Catatan

Review Berikan Aku Peluang MencintaiMu

Imej
Assamualaikum dan Selamat Pagi semua Alhamdulillah... Pagi yang indah... Mood pun kena sentiasa indah juga... Minggu lepas BAPM ada yang telah dapat. Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana sudi membeli dan membaca karya saya ini. Terima kasih- terima kasih... Setakat ini saya terima review yang positif... Review Pertama oleh Zura Done 29/10/2017 ( 11 ) 🎇 🎇 🎇 🎇 Berikan Aku Peluang Mencintaimu ( 346 m/s ) by Shima Rostam Syed Al-Aiman @ Noble-Man lelaki yg penuh dgn cita2 untuk berjaya dalam hidup , impian nya cuma satu menjadi kaya supaya dapat memenuhi impian insan yg tersayang dlm hidupnya Riya Adriana @ Mizz -Lady gadis yg masih menuntut di UM , dia x yang tidak percaya dapat istilah cinta ketika masih belajar lantasan itu Riya lebih selasa menghabiskan masa di cyber cafe dr keluar berlibur bersama rakan2 Riya dan Syed bertemu dialam maya Yahoo Masseger dgn nama cyber masing, walau pun tidak pernah bertemu tp rasa sayang muncul disudut hati masing2 , meng...

Prolog : Hati Yang Kau Sakiti

Imej
Assalam dan selamat pagi. Ini adalah cerita terbaru saya. Dalam proses pembikinan. Ia adalah kesinambungan daripada Cerpen Hati Yang Kau Sakiti.  ******** “Aku menyampah tengok si Hafiz tu. Dia tak sesuailah untuk Ami.” “Sama.” “Apa yang Ami nampak dekat dia tu? Aku tak fahamlah.” “Mata orang bercinta ni buta. Yang buruk pun nampak baik. Yang hodoh pun hensem.” “Kita kena tolong dia. Jangan biarkan dia terperangkap denga mamat bertopeng baik tu.” “Habis tu kita nak buat apa?” “Cari jalan pisahkan mereka.” “Any idea?” “Tengah fikir.” Amina Nabila Amru Hafiz  Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Kek kasih sayang (kek pisang nestum oat)

Imej
Ni entri suka-suka... cerpen kot... hihi.. ikut penilaian korang laa ya...  Hari-hari macam ni memang bosan. Nak buat apa ya? Tisya mengeluh sendirian. Tadi abang whatsapp dia akan balik awal hari ini. Sukanya. Tapi aku tak tahu pulak nak masak apa. Tisya mengeluh lagi dalam hati. Kakinya dihalakan ke dapur, dibuka peti sejuk dan melihat apa yang ada di dalamnya. Pisang! Buat kek pisang Pantas di buka facebook dan terus ditaip di carian resepi kek pisang. Banyak pulak tapi yang mana satu yang sedap dan senang? Lalu dia melihat satu persatu resepi yang ada. Hmmm... yang ni senang tapi tak ada pulak almond flakes & cincang. Bantai je laa apa yang ada. Asalkan kek aku ni sedap dan tak bantat. Tisya ikat rambut tinggi-tinggi. segala bahan yang diperlukan dikeluarkan dan diletakkan di atas meja makan. Nasib baik ada pengadun kek, kalau tak terpaksa guna tanganlah. Dia mula hanyut dalam dunianya.  Bahan-bahan 3 biji pisang, dilenyek suk...

Abang Hensem, Jihan Epilog.... last dah

Imej
Salam... seperti yang saya janjikan...  Selamat membaaca dan semoga terhibur Suka.. boleh tinggalkan komen di sini dan juga page facebook.  Like jika tak nak komen pun...  Tisya terdiam. Ditenung cincin di jari manisnya. Kemudian diangkat kepala dan melihat wajah-wajah kesayangannya yang sedang tersenyum lebar. Rumah mama dan papa telah berubah habis. Semuanya nampak serba baru. Dua buah khemah besar berdiri megah di hadapan rumah. Dia kelu. Baru beberapa jam lepas dia bersetuju menjadi isteri Nzakir. Sekarang di rumah mama dan papa, persiapan untuk perkahwinannya telah siap. Cuma tunggu dia saja. Pagi esok dia akan dinikahkan. Nak bertanya, dia hilang kosa kata. Senyum lebar mama, senyuman mengusik abang dan kakak-kakaknya membuatkan dia tidak mampu nak kata tidak. Entah bila semua ini dirancang. Entah bila Nzakir datang berjumpa dengan keluarganya. Dia tidak tahu menahu langsung. Licik sungguh perancangan Nzakir. Tisya pasti abang ngah mastermi...

