Abang Hensem, Jihan Epilog.... last dah

Salam... seperti yang saya janjikan... 
Selamat membaaca dan semoga terhibur
Suka.. boleh tinggalkan komen di sini dan juga page facebook. 
Like jika tak nak komen pun... 


Tisya terdiam.

Ditenung cincin di jari manisnya. Kemudian diangkat kepala dan melihat wajah-wajah kesayangannya yang sedang tersenyum lebar. Rumah mama dan papa telah berubah habis. Semuanya nampak serba baru. Dua buah khemah besar berdiri megah di hadapan rumah. Dia kelu.

Baru beberapa jam lepas dia bersetuju menjadi isteri Nzakir. Sekarang di rumah mama dan papa, persiapan untuk perkahwinannya telah siap. Cuma tunggu dia saja. Pagi esok dia akan dinikahkan. Nak bertanya, dia hilang kosa kata. Senyum lebar mama, senyuman mengusik abang dan kakak-kakaknya membuatkan dia tidak mampu nak kata tidak. Entah bila semua ini dirancang. Entah bila Nzakir datang berjumpa dengan keluarganya. Dia tidak tahu menahu langsung. Licik sungguh perancangan Nzakir. Tisya pasti abang ngah mastermindnya.

Tadi sebaik sahaja sampai di airport Sultan Ismail Petra, mama dan papa menunggu mereka. Nzakir sikit pun tidak kekok. Padahal Tisya baru saja nak perkenalkan mereka, tapi dia pula yang terkaku. Dia tahu Nzakir ni kawan abang ngah, seingatnya Nzakir tidak pernah datang ke rumah keluarganya. Jadi bagaimana mereka boleh mesra. Persoalan yang timbul dibiarkan sahaja di dalam kepalanya.
Sampai sahaja di rumah, dia sekali lagi terkejut. Dua buah khemah besar memenuhi laman rumah. Takkanlah mama dan papa buat rumah terbuka sampaikan kena pasang dua buah khemah?

“Buat apa khemah ni mama?” dia tidak mampu menahan rasa ingin tahu lagi.

“Esok mama nak buat kenduri kesyukuran.”

“Kesyukuran apa?”

“Kesyukuran majlis nikah adik lah.”

“Tapi...”

“Semuanya telah siap. Cuma tunggu adik balik je. Esok pagi akad nikah kat masjid. Mama tempah katering sahaja. Sebab nak cepat. Tambah pulak hari raya ni,” jelas mama.

Tisya kelu. Rasa nak memberontak tapi dia juga cintakan Nzakir. Tapi nikah tiba-tiba ni tidak ada dalam perancangan masa pendeknya. Lagipun mereka kan baru jumpa balik. Tak boleh jadi ni!
Matanya melingas mencari Nzakir, namun Nzakir hilang dari radar matanya.

“Pergi masuk dalam rehat. Mandi dan tidur dulu. Nanti bangun Kak Chik pakaikan inai,” arah mama.
Macam mana nak tidur jika ini kejutannya. Tidur dengan mata terbuka ke?

Mana Nzakir ni! Dia tak patut buat begini. Patutnya kena bincang dulu. Tisya terasa mahu menangis!

“Mama...” Tisya paut lengan mama. Matanya berair. Macam kena kahwin paksa pulak.

Mama senyum lembut. Ditepuk tangannya.

“Its okey. Adik mandi dan tidur dulu. Rehatkan badan dan fikiran. Jangan risau, semuanya baik-baik.”

Tisya geleng kepala.

I’m not ready yet,” Dalam suaranya.

But you love him, right?”

Lambat-lambat Tisya angguk.

“Jadi Tisya dah bersedia menjadi isterinya,” pujuk mama.

Tisya keliru. Ini, tak terlintas di dalam fikirannya lagi. Ini bukan apa yang dia mahukan buat masa sekarang.

Mama tarik tangan Tisya masuk ke dalam bilik. Didudukkan Tisya di birai katil sebelum dia mengambil tempat di sebelahnya.

