terjaga. “Tak. Aku kat hospital. Malam tadi Niny demam sawan.” “Ya Al...

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny bab1

Imej
[Tak edit] Lini... “Niny.. kita mandi dulu sayang. Lepas tu mama suapkan ubat,” pujukku tanpa melihat Niny yang terbaring lesu di atas katil. Tangan aku pantas menarik kain tuala dan baru aku berpaling memandang Niny. Aku tergamam. Tuala di tangan terjatuh ke kaki. Tubuh Niny menggigil dan tegang. Mata ke atas. Mulut berbuih. Aku menerpa, panik. Air mata entah bila merambu keluar. Niny aku ambil dan dukung keluar bilik. Dalam keadaan panik, hanya perkataan hospital terlintas di dalam benakku. Tudung aku capai dengan tangan kiri. Beg dan kunci kereta aku main ambil tanpa melihat. Tubuh Niny terus menggigil tanpa henti. Terasa haba tubuhnya panas. Aku takut dan panik. Aku berlari keluar. Kereta di pecut laju menuju ke hospital. Kereta dibrek mengejut di hadapan kecemasan. Aku turun dan terus membuka pinta sebelah penumpang. Dalam suara serak dan wajah bekas air mata, Niny aku dukung erat. “Kenapa puan?” petugas di kecemasan menyoal ku. Matanya memandang Niny di dalam peluka...

Pre order.. Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny?

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum dan selamat tengahari.. Ramai dah tertanya-tanya bila nak bukak PRE ORDER, jadi hari ni saya buka secara rasmi.. PRE ORDER - UNCLE DOKTOR... NAK TAK JADI PAPA NINY.. RM28 + (RM8 SM/RM13 SS) Saya buka selama sebulan.. Sehingga 6hb Nov. 2019 Free gift misteri akan diberikan pembeli terawal.. Free sebuah cerpen (dalam bentuk ebook atau diselitkan dalam novel akan diberitahu kemudian) untuk semua pembeli.. Blurb.. Niny - anak kecil yang aktif dan cerdik. tiba-tiba demam sawan membuatkan mamanya panik. Terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan wad untuk pemantauan selama 24 jam. Di wad Niny berkenalan dengan Doktor Sam, doktor pediatrik yang bertugas di wad tersebut. Sikap mesra Doktor Sam telah menawan hati Niny yang kerinduan belaian kasih seorang bapa. Maka bermulalah misi Niny mencari papa. Uncle Doktor, nak tak jadi papa Niny? -Niny “Sekarang pun uncle boleh jadi papa Niny. Tapi uncle kena mengorat mama Niny dulu...

Review 7 Aku Bukan Penggoda

Imej
Oleh Aida Fariz 58 / 2019 Speechless!!! Cerita ni betul2 mencabar otak aku rasanya   😜 Kalau x faham susur galur keluarga watak boleh buat kita blurrr... Jadi masa baca kena relax dan tenang, x mau gopoh2   😎 😎 😎 Banyak watak sampingan dalam novel ni. So kena baca dan hadam betul2 supaya x tetinggal kereta api   😜 😜 😜 Watak utamanya tentulah Aizat dan Zura. Arggghhh!!! Aku suka sangat attitude Zura. Dia gedik tapi pada orang yang tertentu saja tau... Sampai boleh menimbulkan spekulasi   😅 😅 😅 X kurang juga dengan si Aizat ni, walau serius dan beku tapi bila dengan Zura dia berubah jadi sweeeettt   😍 😍 😍 Watak jahat pun ada juga. Tiga serangkai Tengku Lily, Hasya dan bapak segala celupar yang mengada2 Nik Sooraya   🤮 🤮 🤮 Di sebalik kisah cinta Aizat dan Zura ada dendam yang belum terbalas. Tapi kasih sayang yang Aizat curahkan buatkan Zura kembali pada fitrahnya   😊 😊 😊 Ma...

Review 6 Aku Bukan Penggoda

Imej
oleh Zareeny Rahmat. ~52/60~ Jangan hilang harapan untuk menegakkan keadilan. Jangan biarkan hati dikuasai api dendam.   Done.. Kerakusan sifat manusia kepada harta, membuatkan Puan Aminah merancang dengan teliti untuk merampas balik hak anak, cucu dan insan yang tidak berdosa. Untuk itu, Baizura seorang gadis yang berdikari ditugaskan untuk menjalankan amanah dari neneknya, Puan Aminah. Sikapnya yang manja dan peramah sentiasa mengundang fitnah dan tohmahan dari pelbagai pihak. Aizat pula yang me ncintai Baizura, sanggup menggalas beban gadis kesayangan sementelah dia juga antara mangsa kelicikan manusia yang tamak. Mampukah misi ini berjaya? Naskah karya   Shima Rostam   ni sarat dengan kasih sayang. Saya suka part kasih sayang yang ditonjolkan antara Aizat, Zamri, Ibnu a.k.a Busu dan Baizura. Baizura benar² dilindungi dan disayangi hinggakan dia dikatakan seorang penggoda. Ada konflik yang penulis selitkan dalam naskah ini hingga membuatkan iany...