Abang Hensem Jihan, Part 16 (akhir)

Imej
Assalam.. Auto Publish.. Mood raya ON.  Dalam dingin subuh hatiku terusik Kenang nasib diri di rantauan Bergema takbir raya menitis air mata Terbayang suasana permai desa Rindu hati ini inginku kembali Pada ayah bonda dan saudara Tetapi aku harus mencari rezeki Membela nasib kita bersama (korus) Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas Dari jauh kupohonkan ampun maaf Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama Meraikan aidil fitri yang mulia Restu ayah bonda kuharap selalu Hingga aku pulang kepadamu (ulang korus) Restu ayah bonda kuharap selalu Demi anakmu yang kini jauh Lagu raya, dari jauh kupohon maaf tidak habis-habis bergema di dalam AEON ini. Bikin hatinya meronta mahu pulang. Terasa lambat masa berlalu. Walaupun dia berpakaian raya hari ini, namun mood meraikan aidilfitri ke laut. Saat ini doanya dia mahu shift kerjanya cepat habis dan bergegas ke lapangan terbang untuk pulang ke kampung. Pagi  t...

Abang Hensem Jihan Part 15

Imej
Assalam, Auto publish Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf jika ada tersilap aksara, terkasar coretan, terguris hati apabila membaca di sini. Maaf Zahir Batin. Esok Part Akhir ya! Tisya mengambil tempat di hadapan Nzakir. Nzakir tersenyum mengalukan kedatangan Tisya. “Terima kasih sudi temankan abang hari ini,” ucap Nzakir setelah melihat Tisya selesa di hadapannya. “Hmmm...” Tisya pandang Nzakir. Tisya buat quick analysis di sekelilingnya. Rasanya tak kena duduk pulak bila banyak mata tertumpu kepada mereka. Sok sek sok sek crew Sushi King bagaikan penambah rasa. Hailah diorang ni, bergossip nombor satu. Jihan dan Roza pula bertukar sengih. Rasa kerdilnya dia. Orang hensem macam Nzakir ni patut dapat teman yang secocok dan sepadan. Bukan macam dia katik tapi comel. Nzakir perasan Tisya tidak selesa tetapi dia tetap tenang. Sudah terlalu biasa menjadi perhatian di khalayak ramai. Jadi dia anggap situasi ini akan sentiasa dilaluinya. Cuma dia harap Tisya mampu membuatk...

Abang Hensem, Jihan Part 14

Imej
Assalam, Auto Publish..  Jadi jika ada yang sudi share link, silakan. Sama-sama kita mengikuti kisah Nzakir dan Tisya ni. Komen di alu-alukan... Semoga selamat sampai ke destinasi kepada yang memulakan perjalanan balik kampung hari ini. Tentu tak sabar berada di dalam dakapan keluarga tercinta kan?  Ada yang tengah sibuk di dapur tu. Selamat memasak!! Maaf tak sempatkan nak siapkan special Puasa dan Raya untuk Tunggu Awak Datang dan Si Adik manja dengan menantu pilihan abang.  Psst... Jihan cuba menarik perhatian Tisya. Tisya angkat kening. Jihan guna isyarat mata menunjukkan ke arah pintu restoran.  Jihan mengalihkan badannya. Jika tadi dia membelakangi pintu sekarang postur tubuhnya mengadap pintu. Matanya terus menangkap Nzakir melangkah masuk dengan gagahnya sambil mengikut Roza menunjukkan tempat duduk. Teringat perbualan subuh tadi. Jadi betullah Nzakir mahu berbuka puasa bersamanya. Hari ini waktu kerjanya tamat pukul 7 petang. Masih l...