“Mama tahu, semua ni tiba-tiba. Terlalu cepat buat Tisya. Mama pun terasa anak bongsu mama ni masih kecil lagi tapi dah nak kahwin. Tapi mama mahukan yang terbaik untuk anak mama ni.”

“Bila abang ngah beritahu dia jumpa balik kawan dia yang rapat dengan adik dulu, mama suruh dia 
bawa datang jumpa mama. Mama nak kenal dengan orang yang sayangkan anak mama dulu.”

“Nzakir datang jumpa mama lepas adik bermalam di rumah dia.”

“Dia cakap nak jaga anak mama ni. Dia cakap dia sayangkan anak mama dan mahu jadikan isteri.”
Penjelasan mama sudah cukup jelas. Meskipun ketika itu dia memberi layanan dingin buat Nzakir.

“Tapi mama, adik tak nak kahwin lagi.”

“Semua persiapan dah siap. Esok nikah,” tegas mama. Tidak ada kompromi lagi. Tisya mengeluh.

Malam pertama?

Selepas maghrib tadi Tisya terlena. Tak kisah dah mana suaminya. Pandai-pandailah bawak diri di kalangan ahli keluarganya. Dia penat sangat. Tak rehat lagi sejak dua tiga hari lepas. Malam tadi walaupun penat sangat, tak dapat tidur sebab memikirkan majlis hari ini. Selepas selesai dan semuanya selamat baru hatinya lega.

Nzakir masuk bilik pengantin. Terlihat Tisya telah terlena. Isteriku. Hatinya berbunga bahagia. Alhamdulillah dipermudahkan urusan mereka. Majlis mereka berjalan lancar. Dia bersyukur akhirnya dia mempunyai keluarga sendiri.

Dia naik atas katil, menyertai Tisya yang sedang lena. Bibirnya mengukir senyum. Jemarinya ringan membelai lembut rambut hitam isterinya.

‘Isteriku,’ dia suka perkataan ini. Terasa hidupnya telah lengkap. Separuh jiwanya telah kembali kepadanya. Perlahan wajahnya dirapatkan. Haruman rambut isterinya menerpa indera baunya. 
 Perlahan diangkat kepala Tisya ke atas lengannya. Tangan kiri menaik memeluk pinggangnya. Dan lena datang tanpa dijemput.

Tisya tersedar apabila dia terasa hangat. Kepalanya terletak di atas dada seseorang. Dia cuba bergerak tapi pergerakannya tersekat. Perlahan diangkat kepalanya, mendongak ke atas. Dalam samar-samar dia dapat melihat wajah tampan Nzakir. Suaminya. Dan dia kembali melabuhkan kepalanya di dada bidang Nzakir. Tangannya bergerak memeluk pinggang suaminya erat.
Dan dia kembali tertidur.

Sebulan berlalu...

Tisya termenung di balkoni. Tak tahu nak buat apa. Sebaik sahaja mereka kembali ke Johor, Nzakir memaksanya menghantar notis berhenti kerja. Dia mulanya memberontak. 

“Bagilah Tisya kerja, please.”

“Abang dah ada. Buat apa Tisya nak kerja lagi. Abang boleh bagi elaun 2 kali ganda gaji Tisya tu.”

“Bosanlah!”

“Tisya kan dah pohon sambung master? Sementara tunggu tawaran tu, duduklah rumah dulu. Layan abang,” pujuk Nzakir.

Tisya cebik bibir.

“Bukannya nak kena layan abang 24 jam sehari pun. Hari-hari abang kerja,” dengus Tisya.

“Lagipun Tisya kerja bukan harapkan gaji semata, tapi pengalaman kerja tu penting.  Mengambil bahagian dalam masyarakat tu pun penting jugak. Kerja kat Sushi King tu, Tisya boleh belajar macam mana nak berkomunikasi dengan orang ramai. Macam mana nak kontrol diri bila berdepan dengan pelanggan yang banyak songeh. Macam mana nak berkomunikasi dengan rakan sekerja.”

