Cinta Si Adik Manja : Prolog
Note : Cerita lama diberi nafas baru.. Harapnya lebih ramai yang menyukai versi baru ini... Tujuh tahun lalu... “Hisyam sayangkan Nur?” Soalan yang tidak dijangka keluar dari mulut Pak Teh mengejutkannya. Membuatkan hatinya tersentak. Dia berpaling pandang Pak Teh yang berjalan di sebelahnya. Wajah tua itu nampak tenang. Tidak dijangka soalan itu yang terpancul keluar dari mulut Pak Teh membuatkannya terkelu seketika. Sekalipun dia tidak terfikir Pak Teh akan bertanya secara terus terang. Hatinya cuak. Bagaimana nanti Pak Teh tahu isi hatinya? Adakah dia akan dilarang untuk terus rapat dengan Nur nanti? “Sayang Pak Teh. Macam adik sendiri,” jawabnya jujur. Rasanya itulah jawapan yang paling baik dapat difikirkan. Selebihnya hatinya berat mahu mengakui. Rasa di dalam hatinya lebih dari itu. Takkanlah mahu mengaku pulak. Nur baru dua belas tahun. Mahunya kena sembelih dengan Pak Teh nanti. Pak Teh angguk tanpa kata. Wajahnya tenang, tak nampak terkeju...