Cinta Bawah Sedar Bahagian 10 tamat

Zaid Al-Haris.
Seminggu Za pergi dengan membawa Atia dan Hasif. Aku menjadi perindu sepi. Skrin telefon pintar kutenung kosong. Tidak ada sebarang whatapps daripada Za tapi Mak Cah selalu berhubung dengan mak untuk memberitahu tentang Atia dan Hasif. Jadi aku tak risau sangat tentang mereka.  Nafas ku hela perlahan. Jemariku kaku di kekunci laptop. Sebaris ayat tak mampu aku karang sedangkan deadline semakin menghampiri. Patutnya dengan ketiadaan Atia dan Hasif masa kugunakan menyiapkan manuskrip yang tertangguh. Namun mengingati si dia, mindaku gagal berfungsi. Lamaranku masih lagi bertanda soal.
“Doa dan tawakal Zaid. Jika betul kali ini jodoh kau dengan Za, in shaa allah lambat laun, dia akan jadi isteri Zaid juga,” nasihat mak.
“Bukan senang dia nak buat keputusan setelah tahu cerita yang sebenar. Bagi dia masa,” ayah pula bersuara.
“Jika mak kamu tak bersikap terburu-buru dan pentingkan diri sendiri dulu, tak jadi lagu ni. Tapi tak boleh salahkan mak kau juga, jika jodoh kau ketika itu dengan Aisyah. Sekarang ni jangan nak tekan Za tu sangat. Biar dia tenangkan fikiran dia dulu. Ada jodoh, adalah,” ayah pula bersuara.
“Kalau dia dah jadi isteri saya, tahulah saya ubatinya,” keluhku.
“Itu kalau. Kau kena ingat kau tu duda anak empat. Anak dara ni fikir sepuluh kali nak terima ke tak kau ni, jadi ibu segera bukan senang. Tambah pula dapat anak segera macam Husna tu. Tak ada masalah cari masalah,” dalam menasihati, ayah juga menyinisku.
Aku lupa, duda anak empat tentu susah orang nak terima. Tapi itu orang lain. Za yang aku kenal dulu dan sekarang, hatinya lembut. Hati sentiasa penuh kasih sayang. Sanggup berkorban tentang hati sendiri demi kebahagiaan orang lain. Namun seketika aku mengeluh. Menyelinap fikiran negatif di dalam kepalaku. Mungkin kali ini pun bukan jodohnya. Za tak mungkin pilih dia, duda anak empat yang dalam tak sedar telah mengecewakan hati.
“Along tak nak mak baru. Kalau baba nak kahwin juga, hantar along balik rumah tok abah dan tok nek!” jerit Husna apabila dia mendengar perbincangan aku dengan mak ayah.
“Jangan jadi anak derhaka Husna,” marah mak.
“Along tak kira! Baba tak boleh kahwin lain!”
Dummm... pintu bilik dihempas kuat.
Itu satu lagi masalah. Ralit termenung di depan laptop, ada tangan kecil menggoncang pahaku. Aku tunduk, angah. Menguap nak tidur.
“Nak tidur?” tanyaku.
Angah angguk. Aku bangun, tubuh angah aku dukung menuju ke katil.
“Baba...”
“Ya.”
“Asif dan Atia bila nak balik? Angah rindu. Nak mama jugak!” bening mata Angah. Penuh rindu.
Allahu.. Aku tak terkata. Saat ini hatiku sangat berharap agar Za ada di sini.
“Tidurlah. Nanti baba telefon mama bawa balik Atia dan Asif cepat.” Aku menepuk perlahan sambil berzikir.
Dinihari, tatkala aku hampir terlena, telefon pintarku berbunyi. Dalam mengantuk aku capai juga telefonku. Aplikasi whatapps dibuka
+I choose you. And I'll choose you over and over and over. Without pause, without a doubt, in a heartbeat. I'll keep choosing you.
“Masya Allah.. Alhamdulillah..” Aku terus terbangun. Ungkapan itu aku baca berkali-kali. Ingin memahami betul-betul. Adakah ini jawapannya. Aku ambil masa beberapa saat sebelum membalasnya.
-Terima kasih Za. Terima kasih kerana menerima abang. Abang janji akan bahagiakan Za dan anak-anak. Terima kasih kerana memberi peluang kepada abang menjadi suami Za. Abang sayangkan Za.
Terus aku tekan butang hantar. Tanpa lengah aku masuk ke bilik air, mahu berwuduk dan membuat sujud syukur. Kemudiannya solat sunat dua rakaat. Doaku agar jodoh ini akan berkekalan sehingga ke syurga-Nya.
Tamat versi cerpen. Terima kasih kerana membaca.




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6