“Bila Tisya sambung belajar pun, semua tu Tisya dapat belajar jugak. Berkomunikasi dengan abang pun boleh belajar jugak.”

Tisya ramas bantal kecil di pangkuannya. Susah betul nak bagi suaminya faham! Dia gigit bibir kuat-kuat. Geram!

Mengingati perbualan mereka sebulan lepas, buat hatinya sakit. Habisnya terkurung juga di apartment ini.

“Buat apa termenung kat sini?”

Serentak dengan itu terasa ada sepasang tangan memeluknya dari belakang.

“Merenung nasib. Merenung masa depan. Buat apa lagi,” jawab Tisya dengan nada sinis. Sampai sekarang dia tak puashati dengan Nzakir. Gila kuasa. Selalu guna kuasa veto suami untuk menunduknya.

“I see. Lepas tengok isi dalam envelop ni, abang yakin, nasib sayang akan berubah. Tak ada dah muka asam keping ni.”

Tisya balikkan badannya. Diambil sampul surat berukuran kertas A4 yang dihulurkan. Pantas dibuka dan dibaca. Tawaran menyambung master di UTM. Serta merta riak wajahnya berubah. Pantas dipeluk suaminya.

“Terima kasih abang.”

“I love you, sayang,” balas Nzakir.  

“Jom.”

“Ke mana?”

“Abang ada hadiah untuk Tisya, kat bawah.”

Makin lebar senyuman Tisya.

Di dalam lif menuju ke groundfloor, Tisya tidak melepaskan pelukan di pinggang Nzakir. Dia gembira sangat.

“Sayang... naik atas semulalah.” Bisik Nzakir.

“Kenapa pulak?” Tisya kerut dahi. Cepat betul berubah.

“Abang tak tahan!”

“Nak kencing?”

Nzakir geleng kepala sambil sengih gatal.”

“Nak makan Tisya.”

“Abanggg..” serentak itu tangan Tisya mencubit pinggang Nzakir kuat. Nzakir ketawa galak.
Berkerut Nzakir menahan perit akibat cubitan itu. Nzakir geleng kepala. Makin lama mereka bersama perangai garang manja Tisya semakin terserlah. Pantang diusik, dia pasti membalasnya kemudian merajuk. Macam-macam warna jadinya hidupnya kini. Dan dia semakin merasa bahagia.

“Mana hadiahnya?”

“Bukan di sini sayang, di parking kereta. Sini..” ditarik tangan Tisya menuju ke tempat letak kereta.
Sampai sahaja di hadapan myvi warna biru metalic, Nzakir berhenti. Segugus kunci diletakkan di atas tapak tangan Tisya.

“Hadiah Tisya.” Sambil menunjukkan kereta myvi tersebut.

Tisya pandang kunci di tangannya, kemudian kereta dan kemudian wajah suaminya. Dilihat Nzakir angguk kepalanya. Tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Hadiah Tisya?”

“Iya sayang.. Hadiah sempena perkahwinan kita dan juga Tisya dapat sambung belajar,” jelas Nzakir.
Matanya dah berlinang.

Dia terus peluk suaminya.

“Nak try bawak tak?”

Pantas Tisya angguk. Namun pelukan masih lagi tidak dileraikan.

Ehemm... Nzakir berdehem...

“Hmm... kita try esoklah. Malam dah ni...” Nzakir ubah fikiran.

Segera Tisya meleraikan pelukan mereka.

“Kenapa?”

“Malam ni kita try benda lain dulu.”

Tisya tak faham. Tiba-tiba je suaminya berubah. Terus tarik tangannya menuju ke lif. Nzakir pula, sudah mula terbayang suasana suram bilik tidur mereka... Dan apartment mereka dipenuhi tangisan anak mereka.

Tamat.




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.
 Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
 Hidup baik-baik. 
Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6